.

Thursday 18 November 2010

ISMA Kedah dan PEMBINA Kedah Membantu Mangsa Banjir

Banjir yang melanda kawasan utara negeri Kedah dua minggu lepas memang amat mengejutkan. Tiada siapa yang menjangka magnitud banjir yang melanda begitu meluas dan hebat impaknya terhadap penduduk negeri Kedah khususnya kepada mereka yang berada di daerah Kota Setar, Kubang Pasu dan Padang Terap.




tasik darulaman juga tenggelam
Banjir mula melanda di kawasan Changlun sebelum merebak ke Jitra yang menenggelamkan hampir 50% dari kawasan Jitra sebelum air banjir melimpah pula ke kawasan Alor Setar yang menenggalamkan daerah Kepala Batas termasuklah Anak Bukit, Titi Gajah, Taman Uda dan seluruh Jalan Sultanah. Kawasan-kawasan lain seperti Gunung Keriang, Simpang Kuala dan Kuala Kedah juga dilanda banjir yang dikatakan paling buruk pernah melanda sejak 50 tahun yang lepas.

pekan Jitra tenggelam

sekolah menengah Jitra tenggelam seluruhnya
Kerosakan dan kemusnahan dianggarkan berjuta ringgit termasuklah sawah padi yang rosak, alatan rumah dan pejabat yang ditenggelami serta kenderaan yang tenggelam. Banyak kampung-kampung yang tenggelam seluruhnya seperti di kawasan Hosba dan Titi Gajah. Jalan juga banyak yang terputus kerana dinaiki air. Lebuh raya dan lapangan terbang juga ditutup hampir seminggu kerana ditenggelami. Banjir kali ini juga meragut hampir 10 nyawa yang antaranya 2 beradik di kampung telaga Mas, Kepala Batas dan seorang warga Jerman di Kg. Lahar, Malau.

bila bendang jadi lautan

Akh Ali dan ahli PEMBINA Kedah sedang berbincang dalam merekabentuk sistem maklumat yang dibangunkan untuk sekolah tunku anum
Dalam menghadapi suasana banjir yang dasyat ini, ISMA Kedah dan PEMBINA Kedah telah bekerjasama bagi membantu mangsa banjir yang terlibat dengan memberikan sedikit sumbangan barang-barang keperluan di pusat pemindahan banjir, merekabentuk sistem maklumat bagi tujuan perekodan data di pusat pemindahan banjir sekolah menengah tunku anum, mengumpul dan menyelaraskan agihan bantuan pakaian dan makanan di beberapa pusat pemindahan dan mencuci beberapa buah rumah yang terlibat dengan banjir.

sedang mencuci rumah salah seorang mangsa
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, walaupun tidak banyak yang dapat dilakukan dengan kemampuan yang agak terbatas ditambah dengan kekurangan pengalaman dalam menghadapi bencana alam seperti ini, namun sedikit pengalaman yang diperolehi amat berguna bagi ahli ISMA dan PEMBINA Kedah bagi merangka pelan tindakan bantuan yang lebih efektif pada masa-masa akan datang.

akhawat PEMBINA sedang berbincang untuk menyelaraskan agihan bantuan kepada mangsa banjir
Dr Zulkifli Yusuf selaku YDP ISMA Alor Setar telah melawat beberapa tempat di sekitar Alor Setar yang ditimpa banjir dan menyampaikan sumbangan kepada bebarapa mangsa banjir.

Keadaan banjir di sebuah kampung berhampiran Alor Setar

YDP ISMA Alor Setar membuat lawatan ke kawasan banjir

YDP ISMA Alor Setar menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir
 Sumber : http://www.ismakedah.wordpress.com

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.