.

Wednesday 29 June 2011

Menginsafi Realiti

Sepanjang saya berada di Mesir selama tujuh tahun, tidak pernah saya membaca Ikhwan Muslimin mengeluarkan kenyataan kesat dan mengutuk peribadi Mubarak dan menteri-menterinya, walaupun mereka dihenyak oleh regim yang zalim itu sehingga ke tahap luar kemampuan manusia biasa untuk menanggungnya. Memang tahap kesabaran mereka luar biasa sekali.

Hak asasi dalam Islam tak sama fahaman Barat

Ketika ramai bising dengan hak asasi manusia, hak wanita, hak samarata, hak bebas bersuara, hak kaum minoriti dan sebagainya, saya kira artikel di bawah amat bagus dan tepat pada masanya. Tahniah kepada penulisnya.

Bersabarlah…ianya ibarat gerhana

Di satu pagi…..

 

Sudah menjadi rutin harian saya untuk merawat pesakit-pesakit di kalangan ibu yang mengandung hampir di setiap pagi. Setelah bertemu dengan kesemua pesakit yang memerlukan nasihat dan pandangan saya, maka saya bergerak ke katil yang terakhir. Tenang nampaknya wajah wanita muda ini yang kelihatan sedang membaca sebuah artikel perihal persiapan menyambut bayi dari sebuah majalah bulanan.

Tuesday 28 June 2011

Presiden ISMA sertai Lawatan Muhibah JKMPKA ke Sabah

Ustaz Abdullah Zaik (tengah) bersama delegasi Lawatan Muhibah JKMPKA yang lain.

KOTA KINABALU, 27 Jun – Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman kini sedang menyertai Lawatan Muhibah Ahli Jawatankuasa Tetap Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Di Antara Penganut Agama (JKMPKA) ke Sabah.

Antara Peristiwa Bulan Rejab

Pengertian Rejab

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan. Ia juga membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan.

Terima Kasih, Ibu

Oleh: Muhammad Akram Bin Abd Kadir, Tahun 5, Perubatan, Universiti Kaherah.
“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur.”
(ayat 78, Surah An-Nahl).
Berapa kali dalam setahun ungkapan terima kasih diucapkan kepada ibu anda? Sejauh manakah tenaga dan kudrat kita dimanfaatkan untuk melakukan kerja-kerja menyenangkan hati ibu? Setidak-tidaknya dalam seminggu, terlintaskah di dalam fikiran kita wajah ibu atau nasihatnya mengiringi kehidupan seharian?

Sembilan bulan tujuh hari tempoh kita membesar daripada segumpal darah sehinggalah menjadi seorang manusia yang lengkap ketika di alam rahim ibu.  40 minggu diri kita dikendong ke sana dan kemari dengan penuh perasaan tabah dan kasih sayang. Biarpun penat,  ditambah lagi dengan mabuk pagi dan loya, kesihatan dan pemakanan yang perlu juga dijaga untuk memastikan bakal anak yang  dilahirkan sempurna dan sihat.

Seorang anak itu memang tidak dapat membayangkan batapa sukarnya kelahiran seorang bayi, sehinggalah dia dapat menyaksikan sendiri bagaimana lahirnya seorang bayi keluar dari perut ibu. Allah telah menjadikan proses  mengandung dan kelahiran itu sesuatu yang penuh dengan kesukaran, kepayahan dan kesakitan. Hikmahnya, ia menjadikan seseorang ibu itu sangat menyayangi dan menghargai anak yang dilahirkannya. Anak itu dikasihi, diberi makan, diasuh dan dididik menjadi anak yang soleh.

Namun, jika dihayati penciptaan manusia yang begitu unik dan tidak terfikir oleh akal yang terbatas, daripada satu sel menjadi seorang makhluk kompleks yang sempurna, semuanya terjadi  kerana  hikmah dan kekuasaan Allah yang Maha Besar dan Berkuasa. Subhanallah. Persenyawaan diantara sperma daripada bapa  dan ovum daripada ibu, yang masing-masing mengandungi separuh bahan genetik 23 kromosom, kemudiannya membentuk satu sel yang mengandungi 46 pasang kromosom. Sekecil-kecil sel akan terus berkembang dan membahagi, menjadi dua sel, kemudian empat sel, kemudian lapan, 16 sehinggalah menjadi segumpal sel(morula) seperti  yang diterangkan oleh Allah di dalam al-Quran, ayat 5 surah Al-Haj.

Organ-organ yang akan terbentuk daripada segumpal darah ini melalui proses pembahagiaan dan transformasi  yang sangat kompleks. Allah menjadikan sistem peredaran darah, sistem pencernaan, sistem imunisasi badan, sistem saraf dan lain-lain sistem lagi. Semuanya penting untuk kehidupan manusia. Allah Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui segala apa yang diperlukan manusia bagi melangsungkan kehidupan normal seharian.

