.

Tuesday 30 November 2010

Seminar Islam dan Hak-hak Wanita bakal tampilkan Ketua Wanita ISMA


Bandar Baru Bangi, 28 November – Satu Seminar Islam dan Hak-hak Wanita anjuran Persatuan Ulama’ Malaysia akan berlangsung di Dewan Annex, Bangunan Dewan Undangan Negeri Selangor, Shah Alam pada 14 Disember 2010 ini.



Seminar ini bakal menampilkan Ketua Wanita ISMA, Ustazah Norsaleha Mohd Salleh sebagai salah seorang panelis undangan dalam forum yang bertajuk ‘Pemerkasaan Wanita Masa Kini’.
Persatuan Ulama’ Malaysia mengambil inisiatif untuk menganjurkan seminar ini bagi merungkai segala tanggapan negatif terhadap kedudukan wanita dalam Islam dan memahaminya secara tuntas. Dengan cara ini, pendekatan pendidikan dan perbincangan akan dilihat sebagai jalan terbaik untuk menangani sebarang konflik berkaitan wanita dan status mereka dalam syariat.
Antara objektif Seminar Islam dan Hak-hak Wanita ini ialah menjelaskan hak-hak wanita dari perspektif Islam, mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang boleh diperbaiki dalam menangani permasalahan wanita Islam di Malaysia dan mengelakkan kekeliruan umat Islam terhadap peranan yang boleh dimainkan oleh wanita dalam masyarakat.
Selain forum, seminar ini juga akan diisi dengan pembentangan empat kertas kerja bertajuk ‘Wanita Islam dan Isu-isu Gender Masa Kini’, ‘Wanita, Dakwah dan Media’, ‘Wanita dan Isu-isu Mahkamah Syariah’, ‘Jaminan Hak-hak Wanita dari Perspektif Islam’.
Penyertaan terbuka kepada semua lapisan masyarakat sama ada muslim atau non muslim, lelaki atau perempuan, tua atau muda untuk sama-sama berkongsi ilmu dan mendapatkan ilmu yang berguna daripada Islam dan Hak-hak Wanita ini.
Orang ramai yang berminat untuk menyertai seminar ini atau mendapatkan maklumat lanjut, bolehlah menghubungi Sekretariat Seminar Islam dan Hak-Hak Wanita seperti yang tertera di halaman blog rasmi Persatuan Ulama’ Malaysia.

www.ismaweb.net

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.