.

Monday 3 January 2011

Masyarakat Tidak Boleh Letih Lakukan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar



Ustaz Anwar Fakhri merancang rondaan
Oleh: Ikram Badarudin
Bandar Baru Bangi, 1 Januari – ISMA Cawangan Hulu Langat menyertai JAIS, Masjid Kajang dan beberapa NGO lain dalam satu gerakan mencegah maksiat di sekitar daerah Hulu Langat pada malam tahun baru 2011.

…satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!”

Usaha ini adalah sebahagian daripada usaha ISMA bukan sahaja sekadar menyokong usaha-usaha mencegah maksiat, malah ingin mengajak masyarakat supaya terus istiqamah dan giat dalam melakukan usaha-usaha perubahan masyarakat yang rata-rata kini amat diperlukan terutamanya oleh umat Melayu Islam di Malaysia.

Taklimat oleh JAIS di Masjid Kajang
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Berita Harian pada hujung November 2009, berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.
Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!
Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran, kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.
Pecahan mengikut negeri:
  • Selangor = 12,836 orang
  • Perak = 9,788 orang
  • Kuala Lumpur = 9,439 orang
  • Johor = 8,920 orang
  • Sabah = 8,435 orang
  • Negeri Sembilan = 4,108 orang
  • Pahang = 3,677 orang
  • Kedah = 3,496 orang
  • Pulau Pinang = 3,412 orang
  • Melaka = 2,707 orang
  • Kelantan = 1730 orang
  • Perlis = 691 orang
  • Sarawak = 617 orang
  • Terengganu = 574 orang
  • JUMLAH = 70,430 orang

Saudara Mohd Nor melakukan rondaan sambil mengedar risalah
Seruan ISMA adalah agar masyarakat kembali kepada urusan membina individu Muslim sejati secara serius dengan tarbiyah Islam seperti yang dianjur oleh Nabi saw. Kita yakin bahawa ianya adalah penyelesaian yang tepat bagi segala kerosakan masyarakat yang sedang berlaku sekarang ini.

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.