.

Tuesday 29 September 2009

Pendirian ISMA terhadap politik





Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman.







ISMA mengimani bahawa politik merupakan sebahagian daripada Islam, di mana menegakkan kerajaan dan pemerintahan Islam adalah satu kefardhuan. Fardhu-fardhu Islam tidak dapat ditegakkan sepenuhnya tanpa kuasa pemerintahan.

ISMA tidak memisahkan politik dengan dakwah, tetapi dakwah mempunyai marhalah dan setiap marhalah ada wasilah yang munasabah untuknya. Secara umumnya, tiga peringkat dakwah yang perlu dilalui ialah peringkat individu, jamaah/masyarakat dan kerajaan.

ISMA membezakan antara menegakkan politik Islam yang memerlukan sokongan masyarakat yang faham dan yakin dengan hukum Islam dengan politiking sekular yang saling menjatuhkan antara satu sama lain dengan apa cara sekali pun.

Pada pandangan ISMA, masyarakat masa kini masih belum bersedia untuk menerima pemerintahan Islam. Kita boleh sampai kepada kuasa pemerintahan, tetapi kita mungkin tidak dapat melaksanakan Islam seperti yang sepatutnya.

Pada perhitungan ISMA, dalam konteks percaturan politik Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum, mazhab politik dan ketamakan, maqasid syarak menuntut kita memastikan bahawa kuasa mesti sentiasa berada di tangan orang Islam sama ada adil atau fasiq, dan mesti memastikan komposisi Muslim di dalam Parlimen sentiasa dominan.

Oleh itu sifir ISMA berbeza, ISMA tidak melihat kemenangan Islam dengan semata-mata PAS mengalahkan UMNO, dengan apa suasana sekali pun. Kemenangan Pakatan Rakyat tidak semestinya membawa kita kepada pemerintahan Islam.

Untuk menegakkan Islam memerlukan kekuatan, yang mana kekuatan yang paling utama ialah perpaduan Islam. Justeru itu bagi kami perpaduan umat Islam/Melayu adalah pra-syarat ke arah itu. Usah harap kita dapat tegakkan negara Islam kalau kita lemah dan berpecah-belah.

Oleh itu harus difahami bahawa ISMA tidak sekali-kali menolak politik atau memisahkan dakwah dengan politik, tetapi ISMA memikirkan pelaksanaannya dari luar kotak pemikiran orang kebanyakan.


Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman
Presiden
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Blog: PerjalananKu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.