.

Monday 25 July 2011

Wacana Peradaban inisiatif mantapkan fikrah pendakwah

BANDAR BARU BANGI, 25 Julai – Semangat berkobar-kobar sahaja tidak cukup untuk memenangkan perjuangan Islam. Ini kerana Islam telah membawa perubahan kepada manusia sehingga mencapai mercu ketamadunan dunia suatu masa dulu.

Pengerusi Biro Latihan Kepimpinan ISMA, Ustaz Mohd Hazizi bin Abdul Rahman menegaskan bahawa semangat semata-mata tidak cukup untuk melatari perjuangan suci ini. Banyak persoalan yang perlu dikupas secara ilmiah dan dibahas secara menyeluruh.

“Oleh itu, Biro Latihan Kepimpinan ISMA mengambil inisiatif untuk menganjurkan Wacana Peradaban ini secara bersiri demi memenuhi tuntutan pembangunan pemikiran umat Islam dan menjadi wacana pengayaan fikrah Islam agar kekal relevan memacu perubahan”.

Wacana Peradaban siri pertama yang dijadualkan berlangsung malam esok (26 Julai 2011) akan membicarakan mengenai Tahaluf Siyasi, yang merupakan persoalan penting dalam usaha umat Islam menggarap kewujudan kaum lain yang turut menghuni negara tercinta ini.

Topik ini akan dibicarakan menurut kupasan pandangan Syeikh Muhammad Ahmad Ar-Rasyid, seorang tokoh dakwah daripada Iraq yang banyak menulis buku-buku berkaitan fiqh dakwah.

Menurut Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, Muhammad Ahmad Ar-Rasyid adalah seorang pemikir dakwah yang jarang ditemui di mana beliau telah mengembangkan pemikiran dakwah yang diasaskan oleh Imam Hasan al-Banna. Manhaj beliau ialah menghubungkan ijtihad dakwah masakini dengan sandaran silam.
“Saya fikir tulisan beliau mengenai tahaluf siyasi sangat membantu para pendakwah dalam ijtihad haraki masakini. Ramai di kalangan kita tidak faham disiplin dalam melakukan kerjasama siyasi dengan pihak bukan Islam. Ulasan Ar-Rasyid ini diharap dapat menghilangkan kekeliruan generasi baru dakwah mengenai perkara ini,” ulas Presiden ISMA itu.

Sumber : ISMA Web

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.