.

Thursday, 25 March 2010

Ayuh, Sertai SKBA Zon Selatan !

Tuesday, 16 March 2010

Bilakah Kesyumulan Islam Akan Tertegak?

Baru-baru ini saya menerima email dan solan berkaitan kesyumulan Islam ; yang bertanyakan bagaimana ISMA berjuang untuk menegakkan Islam yang Syumul. Ada juga email yang menggambarkan pengirimnya percaya bahawa dengan berjuang untuk menegakkan Islam melalui sistem pilihanraya sahaja menjadikan perjuangannya itu syumul dan sebaliknya tanpa terlibat dalam perjuangan untuk menegakkan Islam melalui pilihanraya perjuangan Islam itu masih bersifat khusus atau juzie .

Pada pandangan saya kesyumulan Islam hanya tertegak apabila perjuangan Islam sampai ke kemuncak perjuangan iaitu ketika Islam menjadi Ustaziah al-`Alam atau sekurang-kurangnya perjuangan Islam berjaya menegakkan sistem pemerintahan Islam yang Syumul. Sebelum itu perlaksanaan Islam akan berada dalam keadaan juzuk-juzuk dan terpisah atau tidak Syumul. Berjuang dalam arena politik tidak menjadikan perjuangan itu Syumul. Begitu juga jika tidak memasuki arena politik masa kini tidak pula menjadikan perjuangan itu tidak syumul.

Dalam sejarah perjuangan rasulullah s.a.w. kesyumulan Islam hanya tertegak dengan turunnya wahyu –wahyu terakhir yang menjelaskan bentuk hubungan luar antara kerajaan Islam dan golongan kuffar dan ia menjadi dasar hubungan luar kerajaan Islam dengan kerajaan kafir; iaitu sama ada memeluk Islam, menyerah kalah dan membayar jizyah ataupun berhadapan dengan perang.

Sekarang wahyu telah sempurna dan hukum terakhir dalam hubungan antara Islam dan kuffar adalah perang maka apakah kita menerima manhaj tanzim Jihad yang menjadikan jihad secara bersenjata sebagai manhaj Islam diseluruh dunia dan menjadikan semua kerajaan yang tidak melaksanakan Islam sebagai kerajaan kafir harbi yang perlu diperangi?

Baca lagi tulisan Ustaz Anuar Salleh Hussain yang menarik ini...Klik

Wednesday, 10 March 2010

Perjumpaan Anak-anak NAZIM Mac 2010

7 Mac 2010 : Anak-anak Nadi Asybal wa Zahrawat (Nazim) Johor menghadiri perjumpaan kali ke dua bagi tahun 2010 dengan melakukan aktiviti origami bersama-sama Ustazah Jannah dan Puan Nor Azah di Pejabat Isma Johor.







7 Mac 2010 : Anak-anak Nadi Asybal wa Zahrawat (Nazim) Johor menghadiri perjumpaan kali ke dua bagi tahun 2010 dengan melakukan aktiviti origami bersama-sama Ustazah Jannah dan Puan Nor Azah di Pejabat Isma Johor.

Monday, 8 March 2010

Lawatan Presiden dan JKP Pusat



26 Februari 2010 : Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, Presiden ISMA bersama beberapa orang JKP telah hadir ke pejabat ISMA Johor dalam rangka lawatan kerja ke cawangan-cawangan. Ustaz Abdullah Zaik antara lain mengingatkan kepada semua yang hadir akan peri pentingnya setiap dari kita terutamanya ahli-ahli ISMA untuk terus bekerja dan berdakwah kepada masyarakat dalam usaha kita untuk menyelamatkan maruah umat. Umat ini perlu dibangkitkan dan dibina jatidiri agar dapat kembali menjadi umat yang memimpin.

Konsert Tautan Kasih







27 Feb 2010 : Sekitar Konsert Tautan Kasih anjuran KRIM Johor bersama Nazrey Johani di SMK Dato Penggawa Barat, Pontian, Johor.

Majlis Ulama’ ISMA dilancarkan secara rasmi

Ustaz Ahmad Zainal Abidin selaku Setiausaha MUIS.

Seiring dengan usaha ISMA untuk ‘Membina Generasi Harapan’ berpandukan petunjuk Ilahi, Majlis Ulama’ ISMA (MUIS) telah dilancarkan secara rasminya sempena Multaqa Asatizah ISMA yang telah berlangsung pada 6 Mac 2010 di Kompleks Kejiranan Presinct 16, Putrajaya. MUIS dipengerusikan oleh Dr. Aznan Hasan (Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa) yang turut dijemput untuk memberi pandangan di dalam Persidangan Majlis Fatwa Kebangsaan.

MUIS ditubuhkan sebagai sebuah institusi yang berperanan untuk memberi pandangan dan idea bagi memastikan setiap pergerakan ISMA menepati petunjuk Ilahi, lebih-lebih lagi di zaman yang cukup mencabar ini di mana usaha dakwah pasti akan berhadapan dengan pelbagai isu. Di samping itu, MUIS juga berganding bahu dengan biro-biro di dalam ISMA bagi mencapai cita-cita ‘Membina Generasi Harapan’ mengikut kapasiti MUIS sebagai rujukan dalam bidang syarak.

