Ustaz Abdullah Zaik menjawab pertanyaan daripada wartawan yang hadir.
Kuala Lumpur, 25 Januari - “Tujuan kita memperingati peristiwa kejatuhan empayar Melayu Islam Melaka bukan untuk melihat bagaimana ia jatuh ketika ia jatuh tetapi sebaliknya untuk mengembalikan ingatan orang Melayu kepada hakikat keperibadian dan sejarah mereka yang asal.
“Di atas asas itu, kita bina sebuah keinginan baru untuk bangkit menjadi sebuah umat yang mulia dan bermaruah. Ia adalah sebuah permulaan baru,” tegas Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) di sini semalam.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media sempena penganjuran “Konvensyen Memperingati 500 tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka” yang akan berlangsung pada 29 Januari 2011 bertempat di Universti Teknikal Malaysia Melaka.
Konvensyen julung-julung kali ini dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA).
Ustaz Abdullah Zaik seterusnya menambah, “beberapa peristiwa dan isu-isu yang dibangkitkan di media massa seolah-olah akan wujud kekuatan baru yang akan cuba mencabar hak warisan dan merubah status quo orang Melayu”.
“Justeru ISMA berhasrat untuk menjadikan konvensyen ini sebagai pemangkin mengejutkan orang Melayu dari lena yang panjang.”
Beliau seterus menegaskan, “konvensyen ini juga ingin menyampaikan mesej kepada umum bahawa agenda perjuangan ISMA untuk membuat perubahan ke arah memartabatkan bangsa dan agama bukanlah satu agenda yang asing tetapi merupakan sebuah projek yang dibongkar dari hakikat diri dan sejarah orang Melayu itu sendiri.”
Oleh: Mohd Azizuddin Sahiddin
Wartawan/Jurufoto
Media ISMA
Wartawan/Jurufoto
Media ISMA
0 komen:
Post a Comment