.

Wednesday, 20 January 2010

Perutusan sulung Mursyid Ikhwan Muslimin ke-8, Dr. Mohammed Badee'


Photobucket
Dr. Mohammed Badee'(kiri) bersama Ustaz Mahdi Akef

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah dan selawat serta salam bagi Rasulullah, para sahabatnya dan semua yang mengikutinya.

Ikhwah dan akhawat yang dimuliakan,
Saya dahulukan dengan sapaan Islam yang mulia: Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Dengan kehendak Allah, saya mengambil tanggungjawab yang besar ini, yang telah Allah tetapkan untuk saya, dan dengan permintaan dari gerakan Ikhwan Muslimin (IM) yang saya sahut dengan sokongan dari Allah. Dengan sokongan anggota IM, saya berharap untuk mencapai tujuan-tujuan besar yang kami curahkan seluruh tenaga kami, semata-mata kerana Allah.

baca seterusnya...Klik

Sunday, 17 January 2010

Training For Trainers (T. OT) Aman Palestin Johor 2010 bersama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Johor Bahru






Aman Palestin Johor telah mengadakan Training of Trainers (T. OT) bagi sukarelawan-sukarelawan Aman Palestin Johor untuk memantapkan lagi kefahaman tentang isu Palestin dalam kalangan ahli. Seramai 42 orang ahli sukarelawan Aman Palestin Johor telah menyertai T. OT ini yang diadakan pada 9 Januari 2010 bertempat di pejabat Aman Palestin Johor yang baru iaitu di Setia Tropika. Program ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 6.00 petang. Antara penceramah yang hadir adalah Professor Madya Dr. Zainurrashid bin Zainuddin, Pakar Perunding Obstetik dan Ginekologi, Institut Medical University merangkap perunding Aman Palestin Malaysia dan Mejar Nadzri Munsman juga merangkap perunding Aman Palestin.

Antara objektif program ini adalah untuk memberi kefahaman yang jelas dan maklumat yang sebenar berkenaan isu Palestin sebagai isu aqidah, perjuangan dan kemanusiaan yang global. Selain itu program ini bertujuan untuk menunjukkan sokongan padu rakyat Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin untuk menyelamatkan masjid Al-Aqsa dan membebaskan bumi Anbiya' ini melalui aktiviti-aktiviti terancang dan bersepadu. Dalam masa yang sama ia dapat menyemai kesedaran dan nilai persaudaraan islam di kalangan muslimin seluruhnya tanpa mengira bangsa dan batasan sempadan geografi.

Program ini juga mendapat pandangan yang baik daripada para peserta. Malah para peserta meminta pihak Aman Palestin menganjurkan program T. OT seperti ini selama dua hari bagi memantapkan lagi kefahaman dan kesedaran mengenai Palestin. Ini menunjukkan semangat jihad di kalangan peserta bagi membantu Palestin kini yang dijajah oleh Yahudi laknatullah.
Semoga dengan mengingati dan memahami keadaan umat di Palestin, akan sentiasa mampu untuk membangkitkan ruh kita untuk terus berjuang di medan masing-masing. Insha Allah.




Konvensyen Pemikiran Hassan Al-Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa (KOBANNA)


Untuk pendaftaran on-line, sila layari web : http://kobanna.ismaweb.net/
Penyertaan : Terbuka untuk semua lapisan masyarakat dan keterangan lanjut sila
layari web di atas.

Wednesday, 13 January 2010

Generasi muda kian jauh dari Islam - Pengarah IKIM


Photobucket
Pimpinan ISMA bersama Datuk Nik Mustapha

8 Januari – "Generasi muda sekarang semakin jauh daripada Islam. Saya bimbang akhirnya nanti mereka akan menolak Islam." Begitulah kebimbangan yang diluahkan oleh Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Nik Mustapha Hj. Nik Hassan apabila berbicara mengenai generasi muda kini.

