.

Saturday, 25 April 2009

Fikrah ISMA Perlu Dipromosikan Secara Meluas Kepada Masyarakat


Ahli-ahli ISMA perlu berani mempromosikan fikrah dan imej ISMA kepada masyarakat seiring dengan konsep penggarapan umum yang diwar-warkan, lebih-lebih lagi ISMA membawa agenda yang unik dalam mengemukakan penyelesaian-penyelesaian kepada masalah yang dideritai umat hari ini. Demikian amanat yang ditegaskan oleh Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, Presiden ISMA dalam ’Muzakarah JKP-YDP’ yang telah berlangsung pada 11 April 2009 di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Beliau berkata, sejajar dengan konsep penggarapan umum, mengiklan dan mempromosi fikrah bukanlah suatu yang baru tetapi merupakan sebahagian sunnah dalam perjuangan dakwah Islam. Allah swt sendiri menyuruh Rasulullah saw supaya ”mengisytiharkan” dakwah baginda kepada masyarakat apabila tiba masa yang sesuai melalui firmanNya yang bermaksud ”Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu)” (Al-Hijr:94).

Siri muzakarah pertama untuk sesi 2009 ini menghimpunkan ahli-ahli ISMA yang terdiri daripada barisan kepimpinan Jawatankuasa Pusat (JKP), YDP-YDP dan AJK-AJK cawangan-cawangan ISMA dari seluruh negara. Muzakarah bertujuan untuk melihat semula pencapaian ISMA sepanjang tempoh 2006-2010 dan membentangkan strategi-strategi yang telah dirangka untuk mencapai matlamat tersebut, di samping memberi ruang untuk pimpinan-pimpinan ISMA di setiap cawangan berdialog dengan Presiden ISMA dan AJK-AJK Pusat yang lain.



Dalam perutusan beliau kepada ahli-ahli ISMA, Ustaz Abdullah Zaik turut menggariskan pendekatan-pendekatan unik ISMA yang disandarkan kepada landasan-landasan fiqhi yang difahami dan terjemahan terhadap fikrah kesyumulan Islam dalam waqie Malaysia. Pendekatan-pendekatan tersebut adalah:

• Menjadikan bangsa Melayu sebagai bangsa dakwah yang memiliki risalah dan bercita-cita memimpin manusia ke arah pengabdian semata-mata kepada Allah swt.
• Berpegang bahawa hubungan kaum dalam konteks Malaysia berasaskan ketuanan Islam/Melayu.
• Menganggap bahawa perpaduan Islam adalah agenda utama dalam gerak kerja ISMA.
• Berpegang dengan manhaj yang jamik dalam masalah fiqh, sederhana dan mudah tanpa mempermudah-mudah dari segi iltizam dengan disiplin ilmu.

Hubungan ketuanan Melayu dengan perjuangan memartabatkan Islam juga menjadi salah satu mesej utama Presiden. Sepertimana Quraisyiah (kebangsaan Quraisy) merupakan unsur tunggak dalam projek islah Rasulullah saw di tanah Arab, begitu juga dengan ketuanan Melayu di rantau ini. Kefahaman ini menuntut bangsa Melayu menjadi bangsa risalah yang memimpin manusia ke arah mendaulatkan dakwah Islam. Justeru ISMA memperjuangkan penegakan Islam dengan memperkasa kedudukan dan membangunkan jatidiri keislaman bangsa Melayu serta mengaitkan mereka kepada sejarah kegemilangan lampau.

Naib Presiden II ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni kemudiannya membentangkan pencapaian objektif-objektif ISMA untuk tempoh 2006-2010 yang secara keseluruhannya memuaskan walaupun masih terdapat ruang-ruang yang boleh diperbaiki oleh semua ahli. Berdasarkan analisa pencapaian tersebut, JKP ISMA telah menggariskan beberapa strategi untuk melonjakkan ISMA melalui usaha mempromosi fikrah secara agresif kepada umum, pemantapan sistem penyampaian maklumat dalaman dan luaran organisasi, pembangunan potensi kepimpinan dan tokoh serta pembangunan ekonomi.

Sesi petang muzakarah disambung dengan perkongsian pengalaman oleh dua cawangan ISMA yang terkehadapan dalam konteks penggarapan umum iaitu ISMA Seremban dan ISMA Hulu Langat. Wakil ISMA Seremban, saudara Omar Kassim dan wakil ISMA Hulu Langat, saudara Mohd Noor Azib menceritakan pengalaman mereka dalam menggarap masyarakat di kawasan masing-masing dari segi peluang-peluang yang tersedia, faktor-faktor kejayaan, cabaran-cabaran, ruang untuk penambahbaikan dan nasihat untuk ahli-ahli ISMA di cawangan-cawangan lain.