Tamat lebih kurang 40 minggu janin di dalam perut, ibu akan melahirkan kandungannya. Senario sewaktu ibu melahirkan anak adalah sesuatu adegan yang sangat menyayatkan dan memilukan hati andai kita dapat menyaksikannya. Ibu akan mengalami rasa sakit apabila tiba waktu bersalin. Rasa sakit ini terjadi ketika perkembangan pangkal rahim(cervix) berlaku. Ianya akan mengambil masa secara puratanya selama lebih kurang 16 jam. Bayangkan 16 jam ibu akan berperang bergelut dengan kesakitan di fasa pertama bersalin.

Fasa kedua bersalin iaitu fasa keluarnya bayi dari rahim ibu akan mengambil masa selama 1 jam untuk ibu yang bersalin kali pertama dan 30 minit bagi Ibu yang pernah bersalin. Ibu akan meneran beberapa kali dan menggunakan segala tenaga yang ada sewaktu itu untuk mengeluarkan anaknya daripada rahim. Selesai fasa kedua, lahirlah seorang khalifah yang baru ke dunia. Seorang manusia yang bakal mejalani kehidupan yang singkat dan penuh selok-belok cabaran dunia. Allah menetapkan tugas sulung manusia di muka bumi ini adalah untuk beribadat kepada-Nya di bawah keredhaan-Nya.
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku”
(56, Surah Adz-dhariyat)
Kisah sang ibu pula tidak berakhir di situ. Setelah tamat malahirkan anak kesayangannya, ibu akan mengalami beberapa komplikasi susulan setelah bersalin. Antaranya demam yang teruk sewaktu tempoh nifas dan kekurangan darah atau anemia akibat kehilangan darah yang banyak sewaktu bersalin. Ibu juga akan lebih cenderung untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan lain terutamanya jika beliau bersalin lebih lima kali. Ibu biasanya banyak mengadu mangalami kitaran haid tidak teratur, kejutahan pada rahimnya atau boleh membawa kepada penyakit yang lebih melarat seperti kanser rahim dan tumbesaran pada ovarinya.

Melihat kepada betapa tingginya nilai pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya, tidak mungkin  terbalas jasanya walau kita berkhidmat kepadanya sehingga mati. Kerana itulah Rasulullah SAW menyuruh kita berbuat baik kepada kedua ibu bapa kerana sesungguhnya syurga itu berada di bawah tapak kaki ibu. Janganlah kita menjadi seorang anak yang sombong derhaka dan mudah lupa terhadap kedua ibu bapa terutamanya ibu,  apabila kita sudah besar panjang dan mampu membawa diri berlayar dalam arus kehidupan manusia dewasa. Andai kita tidak diizinkan oleh Allah untuk hidup dan diberi upaya melalui kelahiran oleh ibu kita, nescaya tidaklah kita beroleh nikmat kehidupan yang selesa di dunia sekarang.

Wahai sahabat-sahabat, ingatlah firman Allah di atas. Kita asalnya adalah seorang yang lemah dan sering dan memangnya terpaksa bergantung kepada ibu bapa sewaktu masih kecil. Allah mengurniakan akal kepada manusia untuk berfikir supaya menjadi hamba yang bersyukur. Bersyukur bukan sesuatu yang hanya dituturkan dengan perkataan. Tetapi rasa syukur itu akan terpancar dengan amalan-amalan, perbuatan serta tingkah laku yang  diajar oleh Rasulullah SAW yang akhirnya membawa kita sentiasa dibawah naungan dan redha Allah SWT.

Terima Kasih, Ibu. 

Sumber : ISMA Mesir

Aman Palestin tarik diri daripada misi Flotila II

KUALA LUMPUR, 26 Jun - Aman Palestin melalui agensinya Public Campaign 2 Protect Palestine telah menarik diri daripada menyertai misi pelayaran keamanan Freedom Flotila II.

Saturday 25 June 2011

Aminah Al-Jauhari: Memimpin Amal Akhawat Dari Katil Sakit

Oleh: Dr Raihana Zainal Abidin, Graduan Universiti Universiti Ain Shams.

 

Beliau adalah seorang wanita agung, pedoman dan contoh tauladan bagi generasi penerus kelansungan dakwah. Merupakan seorang pesakit kencing manis dan sakit jantung.

Israj Mikraj dan Kepentingan Membebaskan Baitul Maqdis

Apa istimewanya 27hb Rajab ini?

Detik ini adalah saat yang sangat bermakna apabila umat Islam di seluruh dunia akan menyambut peristiwa Israk Mikraj. Ianya merupakan satu peristiwa yang cukup besar dalam diari dan sejarah umat Islam yang disambut pada 27 Rejab di setiap tahun. (Pada tahun ini, ianya bertepatan dengan 28 Jun 2011, Selasa malam Rabu).

