TANTA – At-Takholli iaitu proses pembuangan sifat-sifat kotor dalam diri dan At-Tahalli iaitu proses mengisi diri dengan perkara-perkara kebaikan tidak akan terhasil melainkan melalui tarbiyyah.
Demikian intipati utama yang ditegaskan dalam satu forum bersempena Sambutan Maal Hijrah 1432H baru-baru ini anjuran ISMA Tanta yang bertemakan “Al-Takholli Qabla At-Tahalli” yang membawa maksud “Buang Sebelum Isi”.Seramai 46 orang warga Tanta telah menghadiri forum tersebut. 2 orang ahli panel telah diundang, iaitu Ustaz Suhail Sufian (Syariah Tahun 4 dari Mansuroh) dan Saudara Mohd Irfan Mohd Salmi (Perubatan tahun 5 dari Kaherah).
Forum ini telah dipengerusikan oleh Ustaz Tarmizi dari Tanta. Forum tersebut telah berjalan sebanyak 3 pusingan bagi setiap ahli panel dan diakhiri dengan sesi soal jawab.
Para hadirin telah dihidangkan dengan jamuan ringan serta 3 buah aluanan nasyid dari kumpulan Thyromphytogras. Rata-rata hadirin berpuas hati dengan perjalanan program dan dapat menanamkan azam baru bersempena Maal Hijrah pada tahun ini.
0 komen:
Post a Comment