.

Monday, 3 January 2011

21 Maut letupan di Iskandariah, Mesir.

Protes keganasan oleh orang Kristiaan terhadap pengeboman gereja di situ.
Foto dari [Reuters] 
Iskandariah, 2 Jan- Sebuah rusuhan telah berlaku di Utara Iskandariah berpunca dari pengeboman di salah sebuah gereja di situ. 43 orang mangsa dilaporkan cedera dan sedang dirawat di dua hospital berdekatan, 8 orang dari mereka merupakan penganut agama Islam. Manakala 21 orang dilaporkan terbunuh. Letupan tersebut dilaporkan berlaku pada pukul satu pagi kelmarin.

  Mereka (Orang Kristian) mendakwa orang Islam yang bertanggungjawab dalam letupan tersebut sehingga menyebabkan mereka melemparkan batu kearah sebuah masjid berdekatan sehingga menimbulkan kemarahan bagi orang Islam pula.
  “Keadaan menjadi huru-hara seketika, orang ramai menunjukkan kemarahan mereka. Ramai yang menangis, menjerit-jerit dan bertanya kenapa mereka di serang?” lapor wartawan Al-Jazeera,Nadia Abou El-Meg.
Suasana menjadi tegang seketika, namun pihak berkuasa tempatan berjaya meredakan keadaan beberapa minit kemudian.
Sehubungan dengan itu, gereja telah mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menyatakan kemarahan mereka, menuntut keadilan dan mengkritik kelemahan kerajaan Mesir dalam menangani isu ini.
Bilangan penganut ajaran Koptik merupakan terbesar di Timur Tengah, meliputi 10 peratus penduduk mesir yang berjumlah 80 juta populasi.
Pihak polis membuat andaian awal punca letupan itu sebagai insiden berani mati, tetapi setakat ini masih tiada bukti yang kukuh untuk mengesahkannya.
Menurut Menteri Dalam Negeri Mesir, letupan berpunca dari sebuah kereta yang dipercayai diisi dengan bahan letupan yang sengaja diletakkan berdekatan dengan gereja. Laporan dari ibukota Mesir, Kaherah, pula menyebut bom tersebut meletup menggunakan ‘remote-control timer’ yang berteknologi tinggi.
“Gereja di Mesir ini dikawal ketat. Timbul persoalan, bagaimana kereta tersebut boleh diletakkan berhampiran dengan gereja dan siapa pula yang mempu meletupkannya dari jauh” sambungnya lagi.
Adel Labib, gabenor Iskandariah mengaitkan kejadian tersebut dengan kumpulan Al-Qaeda. Namun, wartawan Al-Jazeera mengatakan pihak kerajaan masih belum membuat kenyataan jelas terhadap pihak yang harus bertanggungjawab dalam kejadiaan ini.
Warga Malaysia di Mesir, terutama di Iskandariah dinasihatkan agar lebih berhati-hati dan berwaspada dalam apa jua keadaan.

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.