Friday 24 June 2011

Kepelbagaian gerakan Islam hakikat yang mesti diterima


KAJANG – “Kewujudan pelbagai gerakan Islam pada hari ini adalah satu hakikat yang mesti diterima oleh aktivis-aktivis dakwah,” tegas Ustaz Abdullah Zaik.

Dakwah bukan untuk mendapatkan habuan dunia


Seorang pendakwah itu melaksanakan tugas dan tanggungjawab mengikut perintah Allah Taala. Tugas dakwah ini lebih mulia dan amat payah jika dibandingkan dengan jawatan lain di dunia. Tiada satu jawatan pun atas muka bumi ini yang terpikul segala bebanan dan kesusahan melainkan dakwah. Dakwah itu bukan sahaja menuntut pengorbanan jiwa dan harta, bahkan terpaksa berjauhan dengan keluarga dan negara. Ia tidak mampu dibalas dengan dunia.

Israk Mikraj penguat Iman dan Taqwa

Foto oleh NASA

Katakan (kepada mereka), ‘Kamu lihatlah apa yang terdapat di langit dan di bumi’..”(Surah Yunus:101). Dari 2 butir pasir di bumi hingga apa sahaja termasuk planet saling menarik antara satu sama lain dengan nilai tetap yang sama di mana-mana alam ini, G=6.67428×10E(-11)m3kg-1s-2 dalam formula F=Gm1m2/r(2) !! Subhanallah !! – Kenangan subjek Physics masa Matriculation 1983 di Australia.

Thursday 23 June 2011

Seminar Kerjaya 2011 di SMK Taman Desa Skudai



SKUDAI, 19 Jun – Bertempat di Makmal Bahasa Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa Skudai, Kelab Remaja ISMA Johor (KRIM) dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional Cawangan Johor (PEMBINA) telah berjaya mengadakan Seminar Kerjaya untuk pelajar-pelajar Tingkatan 3 hingga Tingkatan 5 dari pelbagai sekolah dari serata Johor. Antara sekolah yang menyertai seminar ini  adalah dari SMK Taman Desa Skudai, SMK Dato' Penggawa Barat,  Sekolah Tun Fatimah, SMK Tun Habab, SMKA Johor Bahru, SMK Sri Saujana, SMK Kota Masai 2, SMI Hidayah, SMK Taman Kota Jaya, SMK Benut dan SMK Tasik Utara.

Tuesday 21 June 2011

Anak Malaysia?

Seorang lelaki India berkahwin dengan seorang wanita Cina, lahir anak dan nak letakkan status bangsa ‘anak Malaysia’. Ini adalah antara isu semasa yang dibincangkan orang pada minggu lepas dan berlarutan sehingga ke minggu ini. Pelbagai reaksi diterima; di antara yang menyokong dan menolak.

Sejenak bersama pelajar terbaik STAM 2010 – Umar Farouq

Umar Farouq bin Morhalim sewaktu menerima Anugerah Pelajar Cemerlang STAM 2010 Seluruh Malaysia

Tanggal 2 Jun  yang lepas menyaksikan detik yang bersejarah bagi anak muda ini. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan juga dengan kehadiran YB Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang bertempat di Dewan Muktamar Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Jangan sampai tertinggal gerabak…


Gejala keciciran daripada arus perdana kebaikan boleh menular kepada setiap individu jika ia tidak dibendung dengan iman dan taqwa. Di sinilah syaitan akan memainkan peranannya dengan menghalang orang-orang mukmin daripada bekerja dengan penuh kesungguhan. Oleh kerana itulah setiap kita mesti menyertakan kesabaran dan taqwa ketika mengharungi fitnah besar ini.

Usaha baiki masyarakat perlu kerjasama padu semua gerakan Islam


KAJANG – “Sekretariat Persefahaman dan Kerjasama Gerakan Dakwah (SPKGD) ditubuhkan atas kesedaran usaha pengislahan masyarakat Islam tidak dapat dilaksanakan oleh hanya sesebuah organisasi, sebaliknya memerlukan usahasama yang berterusan daripada gerakan-gerakan dakwah yang wujud,” tegas Timbalan Presiden ISMA, Tn. Hj. Aminuddin Yahaya.

ISMA erat hubungan dengan Consulate General of Malaysia di India

Delegasi ISMA bersama pihak Consulate General of Malaysia di Chennai.

CHENNAI, 10 Jun – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) telah mengadakan kunjungan hormat ke Consulate General of Malaysia di Chennai, India. Kunjungan ini merupakan yang kedua selepas kunjungan pertama pada April lepas.

