Monday, 3 May 2010
Seminar Keluarga Muslim Ternyata Membantu.
Thursday, 15 April 2010
SKBA Zon Selatan : Memberansangkan

Seiring dengan tema program “Ukhuwwah disemai, thiqah dicapai”, semua peserta kelihatan sangat mesra antara satu sama lain walaupun terdapat sebahagiannya yang baru pertama kali bersua muka.Ikatan ukhuwwah yang terjalin di samping minat peserta terhadap suasana pembelajaran di timur tengah seiring dengan objektif program menjadikan program SKBA zon selatan ini berjalan lancar dan rancak.
Bermula Jam 8 pagi, para peserta mula mendaftarkan diri di di meja pendaftaran lalu mengambil tempat di dalam Dewan. Program bermula pada jam 8.30 pagi dengan ucapan perasmian oleh Tuan Hj. Tahir, Pengerusi ISMA cawangan negeri Johor. Program diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Al-Fadhil Ustaz Alauddin B. Kamal, wakil Sekretariat Antarabangsa ISMA ( SEKTAR) bagi menerangkan serba sedikit tentang program yang julung kalinya diadakan di Johor ini sekaligus merungkai 1001 pertanyaan yang tersirat dalam diri peserta.
Sekitar jam 9.15 pagi, agenda seterusnya dimulakan dengan penerangan jurusan dan kuliah di Universiti Al-Azhar. Ustaz Salman B. Abdul Rahman sebagai pembentang pertama telah menerangkan tentang kuliah Syariah selari dengan ijazah pertama beliau yang baru sahaja tamat tahun lepas. Menariknya, para peserta disajikan dengan tayangan clip video lagu arab yang sangat menyentuh perasaan peserta untuk menyedari peranan diri.
Selepas berehat 10 minit sambil menikmati teh dan kuih, sesi penerangan Kuliah Usuluddin bermula dengan disampaikan oleh Ustazah Nazihah Bte Abdul Rahman.
Beliau yang baru menamatkan pengajian Ijazah Pertama Kuliah Usuluddin telah Berjaya menarik minat peserta dengan penerangan yang jelas tentang kuliah tersebur diselitkan juga dengan perkongsian pengalaman menghadapi susah payah menghadapi subjek-subjek yang mencabar dalam kuliah Usuluddin yang sedia maklum lebih banyak subjek pembelajarannya berbanding kuliah syariah.
Kemudian, agenda diteruskan dengan penyampaian ustaz Muhd Jauhar B. Azmi berkaitan dengan Kuliah Lughah ‘Arabiah. Kuliah yang terkenal dengan kepayahan ini walaubagaimanapun turut menarik minat peserta kerana kelainan yang dibawa oleh penceramah yang berkongsi beberapa ilmu menarik seperti balaghah dalam Al-Quran, perkataan arab yang unik dan lain-lain yang jarang sekali didengari.
Seterusnya, peserta disajikan pula dengan penyampaian menarik dari Ustazah Susilawati bte Samat, penyarah Intitut Tahfiz dan Qiraat Tampines, Singapura. Selari dengan bidangnya, penceramah yang baru saja menamatkan pengajian Tahfiz dan Qiraat tahun lepas, telah berkongsi pelbagai pengalaman sebagai mahasiswa kuliah Qiraat, Universiti Al-Azhar di samping menerangkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan di kuliah di mana suasananya lebih fokus dan istimewa disebabkan setiap kelas terhad untuk beberap pelajar sahaja.
Tepat jam 2.15 petang, para peserta kembali mengambil tempat untuk mendengarkan sesi perkongsian dan pengalaman yang disampaikan oleh 2 graduan Universiti Al-Azhar ,Mesir. Kedua-dua panel iaitu Ustaz Safizan bin. Zakaria dan Ustazah Susilawati telah memberikan gambaran yang luar biasa di Bumi Kinanah Mesir yang banyak peserta tidak ketahui sebelum in. Ini telah menarik minat dan meyakinkan lagi para peserta untuk melanjutkan pelajaran di Bumi Anbiya’ dengan penuh semangat.
Para peserta juga didedahkan dengan cabaran-cabaran yang bakal berlaku sekalu mahasiswa/i di mesir dan juga peranan yang patut dimainkan untuk menghadapi segala rintangan dengan jayanya sekaligus menjadi pelajar yang cemerlang di university.
