.

Friday 3 September 2010

Majlis Iftar Perdana ISMA Cawangan Johor.




KOTA TINGGI, Johor. – 21 Ogos 2010  : Ikatan Muslimin Malaysia ( ISMA ) Cawangan Johor dengan kerjasama AJK dan ahli qariah Surau al-Muttaqin telah mengadakan Majlis Iftar Perdana yang berlangsung dengan penuh meriah dan penuh rasa ukhuwwah bertempat di Surau al-Muttaqin, Taman Kota Jaya. Bilangan hadirin dan hadirat yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang mencecah seramai 250 orang terdiri daripada ahli- ahli ISMA, PEMBINA, serta masyarakat setempat menjadikan majlis Iftar pada kali ini lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya.. Lebih manis, majlis ini turut dihadiri ADUN kawasan Pasir Raja,  YB Datuk Dr. Adham bin Baba.



          Objektif program pada kali ini, selain daripada ingin menjalinkan ukhuwwah di antara ahli-ahli ISMA dan penduduk setempat, antara lain bertujuan  mendekatkan ahli-ahli kepada aktiviti kemasyarakatan, agar bersama dapat menyemai sikap saling bekerjasama dalam melaksanakan program dan aktiviti yang melibatkan masyarakat setempat.

           Majlis bermula seawal jam 6.30 petang, dimulai dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Majlis. Setelah itu, YB Datuk Dr. Adham bin Baba turut menyampaikan sepatah dua kata. Dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih di atas penganjuran majlis berbuka puasa yang dianjurkan ISMA bersama penduduk setempat. Selain memuji dan menghargai ISMA sebagai salah satu NGO Islam yang komited dalam memperjuangkan nasib anak-anak bangsa yang bakal menjadi generasi harapan kepada ummah dan Negara, beliau turut berkongsi pendapat mengenai realiti dan keadaan semasa anak-anak muda khususnya anak-anak melayu yang semakin hari semakin terdedah kepada gejala-gejala yang merosakkan.

   Hal yang demikian katanya,  perlu dirawat dan diberi sepenuh perhatian oleh semua pihak tanpa menuding jari ke pihak lain. ‘Setiap orang mempunyai peranan dan perlu berganding bahu dalam menyelesaikan kemelut sosial generasi muda pada masa kini.’ katanya.

           Tuan Haji Tahir bin Hamdan, selaku YDP ISMA cawangan Johor pula dalam ucapannya mengingatkan semua hadirin khususnya ahli-ahli ISMA agar mengambil ibrah atau pengajaran sempena Ramadhan pada kali ini agar bersedia untuk melakukan lebih pengorbanan demi memastikan matlamat ISMA membawa agenda yang besar untuk membangkitkan kesedaran dan membina jati diri umat Islam di Malaysia khususnya di kalangan orang- orang  melayu tercapai dan memberi kesan yang mendalam. Beliau juga berharap program-program seperti ini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang.

        Majlis iftar berakhir selepas selesai mengerjakan solat maghrib berjemaah dan berbuka puasa dengan hidangan yang disediakan oleh ajk dan ahli qariah Surau al-Muttaqin.




0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.