Inilah jalannya …

 
Dr Mohd Badi’, Mursyid Am Ikhwan Muslimin

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah, keluarganya, para sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik hingga hari kiamat. Sesungguhnya Islam yang kita seru manusia adalah rahmat Allah kepada seluruh alam dan jalan yang lurus. Dengan Islam manusia akan mengecapi kebahagiaan; di mana Islam melindungi jiwa, harta dan kehormatan, dan semua orang menikmati kebebasan, keadilan dan kesamarataan, dan melimpahkan keamanan dan keselamatan di segenap pelosok bumi; seluruh umat manusia dapat menikmatinya, tanpa diskriminasi antara warna, keturunan atau ideologi, di mana setiap orang adalah sama, untuk mereka apa yang kita miliki, dan mereka adalah milik kita.

Saturday 18 June 2011

Aman Palestin sertai misi kemanusiaan Freedom Flotila II

Dr Isa Hamzah, Pengerusi Public Campaign 2 Protect Palestine (PC2P)

KUALA LUMPUR - Aman Palestin akan menyertai misi kemanusiaan antarabangsa Freedom Flotila II bersama pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia bagi memecahkan kepungan haram rejim zionis Israel ke atas perairan Gaza.

Wednesday 15 June 2011

Pelancaran SPKGD rintis dimensi baru permuafakatan gerakan dakwah


KAJANG, 15 Jun – Sekretariat Persefahaman dan Kerjasama Gerakan Dakwah (SPKGD) yang dianggotai tiga organisasi dakwah di negara ini iaitu Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) telah dilancarkan dengan rasminya malam tadi.

Menjejaki Salahuddin di bumi Jerman


MUNICH – Buat julung-julung kalinya, ISMA Eropah dan Aman Palestin Bhd. dengan sokongan MARAKumpel, Malaysian Student Society Germany (MGSS) dan Kelab UMNO Bayern telah berjaya menganjurkan Roadshow Palestine (RSP): Searching for Salahuddin (SOS) 2011 di peringkat Jerman.

Nasihat: Antara kaedah dan pelaksanaan


Bismillahi walhamdulillah..

Setiap matlamat yang besar perlu dilaksanakan mengikut kaedah yang sesuai, agar matlamat tercapai dengan sempurna. Sebab itu pelbagai teori atau kaedah dikemukakan, kertas kerja dibentang dan diteliti sebelum sesuatu aktiviti dilaksana. Saya ingin mengambil contoh ringkas yang tak perlukan kertas kerja pun, nasihat.

Tuesday 14 June 2011

SPKGD diharap satukan gerakan dakwah bagi atasi suara musuh Islam


BANDAR BARU BANGI, 13 Jun – Penubuhan satu gabungan gerakan dakwah di antara Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) diharap dapat membuka mata semua pihak akan kepentingan bersatu dalam isu-isu yang disepakati bersama.

Marahkan nyamuk kelambu dibakar

Dalam meniti kehidupan ini kita semua tidak boleh lari dari membuat kesilapan samada secara sedar ataupun tidak. Itu adalah hikmah yang hanya Allah mengetahui kebaikannya. Sebab itu diadakan saranan untuk sentiasa beristighfar moga dengan itu dosa-dosa yang kita lakukan dapat diampunkan oleh Allah swt.

Membangun kebertanggungjawaban kita pada umat ini

Ikhwah fillah..

Marilah kita aturkan segala kesyukuran tidak terhingga atas limpahan nikmat yang diberikan Allah Azzawajalla ke atas kita. Marilah kita sentiasa bertahmid atas nikmat keberadaan kita di atas jalan dakwah ini. Kita diberikan at-thabat wal istiqomah, al-izzi wal masuliyyah untuk kita mengambil tugas dan peranan yang telah kita warisi dari para anbiya’ dan mursalin.

Ratko Mladic, general Serbia tragedi Bosnia ditangkap

General Ratko Mladic

26 Mei lepas, Ratko Mladic ditangkap untuk dibawa ke tribunal jenayah perang. Dengan ini ketiga-tiga nama teratas dalam pembunuhan ratusan ribu umat Islam Bosnia telah ditangkap. Mereka adalah Slobodan Milosevic, Radovan Karadzic dan Ratko Mladic. Pengadilan ala-Barat pastinya tidak akan berlaku adil, kerana ianya melibatkan penghapusan umat Islam dari berkembang di benua Eropah, bahkan akan lebih mirip kepada lakonan di depan masyarakat antarabangsa, khususnya kepada umat Islam dan para pemimpin mereka untuk cuba menenangkan perasaan dan pendirian mereka.

Monday 13 June 2011

KONVENSYEN KELUARGA MELAYU MUSLIM 2011


Anda ingin membina keluarga yang berjaya,
bahagia di dunia dan terjamin di akhirat?

Anda idamkan keluarga penuh sakinah,
mawaddah dan rahmah tapi masih tercari-cari apa resepinya?