Sekitar jam 3.45 petang, agenda diteruskan dengan sesi perancangan ke Bumi Anbiya’ dan Pakej penerbangan bersama ISMA. Di samping mengetahui segala macam persiapan untuk mengembara jauh ke bumi Anbiya’, para peserta juga turut mendapat maklumat tentang pakej penerbangan MUMTAZ yang disediakan ISMA yang amat murah dan berpatutan harganya. Hal ini serta merta menyebabkan beberapa peserta terus berminat dan berazam mahu mengambil pakej ini kerana pelbagai keistimewaan yang boleh didapati seperti diuruskan penerbangan seawal mungkin dan juga dapat mengikuti kelas intensif bahasa arab selama 2 bulan atau lebih sebelum memulakan pengajian sebenar di Universiti Al-Azhar.
Program SKBA zon selatan diakhiri dengan ucapan oleh En. Azman Bakri, wakil tuan rumah, ISMA Johor. Beliau berbesar hati dan bersyukur kerana Program SKBA ini dapat dijalankan dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan terutama dari pelajar lepasan STAM Maahad Johor yang sedang mengikuti daurah 6 bulan di MARSAH. Beliau berharap agar peserta semua lebih bersiap sedia untuk melangkah ke bumi anbiya’ dan juga berharap agar program sebegini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.
Jam 4.30 petang, program berakhir dan para peserta dan AJK program sempat menikmati kuih muih serta the sambil beramah mesra sesama mereka selepas sesi fotografi bersama. Rata-rata peserta berpuas hati dengan seharian program yang penuh dengan informasi baru dan membantu mereka untuk lebih jelas dalam mengharungi fasa akan datang sebagai mahasiswa dan mahasiswi agama.
Thursday, 8 April 2010
Dakwah, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
(Surah al-Anbiya’ 21:107)
(Surah Ali-Imran 3:104)
Firman Allah SWT di dalam surah al-Maidah ayat 5: 67 maksudnya:
(Surah al-Maidah 5:67)
Pembangunan Industri Kreatif Tempatan sebagai peluang untuk berdakwah melalui ICT


Yang Dipertua
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Cawangan Shah Alam & Klang
Thursday, 25 March 2010
Tuesday, 16 March 2010
Bilakah Kesyumulan Islam Akan Tertegak?
Baru-baru ini saya menerima email dan solan berkaitan kesyumulan Islam ; yang bertanyakan bagaimana ISMA berjuang untuk menegakkan Islam yang Syumul. Ada juga email yang menggambarkan pengirimnya percaya bahawa dengan berjuang untuk menegakkan Islam melalui sistem pilihanraya sahaja menjadikan perjuangannya itu syumul dan sebaliknya tanpa terlibat dalam perjuangan untuk menegakkan Islam melalui pilihanraya perjuangan Islam itu masih bersifat khusus atau juzie .
Pada pandangan saya kesyumulan Islam hanya tertegak apabila perjuangan Islam sampai ke kemuncak perjuangan iaitu ketika Islam menjadi Ustaziah al-`Alam atau sekurang-kurangnya perjuangan Islam berjaya menegakkan sistem pemerintahan Islam yang Syumul. Sebelum itu perlaksanaan Islam akan berada dalam keadaan juzuk-juzuk dan terpisah atau tidak Syumul. Berjuang dalam arena politik tidak menjadikan perjuangan itu Syumul. Begitu juga jika tidak memasuki arena politik masa kini tidak pula menjadikan perjuangan itu tidak syumul.
Dalam sejarah perjuangan rasulullah s.a.w. kesyumulan Islam hanya tertegak dengan turunnya wahyu –wahyu terakhir yang menjelaskan bentuk hubungan luar antara kerajaan Islam dan golongan kuffar dan ia menjadi dasar hubungan luar kerajaan Islam dengan kerajaan kafir; iaitu sama ada memeluk Islam, menyerah kalah dan membayar jizyah ataupun berhadapan dengan perang.
Sekarang wahyu telah sempurna dan hukum terakhir dalam hubungan antara Islam dan kuffar adalah perang maka apakah kita menerima manhaj tanzim Jihad yang menjadikan jihad secara bersenjata sebagai manhaj Islam diseluruh dunia dan menjadikan semua kerajaan yang tidak melaksanakan Islam sebagai kerajaan kafir harbi yang perlu diperangi?
Baca lagi tulisan Ustaz Anuar Salleh Hussain yang menarik ini...Klik
Wednesday, 10 March 2010
Perjumpaan Anak-anak NAZIM Mac 2010
7 Mac 2010 : Anak-anak Nadi Asybal wa Zahrawat (Nazim) Johor menghadiri perjumpaan kali ke dua bagi tahun 2010 dengan melakukan aktiviti origami bersama-sama Ustazah Jannah dan Puan Nor Azah di Pejabat Isma Johor.
