.

Tuesday 4 January 2011

Perutusan Presiden ISMA Sempena Tahun Baru 2011


Bismillahi walhamdulillah. Wassolatu wassalam ‘ala Rasulillah s.a.w., waba’du.
Muslimin Muslimat yang berbahagia,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Selamat menyambut Tahun Baru 2011 M.

Tahun 2010 berlalu dengan meninggalkan banyak kenangan, pengajaran dan harapan. Dunia masih lagi dipimpin oleh kuasa unilateral. Hanya perbezaan pendekatan Bush dan Obama dalam menjalankan dasar luar Amerika, daripada pendekatan peperangan kepada pendekatan diplomatik. Keadaan negara-negara Islam belum banyak berubah, samada dari segi kepemimpinan, pembangunan, kesatuan atau kerjasama di bidang-bidang strategik.
Proses globalisasi berlaku semakin pantas. Di penjuru yang lain, agenda Islam semakin hari semakin tidak terjurus. Hubungan antara pemerintah dengan rakyat  di kebanyakan negara Islam masih lagi menjadi polemik. Halatuju umat Islam dan agenda bangsa semakin hari semakin haru biru.
Ini menjadikan keperluan umat Islam untuk kembali kepada Islam, kembali kepada keperibadian yang asal, kembali kepada al-Quran dan Sunnah menjadi satu tuntutan fardhu, sama ada di peringkat antarabangsa ataupun tempatan. Kecelaruan ini berpunca daripada kecelaruan identiti antara mempertahankan jatidiri yang asli atau bergabung dengan masyarakat antarabangsa yang didominasi oleh falsafah dan nilai kehidupan Barat.
Pemimpin negara Islam samada secara terang atau tersembunyi, nyata tidak dapat menolak daripada  pengaruh globalisasi. Itulah yang ucapkan oleh Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak yang menyifatkan globalisasi sebagai satu perubahan yang menggentarkan dalam ucapan perasmian penutup Forum Antarabangsa Mengenai Pembentukan Warga Global: Liberalisasi Media dan Realiti Politik Baru yang dianjurkan bersempena Perhimpunan Agung UMNO Ke-61.
Umat Islam di Malaysia berhadapan dengan ancaman yang serupa. Yang lebih bahaya ialah apabila umat Islam sendiri tanpa disedari menjadi mangsa percaturan ideologi serta mendokong agenda Barat tanpa mereka sedari. Pemikiran menjadi keliru, istilah bercampur baur, halatuju menjadi semakin tidak menentu.
Justeru pentingnya untuk kita bangkit dengan satu seruan kepada umat ini, khususnya kepada bangsa kita untuk kembali membangunkan jatidiri dan keperibadian bangsa berteraskan kepada akidah Islam dan keperibadian sejarah yang selama ini telah sebati membentuk keperibadian umat.
Kita memahami betapa sukarnya untuk mengambil langkah-langkah yang tegas dan berani dalam keadaan manusia diselubungi kegelapan, kekeliruan identiti, jatidiri dan istilah. Kita perlu menjelaskan semula mafhum intima’ akidah dalam memperlihatkan batas-batas sempadan dan membezakan antara cirri-ciri ummah muhammadiah yang iltizam dengan nilai samawi dengan ummah yang tidak mempercayai Tuhan dan liberal.
Kita perlu menghuraikan semula akidah dan batas-batas Islam, batas-batas kufur yang meletakkan ciri-ciri keperibadian Islam itu yang terbina atas asas-asas yang berbeza dengan asas-asas pembinaan masyarakat jahiliyyah moden yang bebas tidak bertuhan.
Pembinaan sebuah masyarakat yang mempunyai tasawur yang unik, yang tamayyuz memerlukan kecekalan dan kerja kuat daripada mereka yang benar-benar ingin mengembalikan semula masyarakat khairul ummah. Syiar kita dalam perjalanan ini ialah du’atu mabadi’ la huwatu hukmin yakni pejuang menegakkan prinsip bukan penggemar kuasa.
Sekian.
والسلام عليكم ورحمة الله و بركاته
“MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT”
Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman,
Presiden,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Blog: Perjalananku

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.