.

Saturday 9 July 2011

KOPRESS catat keuntungan bagi tahun 2010/2011


BANDAR BARU BANGI, 26 Jun – Koperasi Profesional Ikatan Muslimin Malaysia Berhad (KOPRESS) telah berjaya mencatatkan keuntungan bagi tahun 2010/2011.


Perkara ini diumumkan oleh Pengerusi KOPRESS, En. Khalid Zakaria semasa Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-2 KOPRESS yang diadakan di Dewan Seminar, Ibu Pejabat ISMA di sini.

Mesyuarat Agung Tahunan kali ini menyaksikan seramai 12 orang ahli lembaga KOPRESS telah dilantik bagi tahun 2011/2012. Mesyuarat juga memutuskan kadar keberhutangan KOPRESS ditingkatkan kepada RM10 juta.

Ahli-ahli turut menggesa agar KOPRESS bertindak lebih agresif dalam mempromosikan keahlian dan modal syer, di samping melaksanakan projek-projek yang boleh mendatangkan keuntungan pada masa akan datang.
En. Khalid yang juga merupakan Bendahari Agung ISMA melahirkan harapan agar ahli-ahli ISMA dapat memberi sokongan padu kepada KOPRESS demi visi dan misi yang dicita-citakan.

Sumber : ISMA Web

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.