.

Thursday, 26 August 2010

ihya' Ramadhan Membangkitkan Kesedaran Jati Diri

Johor Bahru, 10 Ogos 2010: Yang Dipertua Isma Cawangan Johor, Tuan Haji Mohd Tahir Bin Hamdan menggesa masyarakat melayu muslim di Negara ini menjadikan bulan Ramadhan sebagai satu madrasah membentuk jati diri melayu muslim yang sebenar. Beliau berucap ketika menyampaikan majlis penutup ihya ramadhan peringkat negeri Johor baru-baru ini. Kehadiran mencecah 140 orang memenuhi dewan kuliah Monash University Cawangan Johor Bahru. Beliau juga sudi untuk menyampaikan buku dan poster ramadhan kepada wakil-wakil ahli dari Batu Pahat, Pontian, Johor Bahru dan lain-lain kawasan.




Beliau juga menekankan bahawa dengan adanya ramadhan kali ini dapat memberikan impak yang lebih baik kepada ummah. Ini adalah kerana melalui ibadah puasa inilah dapat membentuk jati diri dan seterusnya dapat membentuk keluarga yang benar-benar melaksanakan hukum Islam dan akhirnya dapat membangunkan daulah Islamiyah. Kesungguhan dan komitmen yang diberikan dalam penghasilan yang akan datang mudah-mudahan dapat memberikan impak yang sangat baik untuk masa depan Islam.

Ihya Ramadhan kali ini juga diserikan dengan penyampaian yang bernas dari Ustadz Salman Abd Rahman tentang bagaimana kita nak menfaatkan bulan yang mulia ini. Beliau juga menerangkan tentang hukum hakam yang berkaitan dengan ramadhan.

Terdapat 2 slot penyampaian oleh Ustadz Salman yang diatur oleh pihak penganjur. Slot yang pertama adalah berkenaan tentang Ramadhan itu sendiri. Ustaz Salman telah membawakan tajuk yang sangat menarik untuk para peserta hayati bersama. Tajuk tersebut adalah Ramadhan : Membina Ummah. Penceramah menegaskan bahawa bulan Ramadhan adalah sebagai tiang utama binaan ummah. Ini dapat dilihat daripada rukun Islam itu sendiri yang mana salah satunya adalah puasa. Beliau menerangkan lagi bahawa Islam ini didirikan atas 5 perkara. Ustaz Salman juga membawa peserta kembali kepada sirah bahawa banyak peristiwa sirah yang telah berlaku ketika bulan Ramadhan. Antaranya adalah Perang Badar, Perang Uhud, Perang Khandak dan lain-lain lagi. Ini membuktikan bahawa bulan Ramadhan bukanlah bulan kerehatan malah bulan Ramadhan adalah bulan untuk berjuang.

Selain itu, Ustaz Salman menerangkan bahawa bulan Ramadhan adalah bulan tarbiyah. Bulan dimana kita harus tunduk dan patuh kepada Allah dengan penuh yakin dan ikhlas tanpa banyak mempersoal sebab dan hikmah. Bulan yang menuntut kita mengawal nafsu syahwat dan api kemarahan. Didalam bulan inijuga dituntut memperbanyakkan infaq ke jalan Allah kerana di dalam bulan Ramadhan ini Allah menjanjikan setiap ibadah akan digandakan pahalanya. Penceramah juga menjelaskan bahawa bulan ini akan mendatangkan perasaan kesatuan dan perpaduan dikalangan masyarakat.
Pada slot yang kedua. Topik yang dibincangkan adalah mengenai Fiqh Puasa. Didalam slot ini, penceramah menerangkan mengenai keringanan yang diberikan kepada golongan-dolongan yang diborlehkan untuk tidak berpuasa. Penceramah tidak memberikan ceramah dengan panjang. Slot ini lebih menekankan kepada pertanyaan peserta jika terdapat segala kemusykilan mengenai puasa ini.

Antara komen peserta mengenai program ini.

“Dengan adanya program seperti ini dapat memberikan gambaran yang jelas mengenai hikmah Ramadhan. Selain itu dapat memahami dengan lebih mendalam mengenai Fiqh puasa dan boleh disebarkan kepada orang lain. Dengan adanya program seperti ini dapat membuahkan semangat untuk menjalankan ibadah puasa.” Norashiken Bt Samsuddin, Guru.

“Alhamdulillah, program seperti ini baik. Banyak sangat input yang berguna terutamanya mengenai fiqh puasa. Semoga dengan kehadiran Ramadhan ini dapat melatih diri untuk lebih bersungguh-sungguh dalam rangka ketaatan kepada Allah.” Siti Noraini, Pelajar UTM.

“Alhamdulillah, program ini dapat membantu saya mengingati perkara-perkara yang telah lupa. Sebenarnya apa yang disampaikan kita sudah tahu, tetapi dengan adanya program seperti ini dapat refresh semula untuk dipraktikkankan. Dengan adanya ilmu ini juga, saya berharap dapat dissampaikan kepada mereka yang tidak hadir.” Siti Asmaliza Basuni, Pelajar UTM.

Wartawan ISMA JB







0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.