.

Sunday 17 January 2010

Training For Trainers (T. OT) Aman Palestin Johor 2010 bersama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Johor Bahru






Aman Palestin Johor telah mengadakan Training of Trainers (T. OT) bagi sukarelawan-sukarelawan Aman Palestin Johor untuk memantapkan lagi kefahaman tentang isu Palestin dalam kalangan ahli. Seramai 42 orang ahli sukarelawan Aman Palestin Johor telah menyertai T. OT ini yang diadakan pada 9 Januari 2010 bertempat di pejabat Aman Palestin Johor yang baru iaitu di Setia Tropika. Program ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 6.00 petang. Antara penceramah yang hadir adalah Professor Madya Dr. Zainurrashid bin Zainuddin, Pakar Perunding Obstetik dan Ginekologi, Institut Medical University merangkap perunding Aman Palestin Malaysia dan Mejar Nadzri Munsman juga merangkap perunding Aman Palestin.

Antara objektif program ini adalah untuk memberi kefahaman yang jelas dan maklumat yang sebenar berkenaan isu Palestin sebagai isu aqidah, perjuangan dan kemanusiaan yang global. Selain itu program ini bertujuan untuk menunjukkan sokongan padu rakyat Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin untuk menyelamatkan masjid Al-Aqsa dan membebaskan bumi Anbiya' ini melalui aktiviti-aktiviti terancang dan bersepadu. Dalam masa yang sama ia dapat menyemai kesedaran dan nilai persaudaraan islam di kalangan muslimin seluruhnya tanpa mengira bangsa dan batasan sempadan geografi.

Program ini juga mendapat pandangan yang baik daripada para peserta. Malah para peserta meminta pihak Aman Palestin menganjurkan program T. OT seperti ini selama dua hari bagi memantapkan lagi kefahaman dan kesedaran mengenai Palestin. Ini menunjukkan semangat jihad di kalangan peserta bagi membantu Palestin kini yang dijajah oleh Yahudi laknatullah.
Semoga dengan mengingati dan memahami keadaan umat di Palestin, akan sentiasa mampu untuk membangkitkan ruh kita untuk terus berjuang di medan masing-masing. Insha Allah.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.