Muzakarah JKP-YDP kali ini diakhiri dengan sesi dialog antara JKP ISMA dengan ahli-ahli yang tidak melepaskan peluang untuk melontarkan sebarang kemusykilan, kebimbangan dan pelbagai cadangan untuk memantapkan lagi keseluruhan gerak kerja ISMA. Diharapkan agar semua YDP dan ahli yang hadir dapat menggarap sepenuhnya amanat dan pembentangan yang disampaikan sepanjang muzakarah ini untuk dibawa balik dan diterjemahkan kepada amal di kawasan masing-masing, insya Allah.


Mohd Firdaus Sabturani
Ketua Wartawan
Media ISMA

Tuesday, 14 April 2009

JAULAH TARBAWI KE SINGAPURA - ISMA JOHOR



















Sunday, 8 March 2009

"Daya Juang Umat Gaza Perlu Disemai Kepada Anak-anak"




Isu umat Islam di Gaza merupakan satu “subjek pendidikan” yang perlu diajarkan kepada anak-anak. Demikian tegas Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, Presiden ISMA dalam 'Seminar Gaza: Ibrah Bagi Perjuangan Muslimah' yang dianjurkan oleh Wanita ISMA.

Beliau berkata, semangat perjuangan umat Islam di Gaza bukan sahaja ada pada orang dewasa, malah kanak-kanak dan remaja turut sama berjuang dalam membebaskan Gaza. Ini tidak lain dan tidak bukan adalah hasil daripada pendidikan semangat juang yang dilaksanakan oleh ibu bapa mereka.

Friday, 27 February 2009

Mengenang 60 tahun syahidnya Hasan Al-Banna

Dikirim pada oleh Ustaz Halim


Asy-Syahid Al-Imam Hasan Al-Banna (1906 - 1949), pengasas fikrah dan gerakan dakwah Ikhwan Muslimin (1928).



"Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezki." (QS. Ali Imran: 169).



Perjumpaan Aulad



Ahad, 22 Jan 09 – Perjumpaan pertama Aulad bagi tahun ini berjaya dijalankan bertempat di Pejabat ISMA Johor Bahru, Taman Putra. Seramai 17 peserta hadir dengan aktiviti dimulakan dengan hafazan 6 surah lazim beserta penghayatan surah An-Nas. Selepas tazkirah oleh Ustazah Jannah, para peserta akhirnya melakukan aktiviti origami yang ditunjuk ajar oleh Adik Muhammad Yasir dari KRIM .


Thursday, 26 February 2009

Sekitar Aktiviti Save Gaza di Benut



Thursday, 8 January 2009

RAPAT UMUM GAZA SATU SERUAN!

Rakyat Malaysia dijemput hadir dalam Rapat Umum Selamatkan Gaza bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan mengutuk kezaliman yang dilakukan olah rejim Zionis ke atas mereka.

Aktiviti: Tayangan multimedia, deklamasi sajak, perasmian kempen Selamatkan Gaza, ucapan khas isu Gaza, doa dan lain-lain.
Anjuran: Aman Palestin dan ISMA Pusat
Tarikh: 10 Januari 2009m/13 Muharram 1430h
Masa: 10 pagi hingga 12 tengahari

Objektif:

1)Menyatakan kebersamaan rakyat Malaysia dalam menghadapi penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza.
2)Memberi sokongan dan kepedulian rakyat Malaysia terhadap saudara mereka di Gaza.
3)Megutuk kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis Yahudi ke atas rakyat Palestin di Gaza.


Seruan GAZA memanggil kita untuk bersama prihatin dan menyelami nasib Umat Islam di GAZA.

Monday, 5 January 2009

Tazkirah, Qiam dan Riadah ISMA Johor


Ahad - 4 Jan 2009 - Taman Setia Tropika, Kempas, Johor Bahru. Bermula dengan Tahun yang baru, azam pun baru. ISMA Johor telah menjalankan satu aktiviti yang ringkas tetapi cukup berkesan dalam membina kekuatan ruhiyyah dan jasmani di samping membina kekuatan ukhuwwah kerana Allah s.w.t. Program yang bermula pada jam 10.00 p.m itu dimulakan dengan ta'aruf (sesi perkenalan) dan peringatan daripada Us. Mohd Akib Bin Abdullah, yang berkisar tentang pentingnya kita sedar dan prihatin terhadap nasib saudara seislam kita di Gaza, Palestin. Apa yang perlu kita lakukan untuk membantu saudara kita di sana! "Man yahtam bil amrin muslimin falaisa minhum" (Hadis Nabi).

