.

Saturday 22 January 2011

Hentikan budaya fitnah


Apa nak jadi dengan budaya umat Islam di Malaysia. Akhlak dan jati diri sudah lama tergadai dan sekarang bermegah pula dengan berita-berita sensasi yang dicanang di setiap pelusuk tempat. Inilah Malaysia baru dengan mentaliti baru. Keaiban manusia dibuka seluas-luasnya.

Tahun demi tahun, mentaliti ini makin menjadi-jadi. Kisah Anwar difitnah sudah mual didengar, kemudian datang kisah pembunuhan yang dikaitkan dengan pemimpin dan pelbagai lagi fitnah demi fitnah. Kini kisah rogol amah oleh pak menteri pula.
Kita bukan hakim dan bukan qadhi nak menghukum! Saya hairan melihat perkembangan ini. Bukankah ini menjatuhkan keaiban individu yang dituduh? Bagaimana perasaan beliau? Bagaimana pandangan keluarga kepada beliau? Budaya masyarakat Islam adalah menjaga hak ahli masyarakat. Jangan hanya satu berita atau dakwaan yang tidak tahu dari mana asasnya dijadikan alasan untuk membuka aib seseorang.
Masyarakat hari ini sudah tidak terbimbing. Di mana ulama dan para agamawan? Di mana etika dan akhlak sebagai seorang muslim? Kepada yang membuat maksiat tetapi tidak ditangkap? Sebagai orang beriman kita yakin, tidak semua perkara selesai di dunia ini TETAPI mahkamah Allah pasti menghukumnya.
Saya tidak bermaksud semua perkara kita ambil ringan dan biar semua selesai bila mati nanti TETAPI budaya kita berhadapan dengan berita-berita dan fitnah-fitnah! Jangan dilayan fitnah dan jangan kita panjangkan berita yang tidak tahu hujung pangkalnya.
Kata sahabat saya, apa kisah! Ini Malaysia… semua boleh! Malaysia Boleh katakan…
“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)
“MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT”
Dr Zaki Ibrahim,Pengerusi,
ISMA Australia
Blog: Dr Zaki Ibrahim

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.