.

Saturday 19 February 2011

Mukmin yang benar akan menyeru kepada iman yang benar


ؤقَالَ الَّذِي آمَنَ يَا قَوْمِ إِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُم مِّثْلَ يَوْمِ الْأَحْزَابِ{30} مِثْلَ دَأْبِ قَوْمِ نُوحٍ وَعَادٍ وَثَمُودَ وَالَّذِينَ مِن بَعْدِهِمْ وَمَا اللَّهُ يُرِيدُ ظُلْماً لِّلْعِبَادِ{31} وَيَا قَوْمِ إِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ يَوْمَ التَّنَادِ{32} يَوْمَ تُوَلُّونَ مُدْبِرِينَ مَا لَكُم مِّنَ اللَّهِ مِنْ عَاصِمٍ وَمَن يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ{33} غافر

Dan berkatalah pula orang yang beriman itu: “Wahai kaumku! Sesungguhnya aku bimbang kamu akan ditimpa (kebinasaan) sebagaimana yang telah menimpa kaum-kaum yang bergabung (menentang Rasul-rasulnya)!(30) “(Iaitu) seperti keadaan kaum Nabi Nuh, dan Aad (kaum Nabi Hud), dan Thamud (kaum Nabi Soleh), serta orang-orang yang datang kemudian daripada mereka (seperti kaum Nabi Lut). Dan (ingatlah) Allah tidak menghendaki berbuat kezaliman kepada hamba-hambaNya.(31) “Dan, wahai kaumku! Sesungguhnya aku bimbang kamu akan ditimpa azab seksa hari (kiamat) yang padanya masing-masing menjerit-jerit memanggil (memohon pertolongan),(32) “(Iaitu) hari kamu berpaling undur melarikan diri; padahal semasa itu tidak ada sesiapapun yang dapat menyelamatkan kamu dari azab Allah. Dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tiada sesiapapun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.(33). Surah Ghafir.
وَلَقَدْ جَاءكُمْ يُوسُفُ مِن قَبْلُ بِالْبَيِّنَاتِ فَمَا زِلْتُمْ فِي شَكٍّ مِّمَّا جَاءكُم بِهِ حَتَّى إِذَا هَلَكَ قُلْتُمْ لَن يَبْعَثَ اللَّهُ مِن بَعْدِهِ رَسُولاً كَذَلِكَ يُضِلُّ اللَّهُ مَنْ هُوَ مُسْرِفٌ مُّرْتَابٌ{34} الَّذِينَ يُجَادِلُونَ فِي آيَاتِ اللَّهِ بِغَيْرِ سُلْطَانٍ أَتَاهُمْ كَبُرَ مَقْتاً عِندَ اللَّهِ وَعِندَ الَّذِينَ آمَنُوا كَذَلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ عَلَى كُلِّ قَلْبِ مُتَكَبِّرٍ جَبَّارٍ{35} وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا هَامَانُ ابْنِ لِي صَرْحاً لَّعَلِّي أَبْلُغُ الْأَسْبَابَ{36} غافر
“Dan demi sesungguhnya! Nabi Yusuf telah datang kepada kamu dahulu dengan membawa keterangan-keterangan (yang membuktikan kerasulannya), maka kamu tetap juga dalam keraguan mengenai apa yang disampaikannya kepada kamu sehingga apabila ia mati, kamu berkata: Allah tidak akan mengutuskan lagi Rasul sesudahnya; demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang melampau kederhakaannya, lagi yang ragu-ragu kepercayaannya (terhadap balasan Tuhannya), -(34) “(Iaitu) orang-orang yang membantah mengenai maksud ayat-ayat Allah dengan tidak ada sebarang bukti yang sampai kepada mereka (dari pihak yang diakui benarnya). (Bantahan yang demikian) besar kebenciannya dan kemurkaannya di sisi hukum Allah dan di sisi bawaan orang-orang yang beriman. Demikianlah Allah meteraikan atas hati tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi bermaharajalela pencerobohannya!”(35) Dan Firaun pula berkata: “Hai Haman! Binalah untukku sebuah bangunan yang tinggi, semoga aku sampai ke jalan-jalan (yang aku hendak menujunya)(36) Surah Ghafir.
أَسْبَابَ السَّمَاوَاتِ فَأَطَّلِعَ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ كَاذِباً وَكَذَلِكَ زُيِّنَ لِفِرْعَوْنَ سُوءُ عَمَلِهِ وَصُدَّ عَنِ السَّبِيلِ وَمَا كَيْدُ فِرْعَوْنَ إِلَّا فِي تَبَابٍ{37} وَقَالَ الَّذِي آمَنَ يَا قَوْمِ اتَّبِعُونِ أَهْدِكُمْ سَبِيلَ الرَّشَادِ{38} يَا قَوْمِ إِنَّمَا هَذِهِ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَإِنَّ الْآخِرَةَ هِيَ دَارُ الْقَرَارِ{39} مَنْ عَمِلَ سَيِّئَةً فَلَا يُجْزَى إِلَّا مِثْلَهَا وَمَنْ عَمِلَ صَالِحاً مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُوْلَئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ يُرْزَقُونَ فِيهَا بِغَيْرِ حِسَابٍ{40} غافر