Barangsiapa yang tidak mengambil peduli urusan umat islam yang lain maka bukan daripada golongan mereka." (Terjemahan Hadis)

Selepas lebih kurang 40 minit, semua yang hadir dijamah dengan makanan malam, walaupun agak lewat menikmati nikmat Allah s.w.t ini. Selepas makan, semua bersiap untuk tidur. Qiam bermula jam 5.00 a.m pada keesokan harinya. Tenang rasanya bersama pemuda-pemuda yang mendahagakan nikmat Islam, Iman dan Tarbiyyah.
Kemudian, sesi riadah bermula di Padang Taman Setia Tropika, sesi pemanasan badan dan semua yang hadir diminta bermain bola sepak yang dinamakan bola berpasangan. Agak menarik
permainan ini,walaupun agak meletihkan namun ruh ukhuwwah semakin kukuh di kalangan kami. Demi qudwah hasanah (contoh yang baik), Setiausaha ISMA Johor turut bersama beriadah. Dengan takdir illahi, beliau telah terjatuh dan mengalami kecederaan semasa beriadah dan dimaklumkan kemudian bahawa tulang bahu kiri beliau patah. Moga Allah merahmati beliau,Us. Wan Mohd Azli Bin Wan Ahmad.

Sesi Riadah di Taman Setia Tropika ini akan dijalankan setiap minggu. Moga Allah permudahkan segalanya.










Tuesday, 28 October 2008

Khamis - Jumaat, 25 - 26 Sept 2008 - Tampok Laut dan Parit Mansor, Benut. KRIM Johor yang dipimpin oleh akhi Cikgu Ismail Ali telah membawa Ahli KRIM menyelusuri realiti sebenar kehidupan masyarakat Islam di salah satu daerah di Negeri Johor.


Program yang diberi nama "Sumbangan Ihya‘ Ramadhan – 6 keluarga fakir miskin" dan Sumbangan Ihya’ Ramadhan dan "Majlis Berbuka Puasa – Keluarga Ibu Tunggal" ini menghimpunkan 7 ahli KRIM yang terpilih untuk turut hadir membantu . Objektif utama program ini adalah untuk menghulurkan sumbangan dalam bentuk keperluan makanan asas seperti beras, telur dan lain-lain kepada beberapa rumah fakir miskin dan ibu tunggal yang terpilih. Selain itu, program ini dapat memberi sedikit latihan praktikal kepada ahli - ahli KRIM Johor dalam menterjemahkan amali tarbiyyah di medan sebenar.

Hadis Nabi s.a.w yang berbunyi "Sebaik-baik insan ialah insan yang sentiasa memberi manfaat kepada orang lain" sangat secocok dengan objektif tersirat dalam program ini.

Moga KRIM Johor terus bersemangat memyumbang kepada masyarakat demi mencari keredhaan Allah s.w.t dan konsisten dalam beramal terutamanya dalam mengerakkan dakwah di bumi fana ini.








