.

Wednesday, 9 February 2011

Laporan Karnival Kemanusiaan Rakyat Palestin

Usaha permulaan terbaik 


Jalan Ibrahim - Sebanyak RM21,170.70 untuk Tabung Keamanan Palestin berjaya dikutip di sepanjang Karnival Aman Palestin yang diadakan di Dataran Pulau, di sini, baru-baru ini 

Pengurus Jualan karnival berkenaan, Mohd Fauzi Abd Hamid berkata, selain diletakkan di tapak karnival, tabung itu juga turut diedarkan di seluruh daerah ini seperti di kedai, restoran, sekolah dan lain-lain lagi. 

Menurutnya, jumlah yang dikumpulkan dalam masa 10 hari itu menunjukkan satu permulaan terbaik dalam usaha mengumpul derma kepada umat Islam di Palestin. 

“Penduduk di daerah ini dan juga pelancong luar, turut menderma untuk Tabung Palestin sehingga dapat mengumpul jumlah agak tinggi. Ini menunjukkan penduduk di sini amat prihatin dan bersimpati dengan nasib saudara kita di luar sana,” katanya. 

Selain tabung itu, Mohd Fauzi memberitahu kempen yang turut dilancarkan adalah Kempen Awam Lindungi Palestin yang menekankan isu kemanusiaan. 

Katanya, kempen yang baru dilancarkan itu memberi sasaran kepada semua golongan tanpa mengira bangsa dan agama. 

“Selain itu, orang ramai juga boleh menderma dengan dengan pelbagai cara. Yang paling mudah adalah menyumbang ke tabung-tabung yang disediakan,” katanya. 

Karnival Aman Palestin ini adalah anjuran Aman Palestin Sdn Bhd, telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Mersing, Datuk Abdul Razak Hassan. 

Sementara itu, Setiausaha Majlis daerah, Mohd Johari Tarmidi memuji usaha yang dilaksanakan kerana berjaya mengadakan karnival itu walaupun dalam keadaan cuaca tidak menentu. 

Menurutnya, karnival itu seharusnya diteruskan dalam usaha untuk mengutip sumbangan kepada rakyat Palestin yang memerlukan. 

“Seperti yang diketahui, saudara kita di bumi Palestin terpaksa mengharungi pelbagai dugaan setiap hari yang diisi dengan dentuman bom, pergaduhan, pembunuhan dan sebagainya. 

“Jadi, kita di sini perlulah bersyukur dengan nikmat keamanan yang ada sekarang dan tidak melupakan saudara kita di luar sana yang memerlukan bantuan itu,” katanya dalam majlis perasmian penutup karnival. 

Turut hadir di majlis tersebut adalah Pengurus Cawangan Aman Palestin, Bariman Yasimin.


sumber ;


Akhbar Sinar Harian

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.