Monday, 8 March 2010
Lawatan Presiden dan JKP Pusat
Majlis Ulama’ ISMA dilancarkan secara rasmi
Ustaz Ahmad Zainal Abidin selaku Setiausaha MUIS.
Seiring dengan usaha ISMA untuk ‘Membina Generasi Harapan’ berpandukan petunjuk Ilahi, Majlis Ulama’ ISMA (MUIS) telah dilancarkan secara rasminya sempena Multaqa Asatizah ISMA yang telah berlangsung pada 6 Mac 2010 di Kompleks Kejiranan Presinct 16, Putrajaya. MUIS dipengerusikan oleh Dr. Aznan Hasan (Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa) yang turut dijemput untuk memberi pandangan di dalam Persidangan Majlis Fatwa Kebangsaan.
MUIS ditubuhkan sebagai sebuah institusi yang berperanan untuk memberi pandangan dan idea bagi memastikan setiap pergerakan ISMA menepati petunjuk Ilahi, lebih-lebih lagi di zaman yang cukup mencabar ini di mana usaha dakwah pasti akan berhadapan dengan pelbagai isu. Di samping itu, MUIS juga berganding bahu dengan biro-biro di dalam ISMA bagi mencapai cita-cita ‘Membina Generasi Harapan’ mengikut kapasiti MUIS sebagai rujukan dalam bidang syarak.
Setiausaha MUIS iaitu Ustaz Ahmad Zainal Abidin yang juga merupakan YDP ISMA Melaka telah menjelaskan tentang MUIS kepada para ustaz dan ustazah ISMA yang hadir di multaqa tersebut. Menurut beliau, “Kewujudan MUIS akan memastikan perjalanan ISMA menepati kehendak syarak dan berupaya menggarap masyarakat contoh, dalam keadaan masyarakat hari ini yang semakin hari semakin tenat. Sesungguhnya kita ibarat “Ruhul Jadid” (roh baru) yang bergerak di dalam ummah.”
MUIS turut memberikan khidmat bimbingan kepada masyarakat umum berkenaan hukum-hakam syarak agar setiap aspek kehidupan mereka menepati kehendak syariah. Orang ramai berpeluang untuk berinteraksi dengan tokoh-tokoh MUIS melalui laman sesawang MUIS di alamat http://muis.ismaweb.net. Mereka yang ingin mengajukan persoalan-persoalan atau membaca jawapan-jawapan yang dikemukakan bolehlah melawati laman web ini.
Laman rasmi MUIS ini diharap dapat menjadi medan bertukar pandangan dan maklumat khususnya bersama masyarakat. InsyaAllah, ahli-ahli MUIS akan berusaha memberi pandangan dan penyelesaian kepada permasalahan harian masyarakat seperti masalah kefahaman dan akidah, masalah ibadah, kekeluargaan dan lain-lain.
Berikut merupakan senarai nama sekretariat dan ahli-ahli MUIS yang bertanggungjawab penuh terhadap perjalanan MUIS:
Pengerusi
Dr. Aznan Hasan (Universiti Islam Antarabangsa).
Setiausaha
Ustaz Ahmad Zainal Abidin (Universiti Multimedia)
Sekretariat
Dr. Mohd Isa Hamzah (Universiti Kebangsaan Malaysia)
Dr. Mohd Fauzi Mohd Amin (Universiti Sains Islam Malaysia)
Ustaz Anwar Fakhri Omar (Universiti Kebangsaan Malaysia)
Ustaz Zamri Hashim (Jabatan Mufti Perak)
Ahli-ahli
Dr Ridhwan Ahmad (Institut Pendidikan Guru Malaysia)
Ustaz Kamarudin Awang Mat (Universiti Darul Iman Malaysia)
Ustaz Razali Musa (Universiti Darul Iman Malaysia)
Ustaz Zainuddin Ismail (Universiti Islam Antarabangsa)
Ustaz Ahmad Kamal Muhamad (Ahli Panel Penyelidik JAKIM, Putrajaya)
sumber : ismaweb.net
Sunday, 7 February 2010
Resolusi Konvensyen Pemikiran Hasan Al-Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa
Sdr Aminuddin Yahaya, Setiausaha Agung ISMA, membacakan resolusi konvensyen.
