.

Monday 25 July 2011

Tahaluf siyasi: Hukum & syarat menurut Muhamad Ahmad Rasyid (Bhg. 2)

Dalil yang jelas tentang larangan meminta bantuan dan ketatnya syarat tersebut.

RUKUN PERTAMA:

Meminta bantuan bukan Islam seperti meminta bantuan negara non muslim, parti non muslim dan kumpulan-kumpulan bukan Islam adalah TIDAK DIHARUSKAN dengan dalil-dalil yang jelas. Namun begitu HARUS meminta bantuan individu non muslim sekiranya ada isyarat yang menunjukkan kepada amanahnya.

Hadis-hadis sahih;

1-      Dalam Sahih Muslim adalah menceritakan tentang seorang musyrik mahu menyertai Rasulullah dalam peperangan ke Badar, Nabi bertanya sekiranya dia telah Islam, dia menafikan keislaman, Nabi meminta dia balik dan bersabda bahawa baginda tidak akan meminta tolong dengan seorang musyrik.

2-      Dalam satu peperangan yang tidak dinyatakan nama peperangan tersebut oleh perawinya, baginda berkata bahawa tidak akan meminta bantuan orang-orang musrik untuk memerangi orang-orang musyrik yang lain.

3-      Dalam Riwayat Abu Yusof al-Qadhi, bahawa Rasulullah saw meminta bantuan dengan orang Yahudi bani Qainuqa’.

Larangan dalam hadis pertama adalah jelas. Al-Syaibani mentakwilkan hadis pertama dengan mengatakan larangan itu kepada mereka yang tidak berada dalam pemerintahan Rasulullah dan mereka tidak berperang di bawah payung Rasulullah. Sekiranya begitu sifatnya, makruh meminta bantuan daripada mereka.

Al-Syaibani tidak meletakkan hukum umum dalam isu MAKRUH meminta tolong daripada orang-orang kafir, tetapi menjadikannya sebagai pandangan seorang ketua orang-orang Islam. Rasulullah saw didatangi dengan 700 orang Yahudi Bani Qainuqa’ yang sedia berperang dengan Rasulullah dalam peperangan Uhud, tetapi ditolak oleh Rasulullah dengan alasan, baginda tidak mahu meminta bantuan orang-orang musyrik. Dalam hal ini, al-Syaibani  berpendapat, penolakan Rasulullah disebabkan kebimbangan bagainda dengan perasaan rendah diri dan rasa terhina tentera-tentera Islam yang lain, sebab itulah Baginda menolaknya. Sekiranya seorang ketua muslimin itu berpendapat tidak wajar meminta bantuan orang kafir dibimbangi akan berlaku fitnah, wajarlah ia menolaknya.

Dalil ini adalah jelas, kerana setinggi-tinggi hukum meminta tolong dengan non muslim ialah HARUS sahaja, tidak sampai WAJIB. Sebaik-baiknya pemimpin kena menjauhi dari meminta tolong dengan non muslim. Abu Hanifah meletakkan syarat yang sangat ketat tentang meminta bantuan dengan orang kafir, berdasarkan Kisah Rasulullah pernah meminta bantuan Yahudi Qainuqa’ bagi memerangi Bani Quraizah.

al-Syaibani pula meletakkan dua syarat untuk meminta bantuan dengan non muslim;

1-      Boleh meminta bantuan dengan syarat non muslim boleh dipercayai, di mana kita merasa aman apabila berperang dengan mereka dan tidak menimbulkan fitnah bersama mereka.
2-      Hukum Islam yang dominan ke atas mereka, dengan kata lain… non muslim itu golongan yang lemah, dan jemaah Islam itu lebih kuat dan dominan.

Bagi al-syaibani, meminta bantuan dengan non muslim HARUS tetapi lebih kepada JARANG-JARANG BERLAKU dan dalam keadaan pengecualian. Ini adalah pandangan tokoh-tokoh  ilmuan feqh termasuk tokoh-tokoh daripada kalangan pengikut Imam Hanafi dan al-Tahawiah.

Bagi Abu Hanifah, al-Syafei, Thauri dan Awza’ie berpendapat;

Tidak ada masalah meminta bantuan dengan non muslim selagi mana Islam lebih kuat dan dominan, tetapi makruh meminta bantuan ketika non muslim lebih dominan dan kuat.

Pendapat Al-Karabisi, boleh meminta bantuan orang non muslim apabila mereka;
1-      Tiada SYAUKAH
2-      Berada bawah pemerintahan atau undang-undang  ORANG ISLAM
3-      Tidak memberi mudarat kepada orang Islam

Bezanya di sini ialah syarat untuk bercampur dengan mereka ialah apabila;
1-      Mereka berada di bawah kekuasaan dan hukum kita;
2-      Bilangan mereka adalah sedikit dan minoriti,

Apabila jumlah mereka adalah kecil, ini tidak mendatangkan mudarat kepada orang-orang Islam. Sekiranya wujud suasana ini, minta bantuan mereka adalah HARUS.

Tidak HARUS meminta bantuan sekiranya mereka mempunyai SYAUKAH, kerana mereka mungkin tidak akan berada di bawah kuasa dan hukum kita, mereka tidak akan keluar untuk membantu kita dan mengalahkan agama mereka, kita tidak akan merasa aman dengan meminta pertolongan mereka, jadi tidak HARUS meminta pertolongan mereka. Kita kembali kepada hadis Rasulullah yang tidak mahu meminta bantuan orang kafir tadi.

Sementara peristiwa Rasulullah meminta bantuan Yahudi Qainuqa’ untuk memerangi Yahudi Quraizah adalah kerana Yahudi Qainuqa’ berada dalam jumlah yang sedikit dan tidak mendominasi orang Islam.

Ibn Khuwaiz al-Basri al-Maliki berpendapat Kitab Allah Taala secara jelas bertentangan dengan pandangan Abu Hanifah yang mengharuskan hukum ini.

Firman Allah;
118. Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa Yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa Yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya (ali-Imran 3:118).

57. Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yang menjadikan ugama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan – dari orang-orang Yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang Yang beriman (al-Maidah 5:57).

Kedua-dua ayat ini dengan jelas menunjukkan larangan menyokong dan membantu orang kafir.

Ustazah Norsaleha Mohd Salleh,
Ketua Wanita ISMA

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.