Sunday 12 June 2011

Liku-Liku Kehidupanku

Oleh : Syed Mohd Aizuddin Bin Tuan Sembak, Jurutera Pengajar, ILP Kangar (Perlis)


 Hampir 2 tahun aku menamatkan pelajaran sambil memegang segulung ijazah sarjana muda kejuruteraan elektrik dari UTM kelas kedua tinggi. Walaupun tidak mencapai ijazah kelas pertama, aku tetap puas dan syukur kerana dapat memanfaatkan kehidupanku sebagai seorang yang berdakwah di universiti selain menjadi seorang mahasiswa yang teguh menuntut ilmu.

Andainya Aku Di Situ

Oleh: Abdul Rahman Raji, Tahun 1, Syariah Islamiyah, Universiti Al-Azhar (Kaherah)

Suasana sunyi menyelubungi malam yang pekat gelita itu. Keheningan suara alam seolah-olah turut bersama menangisi peristiwa pahit tersebut. Angin bertiup perlahan, seakan-akan menyesali terhadap apa yang bakal berlaku. Bahkan,bakal disesali dan ditangisi seluruh alam.

Kedengaran derapan tapak kaki beberapa orang, melangkah masuk ke pekarangan Istana Yildiz. Masing-masing serba lengkap berpakaian kemas berwarna hitam. Kedatangan mereka bakal membawa suatu titik berdarah bagi sejarah umat Islam. Mereka ingin segera menemui Sultan Abd Hamid II, Khalifah umat Islam terakhir, di ruang kediamannya. Kedatangan mereka telah dijangka sendiri oleh Sultan Abd Hamid.

Lalu, Sultan Abd Hamid melangkah keluar tenang, mendapatkan mereka. Baginda sudah memahami sendiri tujuan kedatangan mereka. Lalu,baginda berbicara,

“Bukankah pada waktu seperti ini adalah masa di mana aku harus menunaikan kewajibanku  terhadap keluargaku. Tidak bolehkah kalian bicarakan masalah ini esok pagi?”, luah Sultan memohon timbang tara dari mereka.

Namun,menghampakan,nilai simpati dan belas kasihan telah lama jauh hilang dari hati mereka.
“Tidak, negara telah memecat anda!” tegas Esha Pasha, salah seorang wakil delegasi tersebut, yang juga seorang wakil rakyat daerah Daraj di Meclis-i Mebusan. Kedatangan mereka dijelaskannya kepada Sultan Abd Hamid dengan angkuh dan biadap.

Kehadiran mereka sebenarnya telah dirancang sekian lama oleh musuh-musuh kerajaan Bani Uthmaniah sedunia. Mereka telah  disokong 240 perwakilan Parlimen Uthmaniah, dibawah tekanan puak Turki Muda, yang bersetuju dengan penggulingan Sultan Abd Hamid II. Bahkan, seorang senator berpengaruh, Sheikh Hamdi Afandi Mali, telah mengeluarkan fatwa tentang penggulingan Sultan, dan dipersetujui oleh para senator yang lain, walaupun sangat jelas kebatilan dalam fatwanya. Namun, hakikat fakta dan realiti sejarah takkan sekali-kali mampu diubah kebenarannya. Kemudian, satu-persatu wajah ahli delegasi diperhatikan dengan baik oleh baginda.

“Negara telah memecatku, itu tiada masalah, tetapi kenapa kalian membawa serta Yahudi ini masuk ke tempatku?” kata Sultan dengan nada yang cukup marah, sambil menunding jari tehadap salah seorang wakil delegasi Yahudi berbangsa Itali, Emmanuel Carasso.

Baginda cukup mengenali Emmanuel Carasso, seorang wakil yang turut bersama-sama Theodor Herzl ketika cuba membuat tawaran keizinan penempatan Yahudi di Palestin.

“Walaupun anda dipecat, kelangsungan hidup anda berada dalam jaminan kami”, balas Esha Pasha, cuba mengalih bicara.

Sultan Abd Hamid sedar kedudukannya di saat-saat yang genting itu. Baginda yakin dengan ketentuan Allah SWT telah tetapkan untuknya. Sunnah Allah yang pasti bagi hari-hari yang digilirkan kemenangan dan kekalahan sepertimana kisah Uhud, suatu ketika dahulu.

Malam 27 April 1909 itu menjadi saksi pengusiran Khalifah terakhir umat dari pemerintahan dunia. Malam itu juga baginda beserta ahli keluarganya yang ramai diangkut menuju ke  stesen kereta api Sirkeci. Mereka diusir dari bumi yang menjadi simbol kekuatan dan kesatuan umat, dan dibuang ke istana milik Yahudi di Salonika.

Bumi seakan-akan bergegar akan tragedi yang memilukan itu. Tanah keemasan yang  pernah dijejak oleh sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera itu suatu ketika dahulu, kini berubah wajahnya menjadi debu-debu yang berterbangan.

“Sabarlah anakku, negara tidak tahu apa yang telah mereka lakukan pada umat Muhammad ini” Sultan cuba menenangkan anaknya, Fatimah sambil mengusap air matanya yang mengalir sedih.