Beliau menyatakan demikian dalam pertemuan bersama Ahli Jawatankuasa Pusat ISMA di Pejabat Pengarah IKIM hari ini. Seterusnya beliau menegaskan keadaan ini berlaku kerana arus kebendaan yang semakin kuat dan pemahaman agama yang semakin cetek di kalangan pemuda dan pemudi.

Wednesday, 6 January 2010

Kenyataan rasmi ISMA mengenai isu penggunaan kalimah Allah



Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) merasa kesal dan memandang berat terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan akhbar mingguan Gereja Katholik, Herald - The Catholic Weekly menggunakan kalimah “ALLAH” di dalam terbitan mereka. Keputusan ini dilihat akan memberikan implikasi yang besar kepada perkembangan pengaruh agama Kristian di kalangan umat Islam terutama generasi muda negara ini.

Keputusan mahkamah itu juga bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang menghalang penyebaran agama bukan Islam di kalangan orang Islam. ISMA melihat keputusan mahkamah ini akan memberi laluan yang lebih luas ke arah kedudukan samarata agama, sedangkan perlembagaan telah menetapkan Islam adalah agama rasmi negara (agama persekutuan).

Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang ke-82 pada bulan Mei 2008 yang lepas telah membuat keputusan bahawa kalimah “ALLAH” ini khusus bagi agama dan umat Islam. Allah pada sisi agama Islam adalah tunggal dan esa sifat-Nya. Keputusan majlis muzakarah tersebut membayangkan kepada seluruh masyarakat Malaysia bahawa isu ini sangat sensitif kepada rakyat yang beragama Islam. Namun ada pihak yang memandang ringan dan mahu mencabar keputusan majlis tersebut dengan bertindak membawanya ke mahkamah.

ISMA menyokong pihak JAKIM dan KDN yang akan membuat rayuan dan berpendapat bahawa langkah itu menepati kehendak “Siasah Syariyyah”. Walaupun larangan menggunakan nama Allah itu tidak terdapat dalam kitab fikah terdahulu, pihak berwajib boleh berijtihad atas dasar “Masolih Mursalah” dan menepati tuntutan tujuan syarak (Maqasid Syarak) iaitu menjaga agama (Hifzu ad-Din).

Sehubungan dengan itu, ISMA menyeru agar:

1) Parti-parti politik yang mewakili suara umat Islam supaya mengetepikan kepentingan politik masing-masing dengan memberikan sokongan padu di belakang Jabatan Perdana Menteri yang akan membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah tersebut. Sesungguhnya perbezaan fahaman politik di kalangan umat Islam di negara ini seharusnya ada batas sempadan, dan isu ini menuntut bukti kesetiaan pada agama dan bangsa daripada semua pihak tanpa terkecuali. Masa depan agama Islam tidak seharusnya dikompromikan demi menjaga hati dan sokongan pihak-pihak tertentu.

2) Para ulamak dan agamawan agar dapat menghentikan perbalahan pendapat dalam soal cabang dan seterusnya tampil memperhebatkan kempen penerangan kepada masyarakat akan hakikat perbezaan antara Allah yang Maha Esa dan konsep “Trinity” di sisi agama Kristian. Penggunaan kalimah Allah dalam media agama Kristian sudah tentu akan melahirkan ancaman kekeliruan di kalangan umat Islam yang cetek ilmu agamanya.

3) Seluruh anak watan Melayu agar bangkit segera dari lena yang panjang dan menyedari betapa status quo dan keistimewaan agama Islam di negara ini sudah mula dicabar sedikit demi sedikit. Fenomena ini hanya dapat disekat jika mereka membuang sifat toleransi melampau dan terlalu berlembut dalam hal-hal yang mengancam identiti mereka sendiri, serta membina kembali jati diri selaku umat yang pernah menerajui tamadun Islam serantau.

IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA
Bandar Baru Bangi
3 Januari 2010

Friday, 25 December 2009

Jambori Remaja Muslim Johor




19 Disember 2009, KRIM Johor telah menjayakan Jambori Remaja Muslim Johor yang dihadiri oleh seramai 100 remaja dari sekitar negeri Johor dan Singapura. Jambori tersebut telah berlangsung di Nurfa Farmstay, Pekan Nenas, Pontian. Perkhemahan selama 2 hari satu malam itu selain berjaya memberikan pengalaman baru kepada peserta malah turut mentautkan ukhuwah sesama peserta.

Pengarah Krim Johor, Cikgu Ismail Ali berkata jambori ini bertujuan memberikan kefahaman Islam yang syumul dan sikap bertanggungjawab yang tinggi kepada tuhan, diri, keluarga, masyarakat dan negara di kalangan golongan pewaris.



Ikuti berita selanjunya ... Klik

Wednesday, 23 December 2009

Karnival Sukan Belia Islam Nasional 09

KAJANG, 19 Dis – Pasukan Johor telah menghantar dua pasukan bagi kategori terbuka dan dua pasukan bagi kategori remaja dalam acara bolasepak lelaki dan dua pasukan bola jaring dan bola tampar bagi acara-acara kategori wanita dalam menyahut cabaran Karnival Sukan Belia Islam (KASBI) 2009 yang bertemakan “Menzahirkan Keperkasaan Belia” bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia bagi acara lelaki dan German-Malaysian Institute (GMI) berlansungnya acara-acara wanita.

En. Mohd Asri yang merupakan tetamu kehormat majlis permian KASBI 09 menzahirkan penghargaan beliau terhadap kesungguhan PEMBINA mengumpulkan seramai kira-kira 600 orang yang terdiri daripada 8 kontinjen daripada seluruh negara. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian mewakili Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.

Ikuti berita lanjut di :
http://pembina.com.my/kasbi/galeri-2/


Sunday, 20 December 2009



Tahniah buat Akhi Fauzi dan Huda pada majlis walimah beliau pada 6 Disember 2009 yang lalu. Program walimah itu juga turut berjaya menonjolkan dakwah ISMA, Pembina dan Aman Palestin melalui gerai dan penyebaran pamplet serta persembahan nasyid dari Pembina Johor.


Thursday, 3 December 2009

Ahli-ahli ISMA diseru hayati erti pengorbanan untuk dakwah


Photobucket
Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, Presiden ISMA.

Ahli-ahli ISMA diseru agar meningkatkan tahap iltizam dan komitmen mereka terhadap penghayatan Islam dalam segenap sudut kehidupan mereka, terutamanya dalam perkara-perkara yang memerlukan pengorbanan demi perjuangan dakwah yang didokongi. Kemantapan dan keteguhan langkah perjuangan ini hanya dapat ditegakkan di atas asas penghayatan terhadap cara hidup Islam yang syumul, meliputi kehidupan peribadi, berkeluarga dan bermasyarakat.

Thursday, 26 November 2009

Al-Ruhiyah Pada Pandangan al-Ikhwan

Bukanlah dengan ruhiyah yang bermaksud tenggelam di dalam ibadat sehingga meninggal kebendaan dan kehidupan dunia dan membiarkannya kepada orang yang tidak beriman dengan Allah s.w.t dan rasulNya. Sedangkan dunia itu sendiri memerlukan kepada pengislahannya ( pembaikan).

وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ{201} سورة البقرة

Maksudnya: 201. Dan di antara mereka ada orang yang berdo’a: “Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka”

Demikan juga dunia memerlukan kita bekerja keras, berusaha tekun ,memperbaiki keadaan yang ada dan komited dengan perintah dan larangan Allah s.w.t dan RasulNya.

{الَّذِينَ إِن مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنكَرِ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ }الحج41

Maksudnya: 41. (iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang ma’ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar dan kepada Allahlah kembali segala urusan.

baca seterusnya...Klik di sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.