.

Saturday 18 December 2010

Ikatan Alumni al-Azhar Sedunia Anjur Majlis Sambutan Tahun Baru 1432H

Kaherah, 13 Disember- “Ilmu mendahului setiap perkara” begitulah nasihat Dr Abdullah Husaini, Presiden Universiti Al-Azhar, dalam satu ucapannya ketika berucap dalam Majlis Sambutan Tahun Baru 1432H  baru-baru ini.





 Majlis anjuran Ikatan Alumni Al-Azhar Sedunia itu telah dihadiri oleh beberapa tokoh ulama’ terkemuka di Mesir seperti Syeikh Usamah Al-Azhari, Dr Jamil Faruq, Dr Ibrahim Kattani, dan Dr. Abdullah Omar Kamil. Turut memeriahkan majlis,kehadiran dekan-dekan bagi setiap fakulti di Universiti Al-Azhar serta delegasi kedutaan Malaysia dan Indonesia.
         Majlis yang berlangsung di Dewan Al-Azhar Conference Center (ACC) telah dihadiri lebih 2000 orang hadirin dari pelbagai negara termasuk Malaysia dan Indonesia. Antara lain tujuan sambutan ini dianjurkan adalah untuk meraikan pelajar-pelajar luar negara yang menuntut di Universiti Al-Azhar.Pastinya mereka tidak terlepas mahu mengutip mutiara-mutiara nasihat dan semangat menuntut ilmu yang disampaikan oleh tokoh-tokoh ulama’ dalam ucapan-ucapan mereka. 
         Turut berucap, Dr Abdullah Husaini, Presiden Universiti Al-Azhar dalam kenyataanyya beliau menyifatkan bahawa ‘manhaj wasatiyah’ yang digunapakai oleh universiti tertua itu merupakan sistem terbaik bagi subjek-subjek pengajian Islam dan pengkhususannya.
         Sebagai tanda hormat, pihak penganjur menyediakan ruang bagi para pelajar mengetengahkan bakatnya justeru menunjukkan kebolehan mereka di hadapan tokoh-tokoh Ulama’ Al-Azhar.  Ikatan Muslimin Malaysia-Mesir(ISMA-Mesir) turut mendapat jemputan khas bagi menghadiri dan mengadakat persembahan pada malam tersebut. Delegasi ISMA-Mesir yang terdiri daripada Ustaz Salman Al-Farisi bin Selamat, Ustaz Qamarul Naim Mohd Faizal, Ustaz Izuddin bin Selamat dan kumpulan nasyid rasmi ISMA-Mesir, Fetya. Kumpulan Fetya terdiri daripada 8 orang ahli diketuai oleh Saudara Muawwiz Al-Ansori. Turut membuat persembahan pada malam itu ialah kumpulan dari Bangladesh, Indonesia dan kumpulan nasyid dari Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Al-Wadi.
         Pihak penganjur memuji penyertaan ISMA-Mesir dalam majlis ini terutama persembahan nasyid oleh kumpulan Fetya dan berhasrat untuk meneruskan kerjasama dalam menjayakan program-program seumpama ini pada masa akan datang.
Gambar sekitar majlis.


0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.