Kemelut perbezaan ideologi dan kekeliruan identiti yang melanda bangsa Melayu Muslim, sebagai bangsa teras umat Islam di negara ini, memerlukan satu jawapan yang mampu membawa satu penyelesaian yang menyeluruh. Penguasaan ideologi barat yang berasaskan humanisme telah berjaya mencengkam pemikiran bangsa Melayu sehingga mereka sudah tidak yakin dengan kemampuan diri dan terpaksa bergantung kepada bangsa lain. Lebih memburukkan lagi apabila bangsa Melayu Muslim ini sanggup berganding bahu dengan bukan Islam untuk saling jatuh menjatuhkan antara satu sama lain. Perebutan kepada kuasa politik menyebabkan mereka hilang pertimbangan sehingga terpaksa berkompromi dalam ideologi perjuangan mereka. Dalam masa yang sama kesempatan ini digunakan sepenuhnya oleh bangsa lain untuk menghina orang Melayu dan menuntut segala hak kesamarataan termasuk dalam isu-isu agama.
Sebagai bangsa majoriti, masa hadapan negara amat bergantung kepada keutuhan bangsa Melayu. Maka dengan itu konvensyen ini telah mengenengahkan pemikiran Imam Hasan Al-Banna dalam menentukan metod yang praktikal bagi merubah masyarakat Melayu Muslim untuk menjadi sebuah bangsa yang mulia dan berwibawa. Hasil pembentangan dan perbincangan, konvensyen ini mengemukakan resolusi-resolusi berikut :-
1. Untuk menjayakan agenda Islam yang besar ianya mestilah bermula dengan membangunkan sebuah bangsa yang kuat. Oleh itu, selaku kaum majoriti, membangunkan semula bangsa Melayu Muslim menjadi pra-syarat kepada kemuliaan Islam di negara ini dan ia mesti menjadi gagasan utama pemimpin negara.
2. Perpecahan antara golongan Melayu Islamis dan Melayu Nasionalis yang berpunca dari sikap kepartian yang melampau menjadi punca kelemahan bangsa. Oleh itu ia mesti dihentikan segera supaya orang Melayu tidak terpesong dari tujuan asalnya dan terjebak dalam agenda orang lain.
3. Pemikiran humanisme yang meletakkan kehendak manusia sebagai matlamat dan pusat kehidupan akan melahirkan bangsa Melayu yang tiada identiti Kemelayuan dan Ketimurannya serta hilang jatidiri sebagai seorang yang berani dan berpegang teguh kepada agama. Untuk menyekat pemikiran ini masyarakat Melayu Muslim mesti dikembalikan semula kepada pendekatan keagamaan.
4. Model Fikrah Islam Syumul Al-Banna yang merangkumi aspek akidah, ibadah, tanah air, bangsa, toleransi, kuasa, akhlak, budaya, ekonomi dan undang-undang terbukti telah berjaya menangkis fahaman dan ideologi Barat dan mampu membangunkan kembali jatidiri masyarakat.
5. Usaha mengubah nasib orang Melayu Islam di tanah air sendiri tidak akan membuahkan hasil jika Islam tidak diambil sebagai dasar dan falsafah. Memisahkan Melayu daripada Islam dalam konteks pembangunan sebuah bangsa yang berdaulat tidak akan membawa kesejahteraan, sebaliknya keadaan akan menjadi semakin gawat dengan pelbagai isu politik, ekonomi dan sosial.
6. Kekuatan jiwa merupakan kekuatan utama dalam kebangkitan mana-mana umat di sepanjang sejarah manusia, tanpa mengenepikan ekonomi dan politik. Kesedaran rohani yang kita inginkan ialah hati yang hidup, kebangkitan perasaan dan sentimen yang sebenar, hati baru yang menyala, perasaan yang bergejolak serta roh yang bercita-cita tinggi. Semua ini mesti ditanam di dalam jiwa bangsa Melayu Muslim.
7. Dalam menilai dan menentukan sikap terhadap sesuatu isu, masyarakat Melayu Muslim mesti berpandu kepada Maqasid Syarak dengan hujjah dari nas yang sahih bukan berasaskan kepentingan kuasa politik.
8. Tahaluf muslim dengan non-muslim tidak boleh membawa kepada wala’ kepada non-muslim apatah lagi untuk membantu mereka bagi menjatuhkan muslim lain. Ia hanya dibenarkan apabila non-muslim memenuhi syarat yang ditentukan syarak.
Aminuddin Yahaya,
Setiausaha Agung,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Blog: Suara Dari Gunung
Labels
RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.
Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com
Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.



















