Oleh: Dr. Jamal Madhy
Kita telah biasa mendengar soalan ini: Bagaimana mahu mencapai ‘rabbaniyah’? Inilah hari-hari tarbiyah telah tiba menemui kita. Tarbiyah pada hakikatnya dikaitkan kepada pengembangan dan para ulamak mendifinisikan tarbiyah dengan maksud proses pendidikan yang menyampaikan kepada suatu kesempurnaan secara sedikit demi sedikit.
Di saat kesempurnaan hanya bagi Allah, pakar pendidikan sepakat tentang ungkapan “kesempurnaan yang diidamkan”, dalam pada itu keazaman, kesungguhan, usaha, bekerja, keutuhan dan kemahuan ialah jalan tunggal untuk memenuhi kesempurnaan yang diidamkan dan rentetan itu tercapai proses tarbiyah.
Makna ‘hari-hari tarbiyah’ pada keseluruhannya ialah merebut hadiah-hadiah Allah secara berterusan kerana hadiah-hadiah Allah, anugerah dan cahayaNya turun sedikit sedikit. Sekiranya terdapat hati yang sentiasa berjaga, ruh yang cergas dan jiwa yang hidup, maka ia akan tetap mengambil hadiah-hadiah ini, cenderung kepada keredhaan, menerima dunia di dalam hatinya, meluaskan alam di dalam ruhnya, lalu dia bangun menuju kepada perubahan dan akhlak yang tinggi. Oleh sebab itu terdapat pesanan nabi saw:
“Sesungguhnya Tuhanmu telah menyediakan untukmu hari-hari yang penuh dengan hadiah. Maka rebutlah ia”.
Merebut hadiah-hadiah ini ialah keazaman, kemahuan dan keteguhan pendirian kita untuk mendapatkannya, kerana harta ghanimah di dalam peperangan tidak akan diperolehi melainkan setelah bersusah payah dan menanggung derita. Begitulah juga hari-hari yang penuh berkat ini.
Sesungguhnya kalau diperhatikan banyak amal ketaatan dan ibadah dapat dilakukan pada hari-hari sepuluh: puasa, tilawah al-Quran, sunat nawafil, sunat-sunat, sedekah, persiapan untuk Eidul Adha, menggembirakan masyarakat. menghulurkan khidmat bakti, hubungan yang berterusan kepada Allah seperti qiamullail, munajat, zikir dan doa. Saya katakan: Sesungguhnya Allah telah melebihkan hari-hari ini kerana telah bersumpah di dalam al-Quran:
“1. Demi fajar,2. Dan malam yang sepuluh”. (Al-Fajr: 1-2)
Dan berdoa sambil bermunajat kepadaNya:
“dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang Telah ditentukan”. (Al-Hajj: 28)
Menurut Ibn Abbas “hari yang ditentukan” ialah sepuluh pertama bulan Zulhijjah.
Semua ini dating untuk mencapai tujuan yang Allah kehendaki ke atas setiap muslim di dalam kehidupan seharian, iaitu di atas dua peringkat.
Peringkat pertama: Fenomena umat yang dapat kita saksikan
Hal ini dapat dilihat di mana para jemaah datang dari segenap penjuru dunia semata-mata untuk mengerjakan ibadah haji, membesarkan syiar-syiar Allah, kemudian kembali seakan-akan bayi yang baru lahir yang disebutkan dengan kelahiran yang baru bagi umat. Kini kita telah mengetahui dari fenomena ini dua perkara di mana kita mulakan tahun baru dengan lembaran yang putih bersih.
Hal ini dapat dilihat di mana para jemaah datang dari segenap penjuru dunia semata-mata untuk mengerjakan ibadah haji, membesarkan syiar-syiar Allah, kemudian kembali seakan-akan bayi yang baru lahir yang disebutkan dengan kelahiran yang baru bagi umat. Kini kita telah mengetahui dari fenomena ini dua perkara di mana kita mulakan tahun baru dengan lembaran yang putih bersih.
