.

Saturday 19 February 2011

33 Cara Untuk Khusyuk Solat

Memelihara dan menjaga perkara yang berikut  supaya beroleh khusyuk di dalam solat:
  1. Bersiap sedia bagi mendirikan solat bermula, menjawab seruan azan, berwudhuk, memakai pakaian, berjalan menuju masjid dan menunai amalan sunat sebelum solat.
  2. Tenankan diri semasa di dlam solat
  3. Mengingati mati semasa di dalam solat
  4. Tadabbur ayat-ayat yang di baca dan doa-doa zikir di dalam solat, dan cuba berinteraksi dengannya.
  5. Membaca ayat-ayat dengan putus-putus dan berhenti-henti pada ayat-ayat tertentu supaya menurut sunnah dan memudah tadabbur dan menghayati maksudnya ayat yang di baca.
  6. Membaca al-Quran dan memperelokankan bacaannya di dalam solat.
  7. Mengetahui bahawa Allah s.w.t menyahut dan mengiakan orang yang bersolat.
  8. Bersolat dengan menghadapkan dinding atau tabir bagi menyekat jauh pandangan mata.
  9. Meletak tangan kanan di atas tangan kiri betul-betul di atas dada.
  10. Melihat kepada tempat sujud.
  11. Menggerak-gerakkan jari telunjuk kerana ia amat kerasa kepada syaitan daripada besi.
  12. Mempelbagaikan surah, ayat-ayat, doa-doa dan zikir tertentu di dalam solat supaya dapat memperaktikkan sunnah dan memperbaharui maknanya.
  13. Sujud tilawah apabila membaca ayat-ayat sujud di dalam solat.
  14. Berlindung dengan Allah daripada bisikan syaitan
  15. Merenung perihal solat para salaful soleh
  16. Mengetahui keistimewaan khusyu’ di dalam solat
  17. Bersungguhn-sungguh berdoa pada tempat-tempatnya di dalam solat, khususnya di dalam ruku’.
  18. Membaca zikir-zikir selepas solat yang maktsur.
Meninggalkan halangan-halangan dan perkara yang boleh memesongkan tumpuan di dalam solat dan menggugatkan perhatian di dalam solat.
  1. Menghilangkan sesuatu yang boleh mengganggu kamu dari tempat solat.
  2. Jangan solat dengan pakaian yang ada gambar, tulisan, corak-corak, lukisan dan warna-warni.
  3. Janganlah solat dengan kehadiran makanan yang menyelerakan.
  4. Janganlah solat sambil kamu menahan diri daripada sesuatu perkara yang membatalkan wudhuk.
  5. Jangan solat di dalam keadaan yang teramat mengantuk dan terlalu letih.
  6. Jangan solat di belakang orang yang tidur dan yang berbual-bual.
  7. Jangan sibuk membetulkan sejadah atau tempat sujud samaasa pasir, debu dan sebagainya.
  8. Jangan membaca ayat atau doa-doa di dalam solat sehingga menganggu orang lain di dalam sembahyang.
  9. Elakkan daripada berpaling muka kamu kearah yang lain daripada tempat sujud.
  10. Jangan mengangkat muka ke langit.
  11. Jangan menutup muka ketika solat
  12. Elakan daripada menguab di dalam sembahyang, jika menguap berusahalah menutup mulut.
  13. Jangan sekali-kali meletakan tangan di pinggang sewaktu solat.
  14. Elak daripada menutupi mulut dan pakainnya sehingga mencecah bumi.
  15. Tinggalkan perbuatan yang menyerupai binatang.

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.