Ahad - 4 Jan 2009 - Taman Setia Tropika, Kempas, Johor Bahru. Bermula dengan Tahun yang baru, azam pun baru. ISMA Johor telah menjalankan satu aktiviti yang ringkas tetapi cukup berkesan dalam membina kekuatan ruhiyyah dan jasmani di samping membina kekuatan ukhuwwah kerana Allah s.w.t. Program yang bermula pada jam 10.00 p.m itu dimulakan dengan ta'aruf (sesi perkenalan) dan peringatan daripada Us. Mohd Akib Bin Abdullah, yang berkisar tentang pentingnya kita sedar dan prihatin terhadap nasib saudara seislam kita di Gaza, Palestin. Apa yang perlu kita lakukan untuk membantu saudara kita di sana! "Man yahtam bil amrin muslimin falaisa minhum" (Hadis Nabi).
Barangsiapa yang tidak mengambil peduli urusan umat islam yang lain maka bukan daripada golongan mereka." (Terjemahan Hadis)
Selepas lebih kurang 40 minit, semua yang hadir dijamah dengan makanan malam, walaupun agak lewat menikmati nikmat Allah s.w.t ini. Selepas makan, semua bersiap untuk tidur. Qiam bermula jam 5.00 a.m pada keesokan harinya. Tenang rasanya bersama pemuda-pemuda yang mendahagakan nikmat Islam, Iman dan Tarbiyyah.
Kemudian, sesi riadah bermula di Padang Taman Setia Tropika, sesi pemanasan badan dan semua yang hadir diminta bermain bola sepak yang dinamakan bola berpasangan. Agak menarik
permainan ini,walaupun agak meletihkan namun ruh ukhuwwah semakin kukuh di kalangan kami. Demi qudwah hasanah (contoh yang baik), Setiausaha ISMA Johor turut bersama beriadah. Dengan takdir illahi, beliau telah terjatuh dan mengalami kecederaan semasa beriadah dan dimaklumkan kemudian bahawa tulang bahu kiri beliau patah. Moga Allah merahmati beliau,Us. Wan Mohd Azli Bin Wan Ahmad.
Sesi Riadah di Taman Setia Tropika ini akan dijalankan setiap minggu. Moga Allah permudahkan segalanya.