Kereta api pun meluncur laju, meninggalkan bumi khilafah di belakang. Maka, tamatlah salasilah pemerintahan Khilafah umat Islam sejak dari zaman Abu Bakar r.a, selepas pembubaran khilafah secara rasmi di Istanbul pada 3 Mac 1924 Masihi bersamaan 28 Rejab 1342 Hijrah.

Saudara,

Andainya saudara telah hidup disaat-saat kejatuhan itu,
Apakah yang akan saudara lakukan?
Marah?
Menangis?
Membuat demonstrasi?
Berceramah dan menghebahkan ke pelusuk dunia?
Mengadakan muktamar-muktamar?
Atau, tenang dan sekadar duduk menerima ketentuan?
Saudara, apa yang akan saudara lakukan?
Jawablah, kerana saat itu saudara telah dihinakan.

Syakib Arsalan Menggaris Langkah

Lalu, di celah-celah kegawatan umat itu, muncul seorang Ulama Agung, Syakib Arsalan menggaris langkah;
“Kita wajib memulakan usaha Islam dari bawah; iaitu melalui tarbiyah individu. Apalah gunanya mengadakan muktamar yang menghimpunkan orang-orang yang lemah, tidak mempunyai keinginan sendiri, dan tidak mampu melaksanakan satu keputusan atau resolusi. Apakah faedah berbuat demikian? Adakah kamu mahu mengumpulkan angka-angka kosong?”
Ungkapannya muncul setelah beberapa kali diutus surat kepadanya, menanyakan pendapat tentang muktamar dan perhimpuanan yang diadakan untuk memilih Khalifah Umat yang baru. Namun, beliau tegas dalam memahami teori kebangkitan bagi umat ini. Kekalahan umat baginya bukanlah sekadar kejatuhan kekuasaan dan pemerintahan khilafah, tetapi ia adalah lebih menjunam hingga ke pokok akar-akarnya, iaitu akidah dan iman setiap muslim di seluruh dunia.

Sejarah membuktikan bahawa kelemahan identiti dan jiwa seorang muslim ketika itu, cukup membimbangkan, sehingga membawa kepada pepecahan dan penentangan sesama muslim.

Di awal ambang kemorosotan kerajaan Uthmaniah, telah muncul satu gerakan Revolusi Arab yang berpusat di Mekah. Mereka menentang pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniah atas dasar nasionalisme dan perkauman. Bahkan, gerakan ini ditaja sendiri oleh pihak British dan Perancis. Di Turki pula muncul gerakan Young Turks atau Turki Muda dan Parti Al-Ittihad wal Taraqqi, yang juga menentang dasar pemerintahan khilafah Uthmaniah. Perkembangan ini turut dirasai oleh umat Islam di negara-negara lain, sehingga kebanyakannya menuntut permisahan secara total dari pemerintahan kerajaan Uthmaniah, dan membina negara-negara masing-masing.

Seorang penulis berpengaruh di Mesir, Abdul Rahman Al-Kawakibi telah menulis dalam bukunya, Ummul Qura, menghasut orang-orang Arab supaya menetang kerajaan Uthmaniah, dan menuduh Sultan Abdul Hamid seorang yang mengutamakan politik lebih dari agama.

Kemorosatan moral dan akhlak juga menjadi lumrah dan kebiasaan. Penyelewengan akidah dan bidaah telah merebak ke seluruh jiwa umat. Golongan istana para pemimpin juga terlibat dalam krisis moral dengan adanya pesta tari-menari dan hidangan minuman keras. Gejala rasuah dan pecah amanah menjadi adat dalam sistem pentadbiran sehingga ke tahap yang kritikal.

Maka, Syakib Arsalan melahirkan kerisauannya pada aspek pembinaan semula jati diri, akidah dan iman dalam diri umat. Beliau memandang hakikat kerosakan tersebut, seiring dengan teori Al-Faruq Umar Al-Khattab, ketika ditanya,

“Adakah sesebuah negeri itu boleh musnah padahal ia makmur maju?”
Lalu, beliau menjawab:

“Apabila orang-orang jahat menguasai orang-orang baik”
Juga, seiring dengan firman Allah SWT ketika mengajar para sahabat erti sebenar kejatuhan pada perang Uhud:
“Dan mengapa ketika kamu ditimpa musibah (dalam peperangan Uhud), padahal kamu telah pun memenangi seperti itu sebanyak dua kali ganda (dengan menimpakan musibah kepada musuh dalam peperangan Badar), kamu berkata: Dari mana datangnya (musibah) ini? Katakanlah (wahai Muhammad) (Musibah) itu dari diri kamu sendiri (kerana ingkar perintah Rasulullah)…”
(Aali Imran: 165)
Ya, Allah SWT telah menegaskan pada umat ini :
“(Musibah) itu dari diri kamu sendiri (kerana ingkar perintah Rasulullah)…”

Hasan Al Banna Mengorak Langkah

Walaupun begitu, teori Syakib Arsalan tersebut seolah-olah tidak diendahkan para pemimpin dan umat. Hal ini diakui sendiri oleh seorang tokoh Islam bernama Abdul Wahab Azzam,

“Namun,sampai kini kita masih mendengar laungan-laungan di dalam perhimpunan-perhimpunan serta resolusi-resolusi di muktamar –muktamar sejak puluhan tahun dahulu.Semuanya itu hanya merupakan himpunan angka kosong.

