.

Thursday 18 November 2010

Perutusan Presiden ISMA Sempena Aidiladha





Bismillahi walhamdulillah. Wassolatu wassalam ‘ala Rasulillah s.a.w., waba’du.
Muslimin Muslimat yang berbahagia,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Hari ini 17 November 2010 bersamaan 10 Zulhijjah 1431H, umat Islam di seluruh dunia menyambut hari yang dibesarkan oleh Allah s.w.t yang dipanggil Hari Raya Aidil Adha.


Setelah Nabi s.a.w. berhijrah ke Madinah, Baginda mendapati penduduknya menjadikan 2 hari tertentu sebagai hari kebesaran, lalu bertanya, “Hari apakah ini?”. Mereka menjawab, “Kami bergembira di dalamnya sejak Zaman Jahiliyyah lagi”. Lalu Nabi s.a.w. bersabda,“Sesungguhnya Allah telah menggantikan 2 hari tersebut bagi kamu dengan 2 hari yang lebih baik iaitu Hari (Raya Aidil) Adha dan Hari (Raya Aidil) Fitri” (riwayat Abu Daud).
Haji perjalanan menuju Allah
Sesungguhnya ibadah haji yang merupakan Rukun Islam ke-5 mempunyai maani yang begitu mendalam dan perlu untuk kita memahaminya.
Seruan ibadah haji telah memanggil seluruh umat Islam. Mereka bangun dan meninggalkan segala kemewahan dan perhiasan dunia untuk menyahut panggilan Ilahi semata-mata untuk melaksanakan ubudiah dalam satu muktamar ibadah, yang mana penjemputnya ialah Allah s.w.t.
وَأَذِّنْ فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالاً وَعَلَى كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ  لِيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ
“Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengenderai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh. Supaya mereka mempersaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara lagi fakir.” (al-Haj: 28-27)
Sampainya mereka di tanah haram Makkatul Mukarramah berkumandanglah lafaz suci ini:
لبيك اللهم لبيك، لبيك لا شريك لك لبيك، إن الحمد والنعمة لك والملك، لا شريك لك
“Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian dan nikmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak asa sekutu bagi-Mu.”
Lambang ubudiah kepada Allah
Ubudiah kepada Allah s.w.t merupakan asas kepada wehdah insaniah. Umat manusia dari pelbagai bangsa dan warna kulit bersatu atas satu kalimah dan satu arah iaitu mengadap Rabbul Alamin.
Para hujjaj dengan tajarrud diri daripada dunia dan dengan ketulusan tawajjuh mengharapkan keampunan dan kebebasan daripada dosa seperti yang dijanjikan oleh Rasulullah dengan sabdanya:
مَن حج ولم يرفث ولم يفسق رجع من ذنوبه كيوم ولدته أمه
“Sesiapa yang menunaikan haji dan tidak melakukan kefasikan ataupun perbuatan yang fasik akan diampunkan dosanya seperti ia baru dilahirkan oleh ibunya”. (Riwayat Ahmad)
Marilah kita mengukuhkan kesatuan sesama kita sesuai dengan anjuran Islam. Kerana hanya Islam yang akan kekal menjadi agama yang terunggul untuk manusia keseluruhannya. Malah perubahan zaman tidak mengubah sifat keistimewaan agama ini.
Marilah kita terus yakin dengan Islam dan berpegang teguh dengan tali Allah yang amat kukuh ini.
Akhirnya di kesempatan ini saya mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha 1431H. Semoga dikurniakan dengan haji mabrur dan diterima ibadah qurban kita. Insya Allah.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd.
Salam Ukhuwwah, Salam Mahabbah.
Sekian.
والسلام عليكم ورحمة الله و بركاته
“MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT”
Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman,
Presiden,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.