.

Thursday 24 February 2011

Masyarakat perlu budayakan amar makruf nahi mungkar


SEREMBAN - “Setiap ahli masyarakat perlu membudayakan amalan amar makruf dan nahi mungkar demi membanteras sebarang bentuk kemungkaran yang sedang berlaku pada hari ini.”

Naib Yang Dipertua ISMA Seremban, Ustaz Mohd Azizee Hasan berkata demikian ketika diminta mengulas laporan yang disiarkan oleh Berita Harian bertarikh 7 Februari 2011 berhubung kegiatan segelintir pasangan kekasih yang dikesan menjadikan laluan kecemasan Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) berhampiran Taman Bukit Margosa di sini sebagai tempat melakukan maksiat.
Menurut laporan tersebut, kebanyakan mereka melakukan aktiviti maksiat itu pada waktu tengah malam sehingga awal pagi di dalam kereta yang diberhentikan di laluan kecemasan berkenaan.
“Masalah ini perlu diambil serius oleh semua pihak. Pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEINS) melalui unit penguatkuasaannya perlu meningkatkan tahap rondaan dan menambahkan bilangan petugasnya setiap malam.”
“Pihak pengurusan LEKAS juga tidak harus membiarkan gejala ini berterusan, sebaliknya mereka perlu meningkatkan penguatkuasaan memandangkan kawasan tersebut termasuk dalam bidang kuasa mereka,” tambah Ustaz Azizee.
Beliau turut menekankan peranan ahli masyarakat terutamanya kerjasama anggota-anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) Taman Bukit Margosa dan dari taman-taman berhampiran bagi melaporkan segera kepada pihak polis jika mengesyaki sebarang kelakuan yang mencurigakan.

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.