Usaha dakwah ini mesti dimula dari bawah sepertimana kata Syakib.”
Maka umat terus dilanda kebingungan sejak jatuhnya Khilafah Uthmaniah di Turki, berbagai pihak cuba membuat serangan-serangan terhadap keteguhan dan keaslian Islam dan umatnya. Kekacauan dan huru-hara yang berlaku kesan dari kejatuhan khilafah Uthmaniah amat dirasai oleh mereka yang masih ikhlas dan dan beriman dengan risalah Nabi SAW. Namun,mereka seolah-olah hanya mampu menunggu kemunculan mana-mana peribadi yang bangkit dan berdiri memimpin mereka ke arah kebangkitan.

Maka, Allah Maha Adil telah menyiapkan sebuah peribadi unggul yang  bangkit dan kembali mentajdid ruh Islam dan jihad ke dalam jiwa umat. Pada tahun 1928, Imam Hasan Al-Banna bangkit dan mengasaskan sebuah gerakan Islam yang melakukan usaha-usaha untuk membawa kembali khilafah kepada tempatnya. Beliau telah melakukan beberapa kajian-kajian terhadap permasalahan umat dan ubatnya, dan akhirnya mendapati:

“Ceramah, ucapan, buku, pengajian, mengenal pasti penyakit dan ubat sahaja tidak akan membawa apa-apa kesan dan tidak akan dapat membawa pendakwah kepada matlamat. Sebaliknya dakwah perlu menggunakan segala wahana. Wahana yang perlu digunakan oleh semua gerakan ini tidak lain dan tidak bukan adalah tiga perkara berikut :
  1. Iman yang mantap
  2. Pembentukan yang kemas
  3. Usaha yang berterusan”
Usaha beliau dalam mentarbiyah dan membina umat berterusan dan disambung oleh para generasi selepasnya, dan mula membuahkan hasil demi hasil dengan izin-Nya.

Sirah Rasulullah SAW dalam menumpukan aspek-aspek pembinaan generasi sahabat sehingga membawa kepada penegakan negara Islam Madinah dan menjadi titik bermula kegemilangan empayar Ummayah, Abbasiyah, dan Uthmaniah menjadi dalil jelas kepada usaha Imam Hasan Al Banna dalam menjadikan tarbiyah sebagai kekuatan umat.

Akhirnya, menjadi kewajipan bagi setiap mereka yang mengakui Allah sebagai tuhannya untuk menggabungkan diri dalam usaha-usaha pembinaan diri dan pentarbiyahan, agar suatu hari nanti, pembukaan Kota Konstantinople kembali bergegar dan kegemilangan Kota Baghdad kembali menyinar.

Jika tidak, maka setiap dari kita akan dipertanggungjawabkan dosa akibat tidak meletakkan Islam ke tempat yang sepatutnya.
“Sesungguhnya aku tahu, bahawa nasibku semakin terancam. Boleh saja aku berhijrah ke Eropah untuk menyelamatkan diri. Tetapi untuk apa? Aku adalah khalifah yang bertanggungjawab ke atas umat ini. Tempatku adalah di sini. Di Istanbul!”
Sumber:
Harb, Muhammad (1998). Catatan Harian Sultan Abdul Hamid II. Darul Qalam, ; Asy-Syalabi, Ali Muhammad (2003).Bangkit dan Runtuhnya Khilafah ‘Utsmaniyah. Pustaka Al-Kautsar, 403-425.
Muzakarrat Daie wa Daieah; Hasan Al Banna.

Sumber : ISMA Mesir

Kenali Tokoh – Siapakah Perintis Ilmu Matematik Moden?

Adakah anda mengenali al-Khawarizmi ? 

 

Abu Abdullah Mohammad bin Musa al-Khawarizmi dilahirkan di Khawarizm (Kheva), selatan Laut Aral. Selain kisah penghijrahan keluarganya ke selatan Baghdad, hanya sedikit yang diketahui tentang riwayat awal hidupnya. Bahkan tarikh sebenar kelahiran dan kematian beliau tidak diketahui. Fakta yang diketahui hanyalah kemasyhuran dan perkembangan ilmu beliau adalah pada zaman kegemilangan pemerintahan al-Ma’mun di Baghdad pada sekitar 813-833 M dan mungkin meninggal dunia sekitar tahun 840 M.