Setiausaha MUIS iaitu Ustaz Ahmad Zainal Abidin yang juga merupakan YDP ISMA Melaka telah menjelaskan tentang MUIS kepada para ustaz dan ustazah ISMA yang hadir di multaqa tersebut. Menurut beliau, “Kewujudan MUIS akan memastikan perjalanan ISMA menepati kehendak syarak dan berupaya menggarap masyarakat contoh, dalam keadaan masyarakat hari ini yang semakin hari semakin tenat. Sesungguhnya kita ibarat “Ruhul Jadid” (roh baru) yang bergerak di dalam ummah.”

MUIS turut memberikan khidmat bimbingan kepada masyarakat umum berkenaan hukum-hakam syarak agar setiap aspek kehidupan mereka menepati kehendak syariah. Orang ramai berpeluang untuk berinteraksi dengan tokoh-tokoh MUIS melalui laman sesawang MUIS di alamat http://muis.ismaweb.net. Mereka yang ingin mengajukan persoalan-persoalan atau membaca jawapan-jawapan yang dikemukakan bolehlah melawati laman web ini.

Laman rasmi MUIS ini diharap dapat menjadi medan bertukar pandangan dan maklumat khususnya bersama masyarakat. InsyaAllah, ahli-ahli MUIS akan berusaha memberi pandangan dan penyelesaian kepada permasalahan harian masyarakat seperti masalah kefahaman dan akidah, masalah ibadah, kekeluargaan dan lain-lain.

Berikut merupakan senarai nama sekretariat dan ahli-ahli MUIS yang bertanggungjawab penuh terhadap perjalanan MUIS:

Pengerusi
Dr. Aznan Hasan (Universiti Islam Antarabangsa).

Setiausaha
Ustaz Ahmad Zainal Abidin (Universiti Multimedia)

Sekretariat
Dr. Mohd Isa Hamzah (Universiti Kebangsaan Malaysia)
Dr. Mohd Fauzi Mohd Amin (Universiti Sains Islam Malaysia)
Ustaz Anwar Fakhri Omar (Universiti Kebangsaan Malaysia)
Ustaz Zamri Hashim (Jabatan Mufti Perak)

Ahli-ahli
Dr Ridhwan Ahmad (Institut Pendidikan Guru Malaysia)
Ustaz Kamarudin Awang Mat (Universiti Darul Iman Malaysia)
Ustaz Razali Musa (Universiti Darul Iman Malaysia)
Ustaz Zainuddin Ismail (Universiti Islam Antarabangsa)
Ustaz Ahmad Kamal Muhamad (Ahli Panel Penyelidik JAKIM, Putrajaya)


sumber : ismaweb.net

Sunday, 7 February 2010

Resolusi Konvensyen Pemikiran Hasan Al-Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa

Sdr Aminuddin Yahaya, Setiausaha Agung ISMA, membacakan resolusi konvensyen.

Kemelut perbezaan ideologi dan kekeliruan identiti yang melanda bangsa Melayu Muslim, sebagai bangsa teras umat Islam di negara ini, memerlukan satu jawapan yang mampu membawa satu penyelesaian yang menyeluruh. Penguasaan ideologi barat yang berasaskan humanisme telah berjaya mencengkam pemikiran bangsa Melayu sehingga mereka sudah tidak yakin dengan kemampuan diri dan terpaksa bergantung kepada bangsa lain. Lebih memburukkan lagi apabila bangsa Melayu Muslim ini sanggup berganding bahu dengan bukan Islam untuk saling jatuh menjatuhkan antara satu sama lain. Perebutan kepada kuasa politik menyebabkan mereka hilang pertimbangan sehingga terpaksa berkompromi dalam ideologi perjuangan mereka. Dalam masa yang sama kesempatan ini digunakan sepenuhnya oleh bangsa lain untuk menghina orang Melayu dan menuntut segala hak kesamarataan termasuk dalam isu-isu agama.

Sebagai bangsa majoriti, masa hadapan negara amat bergantung kepada keutuhan bangsa Melayu. Maka dengan itu konvensyen ini telah mengenengahkan pemikiran Imam Hasan Al-Banna dalam menentukan metod yang praktikal bagi merubah masyarakat Melayu Muslim untuk menjadi sebuah bangsa yang mulia dan berwibawa. Hasil pembentangan dan perbincangan, konvensyen ini mengemukakan resolusi-resolusi berikut :-

1. Untuk menjayakan agenda Islam yang besar ianya mestilah bermula dengan membangunkan sebuah bangsa yang kuat. Oleh itu, selaku kaum majoriti, membangunkan semula bangsa Melayu Muslim menjadi pra-syarat kepada kemuliaan Islam di negara ini dan ia mesti menjadi gagasan utama pemimpin negara.

