Perutusan Presiden ISMA sempena Bulan Kemerdekaan yang ke-52
Wednesday, 26 August 2009
Tuesday, 25 August 2009
Pemuda Islam perlu kepada pembentukan tarbiah berterusan
Ahli ISMA dan Ahli PEMBINA Johor bersama berganding bahu membentuk diri dalam satu ikatan. Ikatan iman dan Islam itu sendiri.
Tarbiah merupakan tunjang atau pokok kepada melahirkan
amal yang benar dan berterusan walaubagaimana onak dan
dan duri menganggu-gugatnya.
Pemuda adalah harapan kepada generasi penyambung warisan dakwah!
Sunday, 16 August 2009
KOPRESS lancar Projek Ramadhan 09
KOPRESS mensasarkan sebanyak 4000 kotak kurma untuk dijual pada Ramadhan kali ini. Usaha ini bukan sahaja untuk mencari keuntungan, tetapi untuk melatih kemahiran ahli-ahli ISMA dalam pengurusan perniagaan.

Untuk maklumat lanjut tentang stok dan kaedah penjualan, sila hubungi Pengurus KOPRESS, Ust Abdul Mutalib Bohari di 019 383 7301 atau boleh juga menghubungi wakil Cawangan masing-masing
ISMA menyeru untuk bersama Memartabatkan Kesetiaan Bangsa

Bandar Baru Bangi, 15 Ogos- Presiden Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA), Ust Abdullah Zaik b Abd Rahman menyeru umat islam agar menghayati erti kemerdekaan menurut acuan islam.
“Bangsa Melayu adalah satu bangsa bebas dengan mengamalkan budaya hidup islam. Maka seharusnya kita berusaha mengekalkan status ini tanpa perlu terkongkong dengan cara pemikiran Barat yang telah terbukti tidak mampu membawa kebahagiaan yang hakiki dalam kehidupan” tegas beliau.
Dalam ucapan beliau lagi, Ust Abdullah juga mengajak hadirin untuk meneliti sejarah silam, agar golongan Melayu Muslim mengimbau sejarah silam bahawa satu masa dahulu Tanah Melayu Nusantara adalah tanah penguasaan orang islam & di bawah pantauan Khalifah Muawiyah. Menyedari hakikat ini bangsa Melayu sepatutnya berasa bangga kerana telahpun dimuliakan dengan kekuatan islam sebagai teras kehidupan maka adalah perlu untuk Melayu kembali kepada asal usul mereka tanpa perlu tunduk kepada bangsa luar yang merosakkan nilai-nilai islam.
Seruan tersebut disampaikan oleh Ust Abdullah Zaik semasa pelancaran Sambutan Kemerdekaan ke-52 anjuran ISMA di ruang legar Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi bermula jam 2.30pm.

Ust Abdullah merasmikan Sambutan Kemerdekaan ISMA sambil diperhatikan oleh Pengarah Sambutan, Ust Wan Hisham Wan Embong.

Pimpinan ISMA dan para tetamu jemputan menyanyikan lagu Negaraku
Dengan tema “Memartabatkan Kesetiaan Bangsa”, majlis tersebut turut dihadiri oleh Presiden Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi, Dr. Tajul dan telah dimeriahkan dengan deklamasi sajak oleh Pn. Nisah Haron & Sdr. Badruzzaman, pementasan silat seni Gayung juga persembahan nasyid jemputan dari Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA).

Monday, 27 July 2009
Utusan Malaysia, 12 Mei 2009 : Malam Amal Harmoni Palestin
Gaza: Yayasan Harmoni kutip RM250,000| Mohd. Radzuan Abdullah menyerahkan raplika cek derma kepada Abdullah Zaik sambil diperhatikan Abdul Ghani Othman pada Majlis Amal menderma kepada Gaza di Johor Bahru, semalam. |
JOHOR BAHRU 11 Mei - Yayasan Harmoni berjaya mencapai sasaran kutipan sumbangan RM250,000 untuk disalurkan kepada sekretariat Aman Palestin bagi membina klinik pakar di Gaza.
Pengarah Eksekutifnya, Mohd. Radzuan Abdullah berkata, sasaran itu dicapai menerusi kutipan tabung di sekitar pusat komersial The Zon di sini dan melalui majlis makan malam amal yang berlangsung di sini baru-baru ini.
''Kami telah meletakkan tabung di sekitar pusat beli-belah The Zon Mall, Hotel The Zon Regency dan Terminal Feri The Zon di sini sejak Februari lalu sehingga hari ini.
''Kejayaan sumbangan ini jelas membuktikan keprihatinan rakyat Malaysia tentang nasib rakyat Palestin selain kerjasama pelbagai pihak dalam menjayakan kutipan amal ini,'' katanya pada majlis Malam Amal Harmoni Palestin di The Zon Regency Hotel di sini.
Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan isteri, Prof. Datin Paduka Dr. Jamilah Ariffin.
Abdul Ghani turut menyaksikan penyampaian cek bernilai RM250,000 oleh Mohd. Radzuan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Aman Malaysia, Abdullah Zaik.
Kutipan derma itu dianjurkan oleh Yayasan Harmoni dengan kerjasama Aman Palestin, syarikat Atlan Holdings Bhd. dan Kumpulan The Zon.
Sementara itu, Abdul Ghani berkata, pihaknya memuji usaha murni menganjurkan kutipan sumbangan itu bagi membina klinik pakar di Gaza memandangkan keperluannya amat mendesak di sana.
''Kehidupan penduduk Gaza kini semakin terjejas dan mereka memerlukan rawatan pakar dengan segera dan saya berharap sumbangan ini meringankan penderitaan mereka,'' katanya.
Sementara itu, lebih 1,000 tetamu yang hadir pada malam amal itu dihiburkan dengan persembahan bertenaga oleh penyanyi, Datuk Sheila Majid.
Persembahan selama setengah jam menyaksikan Sheila yang digelar Ratu Jazz Malaysia menyampaikan rangkaian lagu popular seperti Lagenda, Antara Anyer dan Jakarta, Warna, Aku Cinta Padamu dan Sinaran.
Abdullah Zaik juga merupakan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) sebuah NGO Islam yang berusaha dan bercita-cita untuk membina generasi harapan Islam di Malaysia. (WWW.ISMAWEB.NET)
Thursday, 18 June 2009
Sunday, 17 May 2009
Perjumpaan Nazim 2/09
Ahad, 17 Mei 2009 - Perjumpaan kedua Nazim telah diadakan di Rumah Ukhtie Nor Azah dengan tajuk perbincangan Allah sebagai Pencipta. Anak-anak diberikan peralatan melukis untuk melukiskan makhluk penciptaan Allah dan kemudian tazkirah tentang Allah sebagai Pencipta disampaikan oleh Ukhtie Sharipah.
Aktiviti menyediakan "ice blended" menjadi acara yang menarik semua peserta kerana selain belajar menyediakannya, menikmati "ice blended" merupakan perkara yang ditunggu-tunggu semua yang hadir.
Saturday, 16 May 2009
SELAMAT HARI GURU
Guru Memimpin Perubahan Menyongsong Kebangkitan