Friday 10 June 2011

Presiden ISMA hadiri muktamar NGO di bawah OIC di Sudan


Ustaz Abdullah Zaik bersama perwakilan dari negara lain yang hadir

KHARTOUM – Presiden ISMA yang juga Pengerusi Eksekutif Aman Palestin, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman kini berada di Khartoum, Sudan bagi menghadiri satu muktamar NGO-NGO di bawah OIC.

Dakwah Kepada Islam Tidak Perlu Pada Nama

Kebenaran Atau Pembawaan Individu ??

Akhir-akhir ini wujud kekeliruan dikalangan adik-adik yang baru berkecimpung di medan dakwah, sama ada berdakwah perlu pada nama atau tidak perlu pada nama? Mereka menganggap berdakwah menggunakan nama itu seperti satu bid’ah atau penyelewengan. Kata mereka kita sepatutnya berdakwah kepada Islam bukan kepada nama-nama pertubuhan tertentu. Nampak seperti benar ….tetapi sebenarnya satu kekeliruan.

Dr. Kamal Helbawi ingatkan ISMA jangan abai aspek pembinaan insan


KAHERAH - Dr. Kamal Helbawi, salah seorang tokoh Ikhwan Muslimin melahirkan harapan agar ISMA tidak mengabaikan aspek pembinaan insan yang menjadi aset dalam mana-mana perjuangan.

Jemputan ke Majlis Pelancaran Sekretariat Persefahaman & Kerjasama Gerakan Dakwah

Assalamualaikum wbt,

Dengan segala hormatnya dijemput Tuan/Puan/Encik/Cik ke Majlis Pelancaran Sekretariat Persefahaman dan Kerjasama Gerakan Dakwah antara Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) & Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM).

Wednesday 8 June 2011

Projek Pemusnahan Identiti Masjid di Palestin

Projek meng’yahudi’kan bumi Palestin tidak hanya berlaku di Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa sahaja bahkan di keseluruhan kawasan bumi Palestin yang telah dijajah pada tahun 1948 dan 1967. Tidak kurang daripada 1200 buah masjid telah dimusnahkan identitinya oleh rejim zionis sejak tahun 1948 (Nakbah).

Teladani Muhammad al-Fateh – Pembuka Constantinople

Kenapa Constantinople begitu istimewa?

Constantinople atau kini dikenali sebagai Istanbul adalah merupakan salah  sebuah bandar yang istimewa dan sangat bersejarah di dunia. Ianya telah diasakan oleh Maharaja Rom yang bergelar Emperor Constantine pada tahun 330M.

Hari Tanpa Asap Sedunia – Anda sokong?

Hari Tanpa Rokok SeDunia 2011 :

Tahukah anda bahawa tanggal 31 Mei 2011 telah diistiharkan sebagai Hari Tanpa Rokok Sedunia (World No Tobacco Day 2011) ?

Perkembangan Janin & Bukti Kebenaran al Qur’an

Kejadian pembentukan dan perkembangan manusia di alam rahim adalah suatu fasa yang begitu menakjubkan buat mana-mana insan yang mahu berfikir.

Syariat dan perjuangan Islam

1. Tujuan perjuangan Islam adalah untuk memartabatkan syariat. Dengan itu ia mesti juga berlandaskan syariat pada matlamat dan wasilahnya.

Kunjungan hormat ISMA Eropah ke Education Malaysia UK & Ireland buka dimensi baru


LONDON – ISMA Eropah telah mengadakan kunjungan hormat ke Education Malaysia UK dan Ireland di London.

14 tuntutan Interfaith Council (IFC)

Sebahagian kita mungkin tidak sedar atau tidak mengetahui tetapi inilah tuntutan yang dibuat oleh IFC kepada kerajaan. Ada yang telah mereka perolehi dan ada yang masih mereka asak. Tidak pasti apa akan jadi kepada umat Islam jika negara ini diperintah oleh mereka.

Gejala Zina Remaja Malaysia – Di Manakah Masa Depannya ?


Kes A

Gadis A, berumur 16 tahun didapati kerap berkeadaan murung. Apabila ditegur oleh ibunya, A cuba mengelak. Namun keadaan perutnya yang semakin membuncit menyebabkan sukar untuk A menyimpan rahsia tersebut. A melarikan diri dan tinggal bersama keluarga angkatnya di ibu kota. Beliau hanya dibawa ke hospital untuk melahirkan kandungannya ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN JAKET "ISMA"

RUANGAN IKLAN ISMA-JOHOR


Bagi saudara/saudari yang ingin menempah Badge ISMA, PEMBINA dan KRIM.
Bolehlah menghantar e-mel pesanan
ke
alamat krimjohor@gmail.com
dan hubungi di talian 019-331 4342.

Keterangan lanjut:-
produkismajohor.blogspot.com

Moderator - Ayuh Gerakkan Jenama ISMA, PEMBINA dan KRIM ke seluruh pelusuk dunia.