Sabtu, 6 Sept - Dengan izin Allah Yang Maha Berkuasa, Seramai lebih kurang 80 orang termasuk ahli KRIM,PEMBINA dan ISMA Johor telah berkumpul di rumah Akhi Sarif Mohyin,
Simpang Renggam untuk menghadiri Majlis Iftor Jama'ie ISMA Johor sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Program yang bermula dengan sesi perkenalan, penting untuk membuahkan rasa perkenalan dan cinta sesama saudara seaqidah bak kata pepatah "tak kenal maka tak cinta" kemudian diikuti dengan penyampaian tazkirah tentang Muhasabah di Bulan Ramadhan oleh Ustaz Wan Mohd Azli. Ramadhan merupakan madrasah tarbiyyah untuk kita menganjak dan mengubah diri ke arah pembentukan peribadi muslim yang sejati yang lebih
efektif dan lebih jitu.
Aktiviti iftor ini menjadi lebih bermakna dengan jaulah Ahli PEMBINA yang memenuhi kediaman. Bakal-bakal rijal yang akan menjalankan usaha tanpa mengenal erti penat-lelah dan jemu untuk projek iqomatuddin (menegakkan agama) di bumi Allah sebagaimana sejarah Islam telah membuktikan kita Umat Islam pernah menguasai ketuanan 2/3 dunia.
Diharapkan semua yang hadir dapat mengambil sedikit ma'ani-ma'ani tarbawi daripada aktiviti jaulah dan iftor ini. "Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara".