Memelihara dan menjaga perkara yang berikut supaya beroleh khusyuk di dalam solat:
- Bersiap sedia bagi mendirikan solat bermula, menjawab seruan azan, berwudhuk, memakai pakaian, berjalan menuju masjid dan menunai amalan sunat sebelum solat.
- Tenankan diri semasa di dlam solat
- Mengingati mati semasa di dalam solat
- Tadabbur ayat-ayat yang di baca dan doa-doa zikir di dalam solat, dan cuba berinteraksi dengannya.
- Membaca ayat-ayat dengan putus-putus dan berhenti-henti pada ayat-ayat tertentu supaya menurut sunnah dan memudah tadabbur dan menghayati maksudnya ayat yang di baca.
- Membaca al-Quran dan memperelokankan bacaannya di dalam solat.
- Mengetahui bahawa Allah s.w.t menyahut dan mengiakan orang yang bersolat.
- Bersolat dengan menghadapkan dinding atau tabir bagi menyekat jauh pandangan mata.
- Meletak tangan kanan di atas tangan kiri betul-betul di atas dada.
- Melihat kepada tempat sujud.
- Menggerak-gerakkan jari telunjuk kerana ia amat kerasa kepada syaitan daripada besi.
- Mempelbagaikan surah, ayat-ayat, doa-doa dan zikir tertentu di dalam solat supaya dapat memperaktikkan sunnah dan memperbaharui maknanya.
- Sujud tilawah apabila membaca ayat-ayat sujud di dalam solat.
- Berlindung dengan Allah daripada bisikan syaitan
- Merenung perihal solat para salaful soleh
- Mengetahui keistimewaan khusyu’ di dalam solat
- Bersungguhn-sungguh berdoa pada tempat-tempatnya di dalam solat, khususnya di dalam ruku’.
- Membaca zikir-zikir selepas solat yang maktsur.
Meninggalkan halangan-halangan dan perkara yang boleh memesongkan tumpuan di dalam solat dan menggugatkan perhatian di dalam solat.
- Menghilangkan sesuatu yang boleh mengganggu kamu dari tempat solat.
- Jangan solat dengan pakaian yang ada gambar, tulisan, corak-corak, lukisan dan warna-warni.
- Janganlah solat dengan kehadiran makanan yang menyelerakan.
- Janganlah solat sambil kamu menahan diri daripada sesuatu perkara yang membatalkan wudhuk.
- Jangan solat di dalam keadaan yang teramat mengantuk dan terlalu letih.
- Jangan solat di belakang orang yang tidur dan yang berbual-bual.
- Jangan sibuk membetulkan sejadah atau tempat sujud samaasa pasir, debu dan sebagainya.
- Jangan membaca ayat atau doa-doa di dalam solat sehingga menganggu orang lain di dalam sembahyang.
- Elakkan daripada berpaling muka kamu kearah yang lain daripada tempat sujud.
- Jangan mengangkat muka ke langit.
- Jangan menutup muka ketika solat
- Elakan daripada menguab di dalam sembahyang, jika menguap berusahalah menutup mulut.
- Jangan sekali-kali meletakan tangan di pinggang sewaktu solat.
- Elak daripada menutupi mulut dan pakainnya sehingga mencecah bumi.
- Tinggalkan perbuatan yang menyerupai binatang.
0 komen:
Post a Comment