.

Friday 4 February 2011

3600 peserta hadiri Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka


YB Datuk Haji Yaakub memalu gong sebagai simbolik perasmian
Melaka, 30 Januari - Kira-kira 3600 peserta dari seluruh negara membanjiri Dewan Utama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bagi menyertai Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka yang berlangsung di sini semalam.

Konvensyen yang julung-julung kali diadakan ini merupakan anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA).
Menurut Al Fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman selaku Presiden ISMA, konvensyen bertemakan ‘Melayu Sepakat, Islam Berdaulat’ ini diadakan bagi memperingati peristiwa kejatuhan empayar Melayu Islam Melaka untuk mengembalikan ingatan orang Melayu kepada hakikat keperibadian dan sejarah mereka yang asal.
Sebanyak tiga kertas kerja telah dibentangkan iaitu “Kegemilangan Empayar Kesultanan Melayu Melaka” oleh YBhg. Prof Emeritus Datuk Dr Yusuf bin Hashim, Naib Cancelor Kolej Universiti Islam Melaka; “Kejatuhan Melaka Dalam Tahun 1511 Sebagai Pelajaran Penting Kepada Bangsa Melayu-Islam Hari Ini” oleh YBhg. Dato’ Dr. Hassan Ahmad, Mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka; dan “Perjuangan Bangsa Melayu Dalam Mempertahankan Jatidiri dan Agama  Islam” oleh Al Fadhil Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni, Naib Presiden ISMA.
Satu sesi forum bertajuk “Mengembalikan Jatidiri Bangsa Melayu dan Islam” turut diadakan yang menampilkan Al Fadhil Ustaz Abdullah Zaik; YBhg Dr Muhammad Razak bin Idris, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM); Prof Datuk Dr Abdul Latif bin Abu Bakar, Ketua II Gabungan Penulis Nasional (GAPENA); dan YBhg Dato’ Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman, Mantan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.
Majlis penutup konvensyen ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Yaakub bin Mohd. Amin,Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Melaka.
Dalam ucapan beliau, Datuk Haji Yaakub menggesa generasi muda agar belajar daripada kepahitan sejarah lalu dan tidak tenggelam dalam nikmat kesenangan yang dikecapi pada hari ini.
“Melayu Sepakat, Islam Berdaulat”
Mohd Firdaus Sabturani,
Ketua Pengarang,
Media ISMA

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.