2. Perpecahan antara golongan Melayu Islamis dan Melayu Nasionalis yang berpunca dari sikap kepartian yang melampau menjadi punca kelemahan bangsa. Oleh itu ia mesti dihentikan segera supaya orang Melayu tidak terpesong dari tujuan asalnya dan terjebak dalam agenda orang lain.

3. Pemikiran humanisme yang meletakkan kehendak manusia sebagai matlamat dan pusat kehidupan akan melahirkan bangsa Melayu yang tiada identiti Kemelayuan dan Ketimurannya serta hilang jatidiri sebagai seorang yang berani dan berpegang teguh kepada agama. Untuk menyekat pemikiran ini masyarakat Melayu Muslim mesti dikembalikan semula kepada pendekatan keagamaan.

4. Model Fikrah Islam Syumul Al-Banna yang merangkumi aspek akidah, ibadah, tanah air, bangsa, toleransi, kuasa, akhlak, budaya, ekonomi dan undang-undang terbukti telah berjaya menangkis fahaman dan ideologi Barat dan mampu membangunkan kembali jatidiri masyarakat.

5. Usaha mengubah nasib orang Melayu Islam di tanah air sendiri tidak akan membuahkan hasil jika Islam tidak diambil sebagai dasar dan falsafah. Memisahkan Melayu daripada Islam dalam konteks pembangunan sebuah bangsa yang berdaulat tidak akan membawa kesejahteraan, sebaliknya keadaan akan menjadi semakin gawat dengan pelbagai isu politik, ekonomi dan sosial.

6. Kekuatan jiwa merupakan kekuatan utama dalam kebangkitan mana-mana umat di sepanjang sejarah manusia, tanpa mengenepikan ekonomi dan politik. Kesedaran rohani yang kita inginkan ialah hati yang hidup, kebangkitan perasaan dan sentimen yang sebenar, hati baru yang menyala, perasaan yang bergejolak serta roh yang bercita-cita tinggi. Semua ini mesti ditanam di dalam jiwa bangsa Melayu Muslim.

7. Dalam menilai dan menentukan sikap terhadap sesuatu isu, masyarakat Melayu Muslim mesti berpandu kepada Maqasid Syarak dengan hujjah dari nas yang sahih bukan berasaskan kepentingan kuasa politik.

8. Tahaluf muslim dengan non-muslim tidak boleh membawa kepada wala’ kepada non-muslim apatah lagi untuk membantu mereka bagi menjatuhkan muslim lain. Ia hanya dibenarkan apabila non-muslim memenuhi syarat yang ditentukan syarak.

Aminuddin Yahaya,
Setiausaha Agung,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Blog: Suara Dari Gunung

Sekitar KOBANNA









30 Januari 2010 – Ahli ISMA Johor dikejutkan dengan berita mengenai kemalangan yang berlaku di KM 114 PLUS arah Selatan pada jam 9.40 malam ketika dalam perjalanan pulang dari Konvensyen Pemikiran Hassan al-Banna (KOBANNA 2010) . Kemalangan membabitkan 6 orang ikhwah iaitu 2 orang penggerak PEMBINA, Saudara Yazid Yahya (pemandu) dan Saudara Zulhilmi Sharizal serta 4 lagi penggerak KRIM- Izwan, Hanif, Soim dan Aiman.

Tiga daripada mereka yang berada di sebelah kanan kereta dilaporkan mengalami kecederaan dengan seorang mangsa yang masih kritikal ditahan di wad namun dalam keadaan yang stabil. Saudara Yazid mengalami keretakan di bahagian tulang siku dan jari manakala yang mengalami kecederaan ringan menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Segala pujian bagi Allah yang memanjangkan umur mereka dari nahas yang dialami. Seluruh warga ISMA Johor mengucapkan takziah buat semua mangsa dan ahli keluarga. Semoga diberi kekuatan untuk mengharungi dugaan Allah dengan penuh kesabaran.

Buat sekalian ahli ISMA dan para pengunjung laman ini, sama-samalah kita doakan kesejahteraan buat mereka yang terlibat dan semoga cepat sembuh.

___________

* Catatan pengalaman kemalangan oleh Saudara Zulhilmi. Klik di sini.
* Kempen derma kilat untuk mangsa kemalangan. Klik di sini.

Friday, 29 January 2010

Takziah Buat Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Johor Bahru merakamkan ucapan takziah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Zanariah serta seluruh kerabat Diraja Johor di atas kemangkatan Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada Jumaat 22 Jan 2010 yang lalu.

Kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada usia 77 tahun merupakan satu kehilangan besar kepada rakyat Malaysia khususnya Kerajaan Negeri serta rakyat negeri Johor Darul Takzim.

Namun, ISMA Johor yakin bahawa perjuangan Almarhum Sultan Iskandar akan diteruskan dengan adil dan saksama oleh Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang baru sahaja dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang ke-25. Semoga kedudukan agama Islam dan bangsa Melayu khususnya di negeri Johor akan terus dimartabatkan di bawah kepimpinan baginda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.