.

Monday, 27 July 2009

Utusan Malaysia, 12 Mei 2009 : Malam Amal Harmoni Palestin

Gaza: Yayasan Harmoni kutip RM250,000

Mohd. Radzuan Abdullah menyerahkan raplika cek derma kepada Abdullah Zaik sambil diperhatikan Abdul Ghani Othman pada Majlis Amal menderma kepada Gaza di Johor Bahru, semalam.















JOHOR BAHRU 11 Mei - Yayasan Harmoni berjaya mencapai sasaran kutipan sumbangan RM250,000 untuk disalurkan kepada sekretariat Aman Palestin bagi membina klinik pakar di Gaza.

Pengarah Eksekutifnya, Mohd. Radzuan Abdullah berkata, sasaran itu dicapai menerusi kutipan tabung di sekitar pusat komersial The Zon di sini dan melalui majlis makan malam amal yang berlangsung di sini baru-baru ini.

''Kami telah meletakkan tabung di sekitar pusat beli-belah The Zon Mall, Hotel The Zon Regency dan Terminal Feri The Zon di sini sejak Februari lalu sehingga hari ini.

''Kejayaan sumbangan ini jelas membuktikan keprihatinan rakyat Malaysia tentang nasib rakyat Palestin selain kerjasama pelbagai pihak dalam menjayakan kutipan amal ini,'' katanya pada majlis Malam Amal Harmoni Palestin di The Zon Regency Hotel di sini.

Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan isteri, Prof. Datin Paduka Dr. Jamilah Ariffin.

Abdul Ghani turut menyaksikan penyampaian cek bernilai RM250,000 oleh Mohd. Radzuan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Aman Malaysia, Abdullah Zaik.

Kutipan derma itu dianjurkan oleh Yayasan Harmoni dengan kerjasama Aman Palestin, syarikat Atlan Holdings Bhd. dan Kumpulan The Zon.

Sementara itu, Abdul Ghani berkata, pihaknya memuji usaha murni menganjurkan kutipan sumbangan itu bagi membina klinik pakar di Gaza memandangkan keperluannya amat mendesak di sana.

''Kehidupan penduduk Gaza kini semakin terjejas dan mereka memerlukan rawatan pakar dengan segera dan saya berharap sumbangan ini meringankan penderitaan mereka,'' katanya.

Sementara itu, lebih 1,000 tetamu yang hadir pada malam amal itu dihiburkan dengan persembahan bertenaga oleh penyanyi, Datuk Sheila Majid.

Persembahan selama setengah jam menyaksikan Sheila yang digelar Ratu Jazz Malaysia menyampaikan rangkaian lagu popular seperti Lagenda, Antara Anyer dan Jakarta, Warna, Aku Cinta Padamu dan Sinaran.

Abdullah Zaik juga merupakan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) sebuah NGO Islam yang berusaha dan bercita-cita untuk membina generasi harapan Islam di Malaysia. (WWW.ISMAWEB.NET)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.