Sumbangan dan jasa guru di pelbagai institusi samada di peringkat tadika, sekolah atau universiti tidak ternilai harganya. Merekalah merupakan tulang belakang kemajuan dan keutuhan negara. Di atas pundak merekalah lahirnya para tokoh, para figur, para teknokrat, para usahawan, pekerja dan rakyat yang berjiwa mulia dan luhur.
Wednesday, 13 May 2009
Shah Alam, 1 Mei - Nadi Ashbal wa Zahrawat ISMA Malaysia (NAZIM) kini melangkah setapak lagi dengan pelancaran logo rasminya baru-baru ini. Pelancaran telah berlangsung sempena Konvensyen Wanita Islam (KONWANIS) anjuran Biro Wanita ISMA di INTEKMA Resort & Convention Centre, Shah Alam.Logo yang dilancarkan telah dipilih melalui pertandingan membuat logo NAZIM di antara ahli-ahli NAZIM dari seluruh Malaysia. Pemenangnya telah jatuh kepada adik Abdul Mubin Zainuddin dari NAZIM Shah Alam. Tahniah buat adik Abdul Mubin.

Semoga NAZIM akan menjadi wadah yang unggul di kalangan anak-anak di negara ini sebagai medan untuk mencungkil bakat dan potensi mereka di samping aktiviti serta pengalaman yang boleh ditimba bersama rakan-rakan di sini.
Diharapkan NAZIM akan terus mara ke hadapan bersama semangat jitu yang terpancar melalui slogannya: beriman, bijak, berani dan cergas. Wajah singa yang serius melambangkan sifat-sifat yang tersebut di atas yang mesti dimiliki oleh anak-anak lelaki. Manakala bunga yang kembang mekar pula melambangkan keperibadian anak-anak perempuan.
Sunday, 10 May 2009
Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis

Kuala Lumpur, 9 Mei – Usaha memperjuangkan isu Palestin di kalangan rakyat Malaysia kini melalui dimensi yang baru dengan penganjuran 'Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis' hari ini. Syabas diucapkan kepada Aman Palestin Berhad dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) atas kejayaan membawa agenda ummah ini ke pentas Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Konvensyen ini adalah manifestasi keyakinan dan kesatuan umat Islam dalam berhadapan dengan agenda musuh yang sedang munuju detik-detik kehancuran. Demikian tegas Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, Pengerusi Aman Palestin dan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), semasa berucap di hadapan lebih 3000 peserta yang hadir dari seluruh pelosok tanahair.
Majlis perasmian 'Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis' ini telah disempurnakan oleh Sahibus Samahah Dr Juanda bin Jaya, Mufti Negeri Perlis. Beliau juga sempat merakamkan penghargaan kepada Aman Palestin dan PEMBINA atas inisiatif untuk menyedarkan masyarakat terutama golongan belia akan kepentingan Palestin di sisi umat Islam.

Kesungguhan pihak penganjur terbukti dengan kehadiran tokoh-tokoh antarabangsa dalam isu Palestin ini iaitu Dr. Mohsen Saleh (Pengarah Institute of Islamic Political Thought, London), Dr. Azzam al-Tamimi (Pengarah Besar, Pusat Penyelidikan dan Pengajian Az-Zaytouna, Lubnan) dan Dr. Roslan bin Mohd Nor (Penerima Anugerah Akademik Institut Al-Makhtoum 2003 & 2006, PhD in ‘Islamic Jerusalem Studies’, Aberdeen University Scotland). Pembentangan kertas kerja yang cukup menarik dan informatif membuatkan para hadirin enggan berganjak dari tempat duduk masing-masing sehinggalah ke petang.
ISMA mengucapkan tahniah kepada Aman Palestin dan PEMBINA atas kejayaan menganjurkan 'Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis' ini. Semoga konvensyen ini berhasil membuka perspektif baru dalam mengarus perdanakan agenda perjuangan isu Palestin di kalangan rakyat Malaysia.
Labels
RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.
Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com
Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.












