HELIOPOLIS, 27 November -- Presiden ISMA yang juga Pengerusi Eksekutif Aman Palestin, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman bersama Naib Yang Dipertua (YDP) ISMA Seremban Prof. Madya Dr. Zainur Rashid bin Zainuddin tika ini mewakili negara kita Malaysia dalam sebuah misi kemanusiaan antara benua yang disertai oleh lapan buah negara Islam yang dikelolakan oleh Pertubuhan Islam Sedunia (OIC).
Lapan negara yang diwakili oleh beberapa individu bagi setiap negara sedang melengkapkan misi yang diketuai oleh Fouad Meznay , Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kemanusiaan OIC ini akan menilai situasi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, khususnya di bidang kesihatan, dan akan mengaktifkan mekanisme penyelarasan di antara organisasi-organisasi kemanusiaan yang berkait dengan OIC , disamping melancarkan sejumlah projek yang kritikal bagi penduduk diGaza.
Seperti yang kita maklum kerajaan yang dibentuk berdasarkan sistem demokrasi pada pilihanraya Palestin 2006 dahulu telah ditekan dan diserang bertubi-tubi hingga ke hari ini yang menyaksikan ribuan terbunuh dan ratusan ribu lagi dicengkam tekanan daripada musuh Islam di peringkat antarabangsa.
“Usaha OIC kali ini merupakan suatu langkah kehadapan yang besar dalam usaha membantu masyarakat Gaza,” kata Presiden ISMA , Ustaz Abdullah Zaik.
Pada misi kali ini, pihak Malaysia yang diketuai oleh Ustaz Abdullah Zaik diamanahkan untuk mengurus sistem pemusatan maklumat pesakit di Gaza secara khusus dan membantu sistem-sistem sokongan lain secara umum.
“Sistem ini sangat kritikal kerana sebelum ini ramai pesakit yang tidak dapat dirawat dengan sempurna hanya kerana kesukaran mengetahui sejarah pesakit tersebut,” jelas Ustaz Abdullah Zaik.
Beliau juga menjelaskan bahawa dengan terbinanya sistem ini maka pesakit akan mendapat rawatan susulan dengan jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Malah menurut beliau dengan sistem ini juga membolehkan pesakit mendapat rawatan di hospital luar dengan jauh lebih mudah berbanding sebelum ini.
Sistem ini juga akan membawa tahap rawatan pesakit di Gaza ke suatu tahap yang belum pernah dicapai sebelum ini.
Kerjasama dan usaha yang dibina bakal membawa misi kemanusiaan ke tahap yang lebih baik berbanding sebelum ini.
0 komen:
Post a Comment