.

Wednesday, 6 October 2010

Sambutan Eidul Fitri ISMA-Johor Disambut Meriah





JOHOR BAHRU, 26 September 2010 -  Majlis Sambutan Eidul Fitri ISMA Johor 2010 telah berlangsung dengan meriah dan jayanya di Perkarangan Surau JPJ, Taman Daya, di sini pada hari Ahad yang lalu. Majlis yang saban tahun diadakan, sedikit berbeza pada kali ini apabila dianjurkan secara bersama oleh Ikatan Muslimin Malaysia ( ISMA ) cawangan Johor dan PEMBINA Johor. Majlis tersebut telah dihadiri oleh ramai tetamu yang bukan sahaja daripada kalangan  ahli-ahli ISMA dan PEMBINA, malah penduduk setempat dan juga para pelajar dari beberapa pusat pengajian tinggi yang berdekatan.



Bertemakan ‘Memperkasa Jatidiri Di Aidilfitri’, majlis pada kali ini bermula seawal jam 2.00 petang sejurus selepas menunaikan solat fardhu Zuhur dan para tetamu yang datang terus disajikan dengan hidangan jamuan makan. . Antara menu yang disediakan oleh pihak penganjur ialah kambing golek, laksa, sate, kuih-muih dan pelbagai lagi hidangan yang lain.

Seusai ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis, saudara Zulhelmi, Pengarah Program Majlis Sambutan Eidul Fitri 2010, saudara Azman Bakri dalam ucapannya pula, mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ajk yang bersama dalam menjayakan majlis pada tahun ini, dan beliau juga berharap program sebegini dapat mengukuhkan lagi ikatan ukhuwwah islamiyah bukan sahaja di kalangan ahli ISMA dan PEMBINA bahkan juga di kalangan masyarakat setempat.

Sejurus selepas itu, YDP ISMA Johor, Tuan Hj. Mohd Tahir dalam ucapannya,  mengucapkan rasa syukur atas nikmat persaudaraan yang telah lama terjalin di kalangan ahli-ahli dan para tetamu yang hadir di samping berharap para tetamu yang hadir dapat menggunakan kesempatan yang ada dengan sebaiknya untuk beramah mesra dan bertanya khabar. Beliau juga mengingatkan semua yang hadir agar terus bersama mendepani isu masyarakat terutamanya orang melayu di Malaysia agar kembali bersatu dan bersepakat dalam segala hal yang disepakati dan berlapang dada dalam hal yang diperselisihkan. Hal ini demikian katanya, penting dalam memastikan survival umat Islam di Malaysia terus kukuh dan dipelihara.

Pada majlis kali ini juga, berlangsungnya majlis penyampaian hadiah untuk para pemenang bagi Pertandingan Penulisan anjuran PEMBINA Johor yang disampaikan oleh YDP ISMA Johor, Tuan Hj. Tahir. Pihak ISMA Johor juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang dan berharap semua karya yang dipertandingkan dapat diketengahkan untuk tatapan umum.

Sambil menikmati juadah yang disediakan, para tetamu juga dihidangkan dengan persembahan khas saudara Shoem yang menyampaikan beberapa buah lagu nasyid secara solo. Suara beliau yang merdu menggamatkan lagi suasana majlis. Di samping itu, turut diadakan beberapa acara kelolaan NAZIM cawangan Johor khusus untuk anak-anak yang hadir pada majlis pada kali ini.

Majlis berakhir tepat jam 5.30 petang selepas hadirin menunaikan solat fardhu Asar secara berjemaah dan mendengar tazkirah ringkas yang disampaikan oleh saudara Mohd Fuad Zaki..

Rata-rata hadirin dan para tetamu berpuas hati dengan majlis yang diadakan dan berharap semoga  dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Gambar sekitar aktiviti :










0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.