“(Iaitu) ke pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa; dan sesungguhnya aku percaya Musa itu seorang pendusta!” Demikianlah diperhiaskan (oleh Syaitan) kepada Firaun akan perbuatannya yang buruk itu untuk dipandang baik, serta ia dihalangi dari jalan yang benar; dan tipu daya Firaun itu tidak membawanya melainkan ke dalam kerugian dan kebinasaan.(37) Dan berkatalah pula orang beriman itu: “Wahai kaumku! Turutlah (nasihatku), aku akan menunjukkan kepada kamu jalan yang benar.(38) “Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja), dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.(39) “Sesiapa yang mengerjakan sesuatu perbuatan jahat maka ia tidak dibalas melainkan dengan kejahatan yang sebanding dengannya; dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh – dari lelaki atau perempuan – sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga; mereka beroleh rezeki di dalam Syurga itu dengan tidak dihitung.(40) Surah Ghafir.
وَيَا قَوْمِ مَا لِي أَدْعُوكُمْ إِلَى النَّجَاةِ وَتَدْعُونَنِي إِلَى النَّارِ{41} تَدْعُونَنِي لِأَكْفُرَ بِاللَّهِ وَأُشْرِكَ بِهِ مَا لَيْسَ لِي بِهِ عِلْمٌ وَأَنَا أَدْعُوكُمْ إِلَى الْعَزِيزِ الْغَفَّارِ{42} غافر
“Dan wahai kaumku! Apa halnya aku dengan kamu? Aku mengajak kamu kepada keselamatan, dan kamu pula mengajakku ke neraka?(41) “Kamu mengajakku supaya aku kufur (tidak percayakan keesaan) Allah dan mempersekutukanNya dengan apa yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, padahal aku mengajak kamu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun? (42) Surah Ghafir.
Allah s.w.t telah mengutuskan rasul dari kalangan para rasul kepada penduduk negeri Antokiah lalu mereka mendustainya, cuma seorang saja dari mereka yang beriman. Allah berfirman mengenai kisah itu:
وَجَاء مِنْ أَقْصَى الْمَدِينَةِ رَجُلٌ يَسْعَى قَالَ يَا قَوْمِ اتَّبِعُوا الْمُرْسَلِينَ{20} اتَّبِعُوا مَن لاَّ يَسْأَلُكُمْ أَجْراً وَهُم مُّهْتَدُونَ{21} وَمَا لِي لاَ أَعْبُدُ الَّذِي فَطَرَنِي وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ{22} أَأَتَّخِذُ مِن دُونِهِ آلِهَةً إِن يُرِدْنِ الرَّحْمَن بِضُرٍّ لاَّ تُغْنِ عَنِّي شَفَاعَتُهُمْ شَيْئاً وَلاَ يُنقِذُونِ{23} إِنِّي إِذاً لَّفِي ضَلاَلٍ مُّبِينٍ{24} إِنِّي آمَنتُ بِرَبِّكُمْ فَاسْمَعُونِ{25} قِيلَ ادْخُلِ الْجَنَّةَ قَالَ يَا لَيْتَ قَوْمِي يَعْلَمُونَ{26} يس
Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:” Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu –(20) “Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk”.(21) Dan (apabila ditanya: Sudahkah engkau menerima agama mereka? Maka jawabnya): “Mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan daku, dan yang kepadaNyalah (aku dan) kamu semua akan dikembalikan?(22) “Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah? (Sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku, dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku.(23) “Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.(24) “Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarlah (nasihatku)”,.(25) (Setelah ia mati) lalu dikatakan kepadanya: “Masuklah ke dalam Syurga”. Ia berkata; “Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui –(26) Surah Yassin.
Olehitu kita dapati banyak dikalangan para sahabat yang mulia, apabila terpancar cahaya iman di hati,lalu mereka terus berdakwah kepada Islam samaada pada individu dan kumpulan. Kemudian mereka terdedah kepada segala macam seksaan namum mereka tetap meneruskan usaha yang mulia itu tanpa memperdulikan seksaan yang ditempohi.