1. Sibuk dengan urusan akhirat
Tidak bermakna mengurangkan kerja dunia, kerjaya dan usaha mencari kesenangan. Bagaimana kita mahu menjadikan pekerjaan di dunia sebagai pintu kepada akhirat berdasarkan kata-kata salaf:“Usaha tungkus-lumus kamu di dunia adalah juga usaha untuk akhirat”. Inilah dia yang Allah telah tentukan bahawa tidak sibuk kecuali dalam urusan akhirat. Inilah risalah yang jelas kepada setiap muslim yang tidak mengerjakan haji. Kesibukan dalam urusan akhirat adalah anugerah dari Allah dan kelebihan untuk hambaNya. Firman Allah:
“ Sesungguhnya kami Telah mensucikan mereka dengan (menganugerahkan kepada mereka) akhlak yang Tinggi yaitu selalu mengingatkan (manusia) kepada negeri akhirat”. (Shad: 46)
2. Bersungguh-sungguh memburu syurga
Apa yang kita lihat semua kerja-kerja haji penuh dengan kesukaran, kepenatan dan kesungguhan sejak ketibaan, tawaf, mabit di Mina, saie dan melontar Jamrah seakan-akan Allah berpesan kepada kita di dalam risalahNya; Syurga sangat mahal sedang menantimu, maka apakah persiapan kamu untuknya?
Nabi saw pernah berpesan kepada sahabatnya: “Adakah ada orang yang bersungguh-sungguh untuk memburu syurga?”. Lalu para sahabat menjawab: “Kami adalah golongan yang bersungguh-sungguh untuknya”. Sabda nabi lagi: “Katakanlah insya Allah”.
Iaitu dengan berusaha gigih dan bersungguh-sungguh, bukan dengan berehat-rehat dan sambil lewa. Sekalipun ini adalah teguran nabi kepada para sahabat, maka apakah kita tidak mengambil teguran nabi ini sedangkan keadaan kita hari ini seperti yang anda lihat?!
Peringkat kedua: peringkat kehidupan seharian kita
Ini adalah hari-hari tarbiyah yang kita idamkan mampu mencapai kesempurnaan. Mudah-mudahan Allah memberi keampunan kepada kita, yang merupakan jalan tunggal menuju ke syurga. Firman Allah:
“ Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa,”. (Ali-Imran: 133)
Kita huraikan hari-hari tarbiyah seperti berikut:
1. Tarbiyah jiwa
Melalui ketaatan ini dan kesannya dalam jiwa, memberikan kita tenaga dan bekalan bagi menghadapi pertempuran hidup. Ketaatan tidak akan tercapai melainkan apabila diikuti dengan keikhlasan kepada Allah. Ketaatan mempunyai kesan yang mendalam kepada masyarakat dan kehidupan. Oleh itu jika tidak ada kesan dalam merubah tingkah laku dan mengislah masyarakat, maka wajiblah merujuk tahap keikhlasannya kepada Allah.Sekiranya masih tidak ada kesan dalam menjinakkannya, melembutkannya, menambahkan iman serta melapangkan hatinya, maka wajiblah ia merujuk tahap keikhlasannya kepada Allah. Firman Allah:
“2. Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan Hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. 3. (yaitu) orang-orang yang mendirikan shalat dan yang menafkahkan sebagian dari rezki yang kami berikan kepada mereka”. (Al-Anfal: 2-3)
Sekiranya jiwa-jiwa telah mencapai dua perkara yang lalu, maka mudahlah manusia mentaati seperti yang diperintahkan Allah, sama seperti berbuat baik kepada ibubapa dan isteri mentaati suami, rakyat mentaati pemimpin, tentera mentaati ketua dan murid mentaati gurunya. Ini adalah rahsia sabda nabi saw: “Tiada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Khaliq”.Dengan itu kita menjadi hari-hari ini sebagai tarbiyah kepada jiwa supaya berada dalam ketaatan dalam menghadapi cabaan hidup.
2. Mengubah cara hidup
Kebosanan, menyerah diri, sikap negatif , kekalahan dalaman, kelemahan iman dan sebagainya yang terus membelengu manusia hari ini, kembali melemahkan jiwa mereka dan tidak membaharuinya. Oleh itu hati berkarat dan ruh terpadam cahayanya, jiwa menjadi lemah dan putus asa. Justeru kenapakah kita tidak memusnahkan factor yang menyebabkan fenomena ini dengan mengubah cara hidup kita? Inilah dia peluang hari-hari ini dengan nilai tarbiyah yang tinggi kerana pintu ketaatan terbuka dan pelbagai jenis yang seiringan dengan alam yang masing-masing sentiasa taat kepada ketetapan Allah di mana berlaku suasana keseragaman setelah setiap muslim berjaya mengubah kebiasaannya dan menentukan tindak balasnya dan menguasai dirinya. Seterusnya menjadikan dirinya kini memulakan tahun yang baru dengan suatu kelahiran yang menang ke atas diri dan nafsunya, termasuklah ia menang dengan mudah ke atas konflik hidupnya.