Fikrah Kita - Aqidah yang sejahtera

Aqidah yang sejahtera Aqidah asalnya perkataan ‘aqada’ atau `aqad’ bermaksud simpulan ikatan yang kuat. Aqidah dipakai untuk ikatan hati yang kuat terhadap sesuatu kepercayaan. Kepercayaan yang kuat terhadap sesuatu ideologi lahir daripada ilmu dan bukti yang kuat terhdap sesuatu fakta tersebut. Ilmu yang yakin datangnya daripada sumber yang meyakinkan seperti sumber naqli daripada al-Quran dan al-Hadis atau sumber aqli berdasarkan pemerhatian dan logik. Kesejahteraan aqidah seseorang dinilai melalui perlakuan, tingkah-laku, amalan kehidupan yang lahir daripada perkataannya dan perbuatannya. Kesejahteraan aqidah adalah asas keunggulan keperibadian insan.Kepercayaan manusia kepada Allah sebagai Rab; Pencipta, Pemilik, Pengatur sistem, Pengurus, Pentadbir alam semesta dan Pemerintahnya akan melahirkan perasaan terhutang budi kepada Allah, menimbulkan keinsafan terhadap kebiadapan diri terhadap hak-hak Uluhiyyah Allah dan melahirkan perasaan keterikatan perhambaan diri kepada Allah yang Maha Berkuasa, Bijaksana, Suci lagi memiliki seluruh sifat kesempurnaan.Kesejahteraan aqidah kepada Allah adalah hasil daripada mengenal hakikat Rububiyyah, Mulkiyyah dan Uluhiyyah Allah. Kesan kesejahteraan ini menyelamatkan manusia daripada kepercayaan khurafat, tahyul dan ketergantungan kepada makhluk dan asbab. Sebaliknya menjadikan manusia rasa hina diri, lemah dan tidak bedaya menghadapi Qudrat dan Iradahnya. Perasaan halus ini melahirkan rasa pengharapan dan pergantungan hanya kepada Allah disetiap ketika. Tanda pengharapan ini lahir melalui amal-amal perhambaan dan ketaatan. Amal-amal yang dibenci Allah akan dijauhi dan amal-amal ketaatan dan perhambaan yang lebih disukai Allah menjadi amal-amalnya.Mereka akan mengotakan janji-janji mereka, syahadah mereka, ikrar mereka yang telah mereka ucapkan kepada Allah kerena mereka takut kebencian Allah yang amat murka kepada manusia yang memungkiri kata-janjinya.” Wahai orang-oangyang beriman, kenapa kamu berkata apa yang tidak kamu kotakan, amat besar kemurkaan Allah bahawa kamu berkata-kata apa yang tidak kamu kotakan, Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang dijalannya dalam satu saf yang mantap dan mereka seumpama binaan-binaan yang tersusun rapi”.Allah membenci manusia yang berpaling dan menjauhi ajarannya. Allah mengasihi manusia yang mencintai dirinya dan agamanya. Mereka merendah diri sesama muslimin, bersifat bangga diri dengan keIslaman mereka kepada orang-orang kafir, mereka berjihad dijalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang mencela.Allah mengasihi orang-orang yang membersihkan diri dan orang-orang yang bertaubat. Allah mengasihi orang-orang yang bersabar dan berbuat baik. Allah mengasihi orang yang bertakwa dan menegakkan keadilan.Allah membenci orang-orang yang zalim, khianat, takabbur, berbuat dosa, menzahirkan keburukan, engkar perintahnya, melampau, membuat kerosakan dan kufur.Memiliki sifat-sifat manusia yang dikasihi Allah dan menjauhi sifat-sifat yang dimurkai Allah adalah kesan kesejahteraan aqidah.Allah menggambarkan watak manusia yang memiliki kesejahteraan aqidah melalui pujiannya kepada generasi sahabat r.a. Gementar hati mereka bila diperingatkan kepada Allah, bertambah iman denga membaca ayat-ayat Allah, sentiasa bertawakkal kepada Allah, mendirikan solat dan menginfaqkan sebahagian rezeki kurniaan Allah kejalan yang diredai. Mereka sentiasa menghidupkan malam-malam hari mereka dengan berdoa, beristighfar, membaca al-quran, bertasbih dan tahmid dengan perasaan takut dan harap kepada Allah. Hati mereka sentiasa mengingati Allah dalam semua keadaan; berdiri, duduk mahupun berbaring. Mereka berfikir tentang kehebatan penciptaan makluk dilangit dan dibumi sehingga mereka menyedari kesemua ciptaan Allah ini mempunyai fungsi dan tujuan lantas mereka memuji Allah.Mereka mengutamakan saudara seagama, menunaikan hajat-hajat saudaranya, bertolong menolong dan saling menjadi jaminan kepada kesejahteraan sahabat-sahabat mereka, menasihati saudaranya dan menerima teguran dengan dada yang terbuka. Mereka berkasih sayang seumpama satu jasad.Kesejahteraan aqidah adalah hasil proses ta’lim dan tarbiyyah yang berterusan malah surah Makkiah yang diturunkan Allah berasur-ansur selama 13 tahun di Mekah membuktikan keutamaan tarbiyyah, tazkiyyah dan membina aqidah yang sejahtera.Imam al-Banna menggariskan 20 asas tasawwur aqidah Islam dan di atas kejelasan itu mereka ikhlas beramal, berjihd, berkorban, beristiqomah, berukhuwwah, saling mentaati dan mempercayaai dan tajarrud.

Sumber : ISMAWEB.NET
Ustaz Annuar Salleh
Yang Dipertua ISMA Daerah Hulu Langat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.