Dari Ibnu Abbas:menceritakan tentang seorang sahabat yang bernama Abu Zhar Al-Ghifari. Setelah Aba Zhar mendengar mengenai perutusan Muhammamd s.a.w. dia telah meminta saudara lelakinya pergi ke Mekah untuk mendapat maklumat mengenai lelaki yang mendakwa dirinya nabi dan membawa kebaikan dari langit. Maka pergilah saudaranya ke Mekah bagi memenuhi kehendak abangnya dan mendengar apa yang perkatakan oleh nabi kemudian pulang kepada Abi Zhar. Sekembalinya dia terus mencerita kepada Aba Zhar apa yang dia telah dengar,katanya:  aku dapati dia mengajak kepada berakhlak mulia dan dia bekata-kata bukan dari syair-syair. Lantas jawab Abu Zhar: kamu belum dapat menyembuh apa yang aku inginkan,kemudian dia bersiap bekalan untuk berangkat ke Mekah. Setibanya beliau ke masjid haram terus dia mencari rasulullah sedang ia tidak mengenali rasul,dia juga tak mahu bertanya sesiapa. Sehinggalah pada suatu malam keadaan beliau disedari oleh Ali bin Abi Talib yang mendapati Aba Zhar seakan-akan orang asing di Mekah yang sedang berbaring disekitar masjid haram. Lalu saidina Ali mengajaknya bermalam di rumahnya dalam keadaan mereka tidak saling bertanya apa-apa sehinggalah ke subuh pagi. Kemudian berangkat pula ke masjid untuk mencari rasulullah tetapi tak juga berhasil. Kemudian Abu Zhar juga bermalam di rumah Ali bagi malam yang kedua. Setelah tiba pada hari yang ketiga. Saidina Ali bertanya: bolehkah kamu beritahuku,apa yang boleh ku bantu kamu? Abu zhar meminta janji dan persetujuan terlebih dahulu daripada Ali,setelah Ali bersetuju barulah Abu Zhar menceritakan hasratnya. Maka jawab Ali: Dia adalah benar,dia merupakan rasul Allah,apabila tiba pagi esok kamu ikutku. Apabila kamu melihat ada sesuatu yang membimbangkan dari kamu maka bertindaklah seolah kamu membawaku air..Setelah tibanya waktu pagi keesukannya Abu Zhar mengekori Ali sehinggalah bertemu dengan RasulAllah lalu mendengar kata-kata nabi kemudian terus beriman (memeluk Islam). Maka bersabda nabi kepadanya: kembalilah kamu ke negeri kamu dan beritahu mereka, sehingga datang perintahku seterusnya. Lalu dia bersumpah demi diriku ditanganNya,aku akan berterus terang di depan orangramai dengan kalimah tauhid. Maka keluarlah ia sehingga tiba di masjid haram lalu ia menyeru dengan suara yang kuat kalimah; tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad pesuruhAllah dan hambaNya juga. Setelah itu dia dipukul oleh orangramai sehingga datanglah Abbas menyelamatkannya. Abbas: menyeru kaumnya:Binasalah kamu semua, tahukah kamu semua dia ini dari kalangan Ghifaar yang berada di pertenghan jalan perniagaan kamu ke Syam. Lalu dia di selamatkan oleh Abbas. Keesokannya berlaku lagi sekali,kemudian sekali lagi diselamatkan oleh Abbas juga. Setelah ia berhasrat hendak pulang kepada kaumnya,Rasulullah berpesan: “Apakah kamu wakil untuk menyampaikan tentang diriku kepada kaum kamu? Semoga Allah memberi mereka menafaat kepada kamu dan  mengurniakan bagi kamu ganjaranNya.!!” Maka kembalilah Abu Zhar kemudian Islam saudaranya,ibunya dan beriman separuh dari kaumnya dan separuh lagi islam semasa kedatangan nabi ke Madinah. Mereka berkata kepada rasul: wahai rasulullah!! Kamu menerima Islam sepertimana saudara kamu menerima Islam sebelum ini, lalu nabi bersabda: ” Ghifaar Allah telah mengampunkan dosa-dosa kamu dengannya dan dengan islam kamu Allah telah menyelamatkan kamu”. ( Bukhari dan Muslim.)

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.