3. Berhubung dengan Allah
Sesungguhnya nabi telah menyatakan ketinggian pahala amal soleh pada hari ini mengatasi pahala jihad. Ini kerana amal soleh adalah untuk Allah sebelum, semasa dan setelah amal soleh dilakukan. Sebelumnya, amal soleh dimulakan dengan niat dan harapan, semasa amal soleh dilakukan diiringi dengan ketelusan dan tiada riya’ dan selepasnya diiringi perasaan takut dan mengharap agar Allah menerima amalnya. Demikianlah seorang muslim pada setiap masa di hadapan pintu-pintu yang sentiasa terbuka berpindah kepada penyembahan untuk Allah semata-mata. Firman Allah:
“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus”. (Al-Bayyinah: 5).
Melalui kunci ini adat (kebiasaan) bertukar kepada ibadat, perkara-perkara yang membelitnya bertukar kepada ketaatan dan amalan-amalan biasa bertukar kepada penyembahan yang ikhlas..Bukankah hal ini merupakan suatu latihan berterusan yang menghubungkannya kepada Allah pada hari-hari tarbiyah?
4. Tarbiyah saling berlomba-lomba
Potensi manusia yang sedia ada ingin bertolak dan kembali kepada pemiliknya dengan segala kebaikan dan ketaatan yang pelbagai jenis, bermakna membawa potensi dan membebaskan keupayaan manusia dalam suasana yang Allah telah jadikannya bersedia untuk bersaing dan berlumba-lumba secara hakiki. Firman Allah:
“Dan untuk yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba”. (Al-Mutaffifin: 26)
“Untuk yang demikian” adalah amal soleh, amalan akhirat, pelbagai jenis ketaatan, memburu syurga disamping pada hari ini kita kehilangan suasana tarbiyah dan iklim tarbiyah yang soleh untuk bersaing dan berlumba. Inilah adalah pemberian dan hadiah dari Allah kepada kita semua dan peluang saling berlumba-lumba dalam suasana tarbiyah yang murni dan suasana rabbani yang dilakukan di bawah pengawasan dan pemeliharaan Allah.
5. Tarbiyah yang menyeluruh
Amal soleh adalah perkataan yang lengkap dan menyeluruh, dan mempunyai kesan tarbiyah kepada diri, masyarakat, kehidupan dan umat yang dapat disentuh dan dilihat. Hari-hari 10 ini datang sebagai latihan percuma untuk memperolehi pengalaman tarbawi yang pelbagai seperti kefahaman dan kepuasan sehingga terbina dan terbiasa di mana perlakuan amali seragam dan senada yang dapat dipraktikkan di rumah bersama isteri, suami dan anak-anak. Begitu juga di dalam pekerjaan yang penuh kemurniaan, pengislahan, perhubungan dan persahabatan. Begitu juga bersama kaum kerabat yang penuh kebaikan, hubungan, belas kasihan dan keakraban. Begitu juga bersama masyarakat yang penuh khidmat bakti, akhlak terpuji dan hubungan yang rapat yang saling kasih-mengasihi, bersaudara, bertolong-tolongan, bertolak ansur, bantu-membantu, faham-memahami, meringkan bebanan dan lengkap-melengkapkan. Begitu juga bersama umat, mengambil berat, memberi perhatian serius, membela dan berjuang.Adakah setiap kita telah bertanya tentang dirinya macamana kita menyambut ketibaan hari-hari 10 ini?
Peluang ini masih berterusan. Maka seandainya betul anda telah menyambutnya, segala pujian bagi Allah yang telah menunjukkan kita kepada semua kebaikan dan teruskanlah mengambil hadiah dari Allah kepada kita dengan melakukan ketaatan.
Seandainya anda belum menyambutnya, peluang masih terbentang di hadapan kita dengan segera bertaubat yang sebenarnya, berazam untuk merebut hari-hari yang masih tinggal ini. Ayuhlah kita mengumumkan perang ke atas maksiat yang telah menenggelamkan ketaatan kita sebelum ini. Jadikanlah syiar kita seperti firman Allah:
“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) kami, benar- benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. dan Sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik”. (Al-Ankabut: 69)
---------------
Terjemahan dari http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=42336&SecID=363
oleh :
www.zadud-duat.blogspot.com
oleh :
www.zadud-duat.blogspot.com
0 komen:
Post a Comment