.

Thursday 13 January 2011

Tarbiyyah buang sifat kotor dan isi diri dengan kebaikan


TANTA – At-Takholli iaitu proses pembuangan sifat-sifat kotor dalam diri dan At-Tahalli iaitu proses mengisi diri dengan perkara-perkara kebaikan tidak akan terhasil melainkan melalui tarbiyyah.
Demikian intipati utama yang ditegaskan dalam satu forum bersempena Sambutan Maal Hijrah 1432H baru-baru ini anjuran ISMA Tanta yang bertemakan “Al-Takholli Qabla At-Tahalli” yang membawa maksud “Buang Sebelum Isi”.
Seramai 46 orang warga Tanta telah menghadiri forum tersebut. 2 orang ahli panel telah diundang, iaitu Ustaz Suhail Sufian (Syariah Tahun 4 dari Mansuroh) dan Saudara Mohd Irfan Mohd Salmi (Perubatan tahun 5 dari Kaherah).
Forum ini telah dipengerusikan oleh Ustaz Tarmizi dari Tanta. Forum tersebut telah berjalan sebanyak 3 pusingan bagi setiap ahli panel dan diakhiri dengan sesi soal jawab.
Para hadirin telah dihidangkan dengan jamuan ringan serta 3 buah aluanan nasyid dari kumpulan Thyromphytogras. Rata-rata hadirin berpuas hati dengan perjalanan program dan dapat menanamkan azam baru bersempena Maal Hijrah pada tahun ini.